Assalamualaikum. Harap tajuk “Tanggungjawab sebagai anak” akan membuka ramai mata diluar sana.
Apa yang aku nak citer nie adalah tanggungjawab sebagai anak. Dengar citer nie mungkin cliche. Tapi tula besar maknanya. Aku (hamba allah) aku ada 4 orang adik beradik. Aku anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Keluarga aku bukanlah sesenang orang lain.
Apa yang aku nak citer adalah bila kita dah dewasa kita lupa tanggungjawab sebagai anak. Nak dijadikan cerita ada satu hari tu aku tengah keja pastu adalah kejadian yang tak diingini berlaku dirumah.
Abah dan abang sulong aku bergaduh besar dirumah. Nasib emak aku ada dirumah sempat lah nak leraikan pergaduhan abah dan abang aku.
Sebelum pergaduhan tu berlaku adalah krisis yang melanda abah dan abang aku. Abang aku terus maki abah siap halau lagi. Abah memang dah tak bekerja dan dah tak bayar sewa rumah disebabkan faktor umur yang tak dibenarkan untuk bekerja.
Tapi sanggup abang aku halau ayah aku padahal masa kecik sampai umur dah 30 abah yang bayar sewa rumah. Aku ambil keputusan decide dengan kakak aku share untuk bayar sewa rumah sama2. At least dengan cara tu abang aku tak boleh nak halau abah dari keluar dari rumah sewa tu.
Abang aku adalah anak sulong tapi tak pernah nak fikir tanggungjawab sebagai anak. Kalau bab duit nak bagi abah atau emak punyalah berkira.
Apa yang dia tahu kalau dengan orang luar atau kawan-kawan mesti dia akan cakap lemah lembut tak mudah nak cakap kasar kasar tapi kalau dengan abah atau emak dan adik beradik yang lain senang je kuar ayat caci maki.
Apa yang aku nak ulaskan dengan disini. Kita sebagai anak perlulah hargai emak dan ayah selagi mereka masih ada. Tak perlu nak tinggikan suara dan tengking tengking orang tua sebab masa kita kecil merekalah yang dah banyak berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan kita.
Diingatkan juga kita janganlah lebihkan kawan kawan dan adik beradik dilupakan kerana belum tentu kawan kawan kita akan ada bila kita susah nanti. Yang pasti ibu dan ayahlah yang sentiasa ada bila kita susah dan senang.
Bila kita dah punya segala galanya jangan sesekali lupa pada ibu dan ayah. Kalau kau ada rezeki lebih tak salah kalau rezeki tu kita share dengan ibu dan ayah kita kerana bila kita tak kedekut dengan ibu dan ayah insya Allah rezeki kita takkan pernah habis dan sentiasa cukup.
Bila kedua ibu bapa kita dah meniti hari tua jagalah mereka mungkin bila kita ada anak. Anak kita juga pasti akan jaga kita. Ingat apa yang kita buat pada ibu bapa begitulah anak kita nanti.
Bila dah meningkat usia ibu dan ayah kita mungkin akan berubah sikap cepat terasa. Jagalah setiap ucapan dan kata kata kita agar mereka tidak terguris hati dengan kita. Jangan tengking dan maki ibu dan ayah kita mungkin kita tak mampu nak melihat setiap tangisan mereka.
Bagi yang masih ada ibu dan ayah hargailah dan berikanlah kasih sayang dan luangkan masa selagi ibu dan ayah yang masih ada.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit