Tanggungjawab Seorang Lel4ki

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan artikel ini.

Aku Zara Nisa (bukan nama sebenar). Perkongsian ini hanya sekadar sebuah luahan perasaan seorang wanita.

Aku seorang suri rumah dan berkahwin dengan seorang jejaka kematian isteri yang telah mempunyai dua anak remaja lelaki yang masih bersekolah.

Usia perkahwinan kami masih baru, hampir menginjak satu tahun.

Biasalah aku seorang bujang yang berkahwin dengan duda yang mempunyai anak pasti diawal perkahwinan memberikan cabaran besar padaku, alhamdulillah berkat kesabaran kami, cabaran dapat kami atasi.

Dugaan kami bermula apabila arwah bapa mertua meninggal dunia. Tanggungjawab suami sebagai yang sulung,dan lelaki tunggal dalam keluarga yang selebihnya perempuan amatlah besar.

Adik-beradik perempuan suami semua telah berkahwin dan mempunyai keluarga masing- masing.

Tetapi, seorang adik iparku telah bercerai dan menjadi ibu tunggal kepada empat orang anak. Telah 3 tahun dia menyandang status itu, semua anak masih bersekolah rendah dan yang bongsu 2 tahun lebih.

Selama 3 tahun ini dia dan anak-anak tinggal di rumah mertua. Adik iparku bekerja dan anak-anaknya diurus oleh ibu bapa mertuaku. Ke sekolah akan dihantar jemput 3 orang oleh arwah bapa mertuaku.

Pemergian bapa mertua amat dirasai kerana selama ini arwah bapa mertua lah yang boleh membawa kereta atau motor. Ibu mertua tidak pandai, dulu bekerja dan sekarang suri rumah. Mereka ibarat hilang orang harapan.

Adik ipar akan keluar sebelum subuh menaiki bas dan sampai di rumah selepas isyak. Itulah rutin hariannya bekerja, adik ipar hanya pandai menunggang motosikal tapi tiada lesen.

Sekarang masalah mereka adalah kenderaan untuk membeli barang, urusan rasmi.

Jadi, suami lah akan balik hujung minggu bawa ibu mertua, adik ipar dan anak-anaknya, jika perlu. Adik-adik ipar yang lain ada juga balik dan membawa tetapi kekangan jarak kerana mereka tinggal luar dari negeri.

Aku dan suami pula paling dekat 40 minit dari rumah kami tetapi kami tinggal berasingan, di rumah yang suami beli di sebuah perumahan dan suami pula bekerja dengan jarak 30 minit dari rumah kami.

Apakah yang harus kami lakukan dengan masalah ini, suami pernah menyatakan hasrat untuk berpindah ke kampung untuk menjaga ibu, adik ipar dan anak-anak saudara.

Tapi anak-anak kami membantah, nak tinggal di rumah kami dan sekolah sahaja di sini.

Aku pun kurang bersetuju menghimpunkan 2 keluarga dalam 1 rumah memandangkan ketika balik sekali sekala, ibu mertua banyak mengomel dan mencari salah,

Sebagai contoh cara menggoreng, setiap inci akan dikomplen, tetapi kalau balik sekejap-sekejap, tekanan perasaan boleh berkurangan.

Adik ipar pun sering marah anak-anaknya, bagi aku ,aku ada cara sendiri mendidik anak.

Dan suami takkan tahu tentang hal itu, kerana dia keluar bekerja, pergi pagi balik petang.

Cadangan kedua, suruh adik ipar belajar kereta, mudah bawa ibu mertua ke kedai,tak perlu tunggu suami cuti. Kerana adik ipar cuti sabtu ahad.

Tapi adik ipar kata tak berani dan belum bersedia. Cadangan ketiga, suruh adik ipar sewa rumah lain dalam kampung tu, dan ibu mertua kami akan tinggal bergilir di rumah anak-anak.

Kami risau keadaan mental dan kesihatan fizikal ibu mertua , tekanan kehilangan suami dan tekanan menjaga cucu seorang diri seramai 4 orang, kerana adik ipar pergi kerja sebelum anak-anak nya ke sekolah dan balik malam.

Ibu mertua yang mengasuh yang kecil, masak, membasuh dan melayan kerenah cucu yang lain kadangkala susah membantu kerja rumah kerana asyik dengan telefon bimbit.

Serba salah, kami nak jaga ibu mertua, tapi kena bawa juga adik ipar dan anak-anaknya. Anak-anak kami lagi. Sekarang saya tahu sebagai suami, die bertanggungjawab pada ibunya, saya dan anak-anak kami.

Saya juga masih mempunyai ibu bapa yang kurang sihat yang perlu dijenguk dan dipantau sakit pening di daerah lain. Masa kami perlu dibahagi dengan sebaiknya.

Urusan adik ipar dan anak-anak saudara kami sebenarnya tanggungjawab siapa? Ayah dan datuk sebelah bapa anak-anak ini masih hidup.

Minta pandangan daripada pembaca. Terima kasih.

– Zara Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *