Tanggungjawab kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum semua. Saya nak mohon pandangan mengenai tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa kerana saya buntu mengenangkan kata-kata ibu saya.

Bagi ibu saya ‘keberkatan anak2 tu adalah apabila mereka bagi duit kepada dia’. Saya tak pasti adakah apa yang diperkatakan olehnya benar? Mohon beri perkongsian yang betul daripada segi agama.

Buat pengetahuan semua, saya seorang anak yang sudah berkahwin.

Ceritanya begini. Ibu saya seorang yang sentiasa ada expectation yang seorang anak perlu memberikan wang kepadanya dan juga bapa saya.

Sedangkan bapa saya pesara kerajaan yang berpencen, ibu juga masih ada kudrat yang baik untuk bekerja (Lain lah cerita kalau bapa tiada income, dan ibu saya juga sud ah tidak ada kudrat yang baik)

Sejujurnya, bukan saya taknak bagi. Tapi, dengan taraf hidup sekarang, duit yang ada cukup2 sahaja buat masa sekarang. Itu pun banyak ihsan pasangan saya untuk berkongsi sana sini untuk melengkapkan perbelanjaan keluarga.

Tapi, apabila diterangkan kepada ibu saya, ibu saya berkata “Sebab tak bagi duit dekat Ma, hidup tak berkat, sebab tu tak cukup” Adakah benar hidup saya begini disebabkan tak beri duit kepada ibu bapa?

Dan setiap kali ada musibah yang berlaku dalam kalangan adik beradik saya, pasti ibu kami akan kaitkan dengan ‘keberkatan disebabkan tak bagi duit kepadanya’. Anak kami sakit sebab tak bagi duit dekat ibu, diri sendiri sakit sebab tak bagi duit dekat ibu etc.

Sejujurnya sebagai seorang anak, saya sangat terkilan dengan kata2 ibu saya yang saya rasa sangat tak patut dia kaitkan kesakitan dan musibah yang menimpa anak2 dan cucu2 nya adalah kerana tak bagi duit kepada dia.

Sedangkan Allah dan Nabi Muhammad pun tak pernah berkata begitu kepada hamba dan umatNya.

Saya ada nasihatkan ibu untuk kurangkan komitmen, seperti jual satu rumah (parents saya ada beberapa rumah), dan jual satu kereta (parents saya ada be berapa kereta), tapi kedua duanya diendahkan.

Tapi apabila duit bulanan tak cukup untuk melunaskan semua komitmen, minta dengan anak. Adakah adil sedangkan kami pun berusaha untuk melengkapkan perbelanjaan keluarga?

Untuk pengetahuan juga, adik kami akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dan sekali lagi, ibu kami meminta duit daripada kami, anak2 yang lain. Katanya, adik beradik yang lain kena ‘tong2’. Kalau sikit dalam ratus2, boleh tahan lagi. Ini mencecah puluhan ribu.

Saya dah terangkan juga kepada ibu saya supaya buat majlis mengikut kemampuan kita sahaja, tapi juga diendahkan.

Sejujurnya, saya sangat kecewa disebabkan waktu saya kahwin dulu, saya tak buat majlis resepsi pun disebabkan untuk menjimatkan duit dan satu sen pun saya takde guna duit ibu bapa saya kerana taknak susah kan mereka dan kerana saya faham situasi kewangan mereka.

Tapi, bila adik saya nak kahwin, ada expectation pula macam ni daripada seorang ibu terhadap anak2 yang lain. Saya rasa ibu saya tak patut ada expectation begitu kerana lupakah dia waktu majlis saya dulu?

Satu sen pun duit mereka, saya tak minta dan saya tak mengadakan majlis resepsi pun. Itu pun saya sangat bersyukur kerana pasangan dan ibu bapa mertua saya sangat memahami.

Saya pernah bertanya kepada ibu saya “Dulu Ma selalu bagi duit ke ye dekat atuk dan nenek?” Jawapannya, “Ma takde duit dulu. Ma susah”

Sekali lagi, saya rasa sangat terkilan dengan jawapan ibu saya. Sedangkan dulu dia juga struggle dan tak bagi duit kepada ibu bapa nya, kenapa sekarang perlu ada expectation pada anak2 nya? Lupakah dia waktu dia muda dulu?

Dan buat pengetahuan semua jugak, dari zaman sekolah menengah lagi (waktu cuti sekolah), saya dah mula bekerja. Dari zaman sekolah ke zaman universiti, saya hanya bergantung dengan duit ptptn dan kerja part time sahaja.

Mungkin juga saya banyak rasa begini kerana saya rasa dulu pun ibu bapa saya tak endahkan saya.

Namun begitu, saya tak pernah menyalahkan keadaan dan ibu b apa saya. Saya terima semua takdir yang Allah tetapkan buat saya. Dan saya bersyukur saya berjaya harungi semua benda dengan bantuan Allah.

Tapi, dalam keadaan terkilan dan kecewa terhadap ibu saya, saya tetap berfikir “adakah benar apa yang saya rasa dan lakukan?” Mohon bagi nasihat yang betul daripada segi agama.

Dan pengalaman hidup benar2 mengajar saya supaya berusaha untuk tidak menyusahkan anak2 saya suatu hari nanti.

Ingatlah semua yang bergelar ibu bapa, anak2 tak pernah minta untuk lahir ke dunia ni. Dan jangan lahirkan anak2 dengan ‘expectation’ yang suatu hari nanti mereka akan ‘berbakti pada kita’ kerana mereka juga akan struggle dengan kehidupan mereka.

Saya sentiasa berdoa semoga Allah izinkan kami suami is teri untuk menua tanpa menyusahkan sesiapa, terutamanya anak2.

Saya nak jadi parents yang mana bila anak pulang ke rumah, anak2 ada tempat untuk tidur, bukan perlu menyewa sana sini.

Saya nak jadi parents yang mampu melengkap kan segala keperluan anak2 sehingga sekurang-kurangnya mereka mendapat sijil yang pertama/pekerjaan yang pertama dalam hidup.

Saya nak anak2 balik ke rumah yang mana rumahnya sentiasa ada makanan walaupun mereka dah berkahwin dan dah ada anak2.

Doakan kami suami isteri.

– Abdullah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> http s://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Penat nak argue kalau dgn orang tua kita ni.. hulurlah seikhlas hati sekeping-dua untuk keberkatan rezeki yang disebut2kan. Jika perlu, bentangkan perbelanjaan keluarga kecil Abdullah untuk buktikan tiada lebihan ribuan malahan ratusan RM pun. Jika ikutkan aturan nafkah dalam Islam, utamakan diri sendiri, isteri dan anak2 Abdullah dahulu. Melainkan ibu-bapa tu susah, makan-pakai pun tak cukup, kita sebagai anak usahakan juga berkongsi rezeki.. Adik yang nak berkahwin -lelaki ke perempuan? Jika perempuan, tanggungjawab ayahnya lah utk walimatul urus. Jika lelaki, dia sendiri lah yang perlu menanggung perbelanjaan nikah & majlis.

  2. kalau cite bab duit memang stress sangat rasakan.. nak2 zaman sekarang serba mahal ni. Kalau ikut hukum dalam agama ihsan seorang anak bagi duit utk org tua.. bukannya WAJIB jika org tua tu susah lain lah. Ayah pun masih ad pencen kan? maksudnya tanggungjwb mak tu pada ayah, dia hidup lagi. si ibu Tak boleh menekan nekan mintak ngan anak anak nak bagi cukupkan komitmen hutang2 merepek tu.

    Patutnya di usia senja ni hutang2 komitmen rumah kereta dh langsai. tak perlu fikir dah hutang lagi. Pengurusan kewangan failed, bila tua nak susahkan anak2 pulak. sabar jela abdullah.

    Saya pun pening kalau nak hadap org tua macam ni. kita je yang asyik pendam rasa. Sepatutnya jual jela yg mana lebih2 tu boleh jugak diorang guna duit tu sendiri. tak perlu nak harap anak je hulur. Takut anak hulur sekeping dua mak awak taknak pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *