Tanggungjawab Sebagai 1steri atau An4k

Baru-baru ni aku ada terbaca 1 post dekat facebook page.

Dalam posting tu lebih kurang la ayat dia macam ni “Kenapa isteri lebihkan suami dari keluarga sendiri?” Ada salah dan ada betulnya jugak la posting tu.

Aku baca komen-komen netizen dekat post tu. Ni sesetengah saja ya. Aku tak ambik semua.

“Betul la dia kena lebihkan suami sebab syurga di bawah tapak kaki suami dia”

Ada jugak yang balas “Tak ada hadis sahih yang syurga tu bawah tapak kaki suami”

Ada lagi yang balas “Memang la tak ada, tu perumpamaan since Rasulullah saw pun pernah bersabda yang wanita yang taat pada suami, puasa di bulan ramadhan, solat 5 waktu sehari semalam dan menjaga kehormatan diri maka masuklah dia ke mana-mana pintu syurga yang disukai”

Ada jugak yang komen,

“Haa tu lah, macam lah kalau dia bercerai dengan suami dia, dia takkan balik dekat family dia”

“Keluarga dah jaga berpuluh tahun tapi bila kahwin terus lupa keluarga”

Dan komen-komen dari netizen terus membanjiri post tersebut.

Aku rasa memang betul la dia kena lebihkan suami dia since dia dah berkahwin tapi kena la ingat jugak ibubapa dia yang telah lahirkan dia dan besarkan dia sampai dah boleh berkahwin.

Takkan bila dah berkahwin, boleh lupa dekat family yang ada waktu susah senang dulu.

Ada sesetengah orang jawab mungkin dia lagi bahagia dengan suami dia berbanding dengan family dia sebab tu dia jadi macam tu.

Bagi aku benda tu tak betul. Takkan la dah jumpa orang baru, yang lama ni buang ja macam sampah. Dah tak berguna lagi lah macam tu.

Kita kena paham yang masing-masing ada kepentingan masing-masing. Jangan sebab dah dapat yang baru boleh buang yang lama.

Bayangkan apa perasaan ibubapa kita yang dah jaga kita dari kecil bila kita buat macam tu.

Mungkin betul ibubapa ni ada salah juga masa dia besarkan anak-anak dia. Tapi tu bukan alasan untuk kita buang keluarga kita bila kita dah berkahwin.

Mungkin ada yang duduk jauh cakap susah nak jaga sebab duduk jauh. Tak perlu pun balik selalu. Kalau tak boleh balik, mungkin boleh call atau Whatsapp ja tanya khabar.

Tak susah pun macam dulu. Nak tanya khabar kena tulis surat, pergi pejabat pos lagi hantar surat. Berhari-hari baru posmen hantar surat tu.

Sekarang ni dah mudah sangat. Jangan cipta beribu alasan.

Kalau tinggal berdekatan dengan keluarga tu, mungkin boleh balik selalu. Jangan la bila balik tu buat-buat macam tak suka balik.

Buat macam-macam bagi keluarga tu nampak yang kita ni tak suka balik ke rumah. Lagi suka duduk dengan suami dekat rumah sendiri.

Tak salah pun suka duduk rumah sendiri, mungkin lagi selesa sebab rumah tu dibeli atau dibina ada kemahuan sendiri kan. Kita hias elok-elok sebab tu kita suka tapi jaga la kelakuan tu.

Jangan sampai ibubapa kecil hati dengan perbuatan kita. Kesian ibubapa kita. Dia pun tak tau apa salah dia sampai anak dia boleh buat macam tu.

Aku ni tak pandai sangat agama tapi aku tau kalau sekali ibubapa kecil hati dengan kita, perjalanan hidup kita takkan mudah.

Kalau rasa diri tu susah, tak tenang, banyak orang dengki dan serba tak kena, mungkin boleh review balik apa yang kita buat. Tak salah pun taat kepada suami.

Memang tu kewajipan kita sebagai isteri. Tapi jangan sampai abaikan keluarga sendiri. Tanpa keluarga kita tu, kita pun tak boleh nak hidup kat dunia ni. Tak boleh pun nak kahwin dengan suami kita yang kita sayang sangat-sangat tu.

Tapi yang paling penting jangan sayang sesuatu atau seseorang lebih daripada kita sayang kepada Allah. Allah tu lah perancang semua yang jadi dalam hidup kita.

Aku bukan apa, aku tengok orang sekeliling aku sekarang ni memang berperangai macam yang aku cakap tadi. Lebihkan suami dari segala-gala yang ada dalam dunia ni.

Benda ni tak betul lah bagi aku. Kita kena seimbangkan semua. Mungkin kita kata yang kita tak boleh nak jaga semua sebab limitation yang kita ada. Tapi tak semestinya kena jaga semuanya sama banyak. Boleh la atur yang mana yang lebih penting.

Tapi jangan sampai buang terus.

Kita as wanita kena pandai pikir yang mana baik dan yang mana buruk. Tak semestinya suami cakap sesuatu tu, dia mesti betul.

Kita sebagai manusia takkan pernah sempurna sebab sempurna tu hanya milik Allah. Jadi macam mana pun, mesti ada perbuatan kita yang salah. Jadi kita betulkan lah balik. Sampai bila nak hidup macam tu kan.

Maaf lah kalau confession aku ni tak menarik. Cuma nak meluahkan apa yang aku rasa ja. Terima kasih sebab sudi membaca. Semoga kita semua boleh ambik iktibar atas apa yang jadi.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *