Aku Intan. Bercerita tentang sebuah kehidupan. Yang bagi aku, mungkin tiada jawapan kenapa dan mengapa ia begitu.
Keluarga aku ada 5 orang.
Kisahnya, abang aku no 2, yang bekerja sendiri dengan pendapatan suami isteri lebih 10 ribu sebulan.
Cuma aku kurang jelas dan sukar untuk faham kenapa dia berat hati untuk menghantar anaknya kepada pengasuh. Dia ada 5 orang anak. Yang berusia 1 hingga 10 tahun. 10,8,6, 2 dan 1.
No 6, 2 dan 1. Seharian dirumah mak aku yang mana rumah mak aku ada mak, aku dan adik lelaki aku. Kakak sulung aku bekerja sebagai polis dan sangat jarang- jarang balik. Dan adik perempuan yang bekerja diluar daerah.
Aku yang sedang mengikuti kelas master secara pjj. Dan adik lelaki aku yang bekerja dalam bidang f&b.
Jadi anak nya 6 tahun, aku yang akan spend masa untuk jemput dari tadika pukul 12.30 tengahari. Di samping menjaga anaknya yang berusia 2 dan 1 tahun. Masa aku keluar mak aku akan ambil alih jaga budak-budak.
Adik aku kerja shift kalau masuk petang dia akan bangun pagi- pagi untuk tolong mak aku buat kerja rumah walaupun semalam dia balik pukul 12 malam.
Dan kalau dia masuk pagi dan pulang jam 4 petang, tetap cuba ringankan beban mak aku . Tanpa dapat berehat sepenuhnya sebab ambil tanggungjawab jaga anak- anak buah.
Jaga bukan sekadar jaga tapi seluruhnya sebab seawal pukul 8 kakak aku akan hantar anak-anak mereka tanpa mandikan.
Jadi tugas kami untuk pastikan anak-anak tadi mandi, cebok, menyusu, tidur dengan lena dan sebagainya. Termasuk lah jika budak-budak demam, cirit, tidak sihat.
Abang dan kakak hanya biarkan kami yang uruskan. Kadang berlari-lari aku ke kedai belikan paracetamol.
Aku dan mak akan bergilir- gilir masak, mengemas dapur dan rumah, basuh pakaian, sidai dan segala mak nenek kerja rumah. Korang list lah terutamanya suri rumah.
Faham bukan kerja rumah yang tidak pernah habis? Rumah pula sentiasa bersepah dengan mainan kanak-kanak .
Yang sepatutnya mak aku boleh berehat dan aku boleh tumpu perhatian pada pelajaran. Tapi sebab keputusan aku asyik so-so je jadi bagi abang aku, no point aku fokus sangat, aku tetap tak bijak. Boleh la tolong jaga anak dia.
Pukul 2 petang aku akan keluar jemput dua anak abang aku yang bersekolah. Sorang perempuan sorang lelaki. Lepas balik sekolah pastikan diorang makan dan minum. Serta basuh pinggan mangkuk diorang. Baju sekolah kotor basuh sidai kain baju.
Kiranya seluruh tanggungjawab jaga 5 orang anak tadi adalah tugas kami.
Dimana abang aku dan isterinya? Di ofis mungkin atau berjumpa client? Sentiasa sibuk walau kadang kala masa aku keluar cari barang keperluan, terserempak je dua pasangan sejoli tu kat mana-mana restoran sedang dating.
Bahkan mereka keluar outstation dengan alasan urusan kerja dengan tinggalkan anak- anak mereka dibawah jagaan kami 3-4 hari. Padahal mereka pergi bercuti. Katanya mereka perlukan me time. Urusan kerja hanya sehari. Selebihnya upload gambar di media sosial.
Tiada siapa yang judge sebab update caption “cari rezeki demi anak-anak maafkan mummy daddy tinggalkan kalian sekejap.” Bersama baju-baju mewah yang dibeli untuk anak- anak.
Di ofis mereka staff yang buat kerja. Mereka berdua adalah majikan yang bebas masuk keluar ofis.
Tapi sewenangnya tinggalkan anak- anak dirumah mak aku. Dan kami galas tanggungjawab jaga anak-anak mereka.
Abang aku pernah tawarkan upah tapi mak aku tak nak katanya ikhlas jaga cucu- cucu. Jadi semua adalah percuma.
Tanpa sedikit pun kisah aku yang penat dan susah nak fokus belajar. Aku tengah kelas tapi kena gendong budak yang tengah merengek macam anak aku sendiri. Burn out sangat.
Aku pernah keluar menyewa tapi end up mak aku jaga budak-budak tu sorang- sorang. Beza dia abang dan kakak ipar aku akn hantar dan ambik anak-anaknya dari sekolah ke rumah mak itu pun dengan rungutan buat apa pergi sewa rumah, membazir bla bla bla.
Jadi tergamak ke aku nak tinggalkan mak sorang-sorang?
Belanja makan minum kat rumah mak guna duit pencen arwah ayah kami. Mak tak nak abang aku kecil hati jadi dia tak mintak sesen pun. Duit pencen ayah cukup untuk kami makan walaupun mak terpaksa catu duit.
Kadang- kadang abang aku balik awal dalam pukul 6. Tu pun diorang lepak je dalam bilik. Ataupun abang aku akan keluar semula ke mana- mana dan isterinya memang terperap saja dalam bilik.
Anak- anak main kat luar apa-apa hal kitorang yang pantau. kebiasaannya pukul 10 malam keatas diorang ambil anak- anak. Atau anak-anak dibiarkan tidur dirumah mak saja. alasan sibuk uruskan syarikat. Nak kaya mana pun aku tak tahu lah.
Tahun depan abang aku plan tambah anak. Biar betikk? Katanya anak ni membawa rezeki. Aku hanya mampu terkial-kial dan terfikir apakah makna anak- anak kepada ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah?
Buat apa tambah anak jika bebanan menjaga anak diletakkan pada ibu?
Buat apa cari duit banyak-banyak kalau anak- anak tak dapat kasih sayang. Alasan mereka, syarikat mereka bukan hanya untuk mereka hidup tapi beri peluang kerjaya untuk pekerja mereka. Pada staff mereka katakan pulang awal sebab anak- anak tak boleh tinggal.
Geleng kepala aku bila dengar staff bercerita betapa caring dan lovingnya pasangan ini kepada anak- anak mereka sedangkan yang hampir gila adalah kami.
Mungkin sampai akhir hayat mak ditakdirkan jaga anak-anak abang.
– Intan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit