Hi korang! Maaf tak tahu nak letak tajuk apa. Kalau rasa tak kena korang maafkanlah aku ye!
Sebelum-sebelum ni (sudah agak lama) aku ada terbaca pertanyaan seorang confesor mengenai tanggungjawab seorang lelaki.
Disini aku nak sharekan serba sedikit tentang perjalanan hidup aku sepanjang bergelar isteri selama 10 tahun.
Aku seorang isteri dan dikurniakan seorang cahaya mata yang comel macam mak dia! Hahaha gurau-gurau aje. Kami dikurniakan anak selepas tahun ke 7 perkahwinan.
Sebelum berkahwin, suami aku bekerja ditengah lautan. Jadi setelah berfikir sedalam-dalamnya dan kami tak sanggup nak berPJJ, suami aku decide untuk resign dan mencari kerja di daratan.
Tapi korang taulah kan, nak cari kerja dalam masa terdekat bukan mudah jadi dalam masa yang sama dia buat partime.
Aku pula memang bekerja tetap dengan sebuah company terkemuka di Kuala Lumpur ni. Jadi pada aku, tiada isu sangat.
Income akulah yang menjadi tonggak utama kami. Aku tak kisah sebab pada aku, dia dah korbankan masa depan dia untuk duduk dengan aku sekali.
Dia pun menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik walaupun dia tak mampu nak bagi duit macam suami2 yang lain.
Sambil sambil mencari kerja tetap tu dia ada buat partime. Alhamdulillah ada rezeki lebih dia akan bagi duit lebih kat aku.
Pada aku cukuplah dia bantu aku buat kerja rumah, tak berkira bila family aku minta tolong dan yang paling penting tiap kali aku balik rumah dia dah siap masak, hehehe.
Fast forward masa tahun 2015 suami aku dah dapat kerja tetap dan alhamdulillah rezeki kami bertambah lagi dengan kehadiran baby pada awal tahun 2020.
Namun sebagai manusia kita takkan terlepas dari ujian demi ujian.
Anak aku disahkan menghidap penyakit kongenital sejak lahir. Oleh kerana PKP, company yang suami aku kerja tu tutup. Jadi suami aku hilang mata pencarian lagi.
Disebabkan anak kami memerlukan penjagaan yang rapi dan kami agak takut nak hantar pada pengasuh disebabkan komplikasi penyakitnya, kami decide suami yang menjaga baby kami dan aku bekerja macam biasa.
Suami jaga anak sampai aku balik kerja, lepas je aku sampai aku terus take over jaga anak.
Dia tak bagi aku buat kerja lain. Dia cakap yang lain dia akan settlekan termasuk masak, basuh pinggan mangkuk dan lain-lain. Aku cuma urus anak sahaja untuk belah malam.
Hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu suami aku tak berkerja. Kawan-kawan aku yang kat office pun tak tahu.
Aku tak nak suami aku rasa malu dan rendah diri jadi biarlah ianya menjadi rahsia antara kami je.
Duit untuk belanja rumah aku bagi suami yang uruskan. Kalau pergi makan pun suami yang akan bayar. Tujuan aku untuk menjaga aib dia.
Aku redha seredhanya berkongsi rezeki dengan dia.
Masa umur anak aku 1 tahun lebih, aku decide berhenti kerja. Kebetulan suami aku dapat offer yang lebih tinggi dari gaji aku.
Alhamdullillah, Segala Puji Bagi Allah. Aku bersyukur dengan perjalanan yang Allah telah aturkan untuk kami.
Walaupun banyak ranjau dan duri tapi aku yakin setiap yang terjadi pasti berhikmah.
Alhamdulillah juga syukur suami tetap sama. Walaupun penat berkerja, dia tetap bantu aku buat kerja rumah, bangun tengah malam buat susu anak. Weekend tolong aku kemas rumah apa semua.
Moga Allah permudahkan lagi perjalanan hidup kami dan korang aku mohon tolong doakan anak aku sembuh ya. Mudah2an ada doa diantara kalian Allah Makbulkan.
Kesimpulannya, pada aku tanggungjawab seorang lelaki wajib memberi nafkah kepada isterinya namun isteri juga haruslah bertolak ansur mengikut kemampuan suami.
Tapi suami janganlah pula mengambil kesempatan diatas pertolongan isteri.
Hidup berkeluarga ni kena banyak komunikasi dan berbincang dari hati ke hati.
Apa yang mampu apa yang tak mampu, apa yang boleh dan apa yang tak boleh, kena ada pillow talk dengar masalah masing-masing, support each other.
Para suami kalau isteri dah membantu dari segi kewangan, maka bantulah ringankan bebanan kerja rumah isteri. Kita hidup ni kena saling melengkapi diantara satu sama lain.
Yang mana baik korang jadikan teladan, yang buruk tu jangan ikut tau, hahaha.
Maaf diatas kekurangan gaya penulisan aku. Maklumlah dah tua, lama tak buat karangan. Peace!
Bye korang!
– Mummy Fa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit