Tanggungjawab Seorang Anak

Assalamualaikum.. Nama saya Am, saya ada 3 orang adik beradik, saya anak bungsu. Saya nak berkongsi kisah saya, mungkin boleh jadikan tauladan.

Ceritanya macam ni. Mak saya seorang balu, mak saya sakit strok sejak 6 tahun lepas, sejak 6 tahun lepas mak tak boleh uruskan diri, kita yang kene mandikan mak, pakaikan baju dia, pakaikan pempers, semuanya kita yang uruskan, dari A – Z..

Dari awal mak sakit, saya tangguhkan pengajian diploma selama setahun, sebab abang dan akak saya berkerja kerajaan. Masa tu saya redha segala hal, walaupun hati ni hancur melihat kawan konvo cepat.

Selepas setahun, saya sambung diploma dan tamatkan diploma walaupun tidak beberapa cermerlang. Sejak graduate diploma ni, macam-macam perkerjaan saya cuba, tapi hasilnya tetap sama, saya terpaksa berhenti kerja ditenggah jalan, disebabkan permintaan mak untuk uruskan dia, mak jenis suka saya yang jaga, sebab katanya saya menyenangkannya.

Saya buat keputusan, saya tak nak mohon mana mana pekerjaan selepas tu, sehingga 2 tahun saya jadi penganggur yang dihina. Dari abang saya, hingga orang luar, semua bandingkan saya dengan orang lain, “tengok lah si A tu gaji besar, beli kereta, rumah, walaupun tak ada diploma”. .. “tengok si B tu dah berkahwin.”

Manalah hati yang tak remuk bila dihina seperti itu. Hina sangat ke saya korbankan masa muda saya untuk orang yang saya sayang. Tapi saya tak nafikan kuasa Allah, yang ajaibnya saya sangat sangat cukup makan apabila saya tak berkerja, tapi bila berkerja, saya tak nampak duit saya kemana.

Selepas 2 tahun, saya dapat sambung degree di university awam, cukup gembiranya hati, walaupun usia saya menjangkau 24 tahun masa tu. Yang menguatkan hati untuk pergi, saya di beri nasihat pada abang A ni masa intern dulu.

Dia cakap, sampai bila saya nak pentingkan diri, sampai bila saya nak kaut semua pahala sehingga abang dan akak saya tak dapat rasa pahala tu. Akhirnya saya buat keputusan untuk menyuruh abang dan akak saya bertangungjawab pada mak. Tapi abang mintak kepada saya untuk tangguhkan 1 semester awal untuk bersedia.

1 semester saya tangguh, akhirnya saya terpaksa keluar rumah, walaupun berat hati, macam macam permintaan abang dan akak saya supaya saya batalkan belajar. Niat utama saya nak belajar bukan sebab ilmu semata mata, tapi untuk akak dan abang saya bertangungjawab.

Jika dulu, percakapan saya tak berguna disebabkan saya dapat kerja di johor bahru dengan position yang saya nak, saya bertikat kali ni mesti belajar juga. Sebab ini lah 1 alasan yang tidak boleh mereka tolak. Akhirnya saya dapat belajar.

Saya nak buktikan pada semua orang, yang umur macam saya yang masih belajar ni pun mampu beri ibu saya duit setiap bulan. Saya jenis kuat berkerja, jika ada kudrat di badan, saya akan berkerja, alhamdulilah, saya berniaga online sangat2 memberuntungkan.

Bukan sahaja saya dapat berikan mak duit, malah ptptn saya pun tak usik. Saya membuktikan pada akak dan abang saya, saya boleh berdiri di kaki sendiri. Sesen pun saya tak mintak duit ibu dan keluarga, dari pendaftaran, sampai dah tahun kedua sekarang ni.

Malah, akak saya pulak yang sering pinjam duit pada saya. Tapi saya tak kisah pun, sebab saya sayangkan keluarga saya. Alhamdulilah selama ini dhuha saya dimakburkan apabila saya berjaya tutup mulut semua orang.

Walaupun saya sebuk dengan pelajaran dan berniaga online, sedikit pun saya tak tinggalkan tangungjawab saya pada mak, hampur 4 kali seminggu saya ulang alik dari rumah ke univerisity walaupun jarak memakan masa 1 jam lebih. Sebab saya masih lagi nak ambil kunci rezeki pada seorang ibu, saya percaya ibu adalah kunci rezeki saya.

Sejak ibu saya sakit, rezeki kami melimpah ruah, cuma kena pandai mencari, dan rajin berusaha. Bukan setakat doa sahaja. Kene guna kudrat mencari. Dan alhamdulilah, saya dijemput oleh pihak university untuk berkongsi ilmu berniaga online. Hasilnya saya dapat bayaran. Agak lumayan. Dan ini 1 permulaan baru untuk saya.

Kesimpulannya, kalau ada ibu yang sakit, cepat cepat ambil, jaga ibu kita, sebab ibu tu kunci rezeki, alhamdulilah saya dah rasa rezeki tu, allah tak pernah tipu selama ni. Walaupun penat, tapi nikamat rezeki, sungguh luas.

Dan sekarang abang dan akak saya dah mula bertangungjawab sepenuhnya keatas mak, dan sekarang abang dan akak saya baru tahu mak tu kunci rezeki, sebab apa, selama ni duit die orang tak cukup. Tapi disebabkan mak, sentiasa cukup. Jangan takut nak kejar cita cita dan jadikan hinaan sebagai cabaran.

Akhir kata, semoga kisah saya ini bermanfaat kepada semua. Assalamualaikum.

– Am (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *