Hi, aku sekadar nak meluah, aku Yana umur 27, bercinta dengan Faiz dah 7 tahun, kami baru bertunang. Aku dibesarkan dalam keluarga sederhana.
Adek beradik aku 4 orang. Mak aku suri rumah dan ayah kerja pasar (orang bawah). Jadi ayah lah yang menangung semua pembelanjaan rumah. Berbeza dengan keluarga Faiz dibesarkan dengan ibu dan ayah yang berkerja.
Aku anggap dia tahu serba sedikit pasal agama dan tanggungjawab bila berkahwin. Tapi tiba-tiba dia dah bahagi kan pembelanjaan rumah selepas kahwin nanti. Aku cakap kenapa pulak macam tu?
Tunaikan dulu tanggungjawab kau dulu kalau tak cukup baru aku top up, sebab itu memang tanggungjawab kau, aku takut aku tak redha sebab ada nafkah yang kau tak tunaikan.
Then takut menjawab pulak kat akhirat nanti. Aku cakap duit gaji aku biar simpan untuk emergency dan untuk hari tua.
Dia tanya takkan tak ada duit gaji dia untuk diri dia sendiri, aku cakap bergantung pada situasi.. kalau dah habis bayar benda penting dan ada lebihan adalah, kalau tak ada, tak adalah.
Aku sebut jugak, aku akan cuba untuk masak setiap hari supaya kau boleh bawak bekal ke kerja, kat situ dah jimat.
Aku ingat dah selesai lah kat situ sebab dia macam faham. Tapi tiba-tiba dia sebut balik perkara ni… Aku cakap kalau bayar asing-asing apa beza dengan housemate?
Kemudian dia sebut pulak pasal mak ayah dia yang mana ada pembahagian perbelanjaan rumah, so dia tanya takkan mak ayah dia housemate??
Aku cakap macam ni je, “aku tak tau mak kau redha ke tak, tapi biasanya mak-mak ni akan redha jugak untuk bayar sebahagian pembelanjaan rumah sebab mak-mak ni cuma nak anak-anak selesa, tak susah dan cukup serba serbi walaupun diorang tahu itu bukan tanggungjawab diorang”.
Masa aku cakap tu Faiz hanya diam.
Tiba-tiba dia cakap aku ni kerja jadi tolong la support.. Aku tanya kalau aku tak kerja??
Dia boleh cakap pulak yang itu lain, Aku dalam hati macam,
“Weh kalau aku tak kerja macam lah kau lagi mampu nak tanggung, sekurang-kurangnya kalau aku kerja Aku boleh beli barang-barang sikit untuk aku tanpa meminta kat kau dan TOLONG TOP UP pembelanjaan rumah yang tak cukup!!! ” Tapi dalam hati je lah..
Aku tanya kalau tak cukup then aku top up apa yang tak cukup tu tak dikira support ke??? Hmmm kitaorang still argue dan dia cakap aku ni keras kepala..
Aku ada tanya ayah aku tanpa mention nama sesiapa pon.. Aku tanya, “abah kalau dah kawen perbelanjaan rumah, bil dan segalanya siapa yang kena bayar?”
Ayah aku cakap, “kalau ikut islam lelaki lah yang kena bayar, tapi sekarang semua benda mahal jadi kalau tak cukup bolehlah perempuan tolong top up kan”.
Aku tanya lagi ,”kalau sebelum kawen lelaki dah bahagikan pembelanjaan rumah??”
Ayah aku pon, “ITU TAK IKUT ISLAM! Lelaki tak guna tu! mengambil kesempatan!!”
Aku tanya ayah aku, “hanya abah punca nafkah keluarga ni, abah selalu dimurahkan rezeki tak??” Ayah aku tanya aku balik “kamu rasa?”…..
Hmmm jujur lah aku cakap, kalau nak compare gaji ayah aku dengan mak ayah Faiz sangat jauh beza, ayah aku ni level B40 je. Mak Faiz ni pegawai kerajaan dan ayah Faiz ni pegawai bank.
Tapi aku nak cakap keluarga aku sentiasa dimurahkan rezeki, sepanjang aku membesar aku tak pernah rasa susah, serba serbi cukup semuanya.
Selalu ada rezeki yang tak disangka-sangka, daripada rumah setinggan mampu berpindah ke apartment cash tanpa hutang sedangkan ayah aku masih kerja pasar.
Kemudian ayah dapat kerja yang lebih baik. Adik-adik aku jugak dapat biasiswa dan mara untuk sambung belajar dan dapat kerja bagus.
Mak ayah aku juga mengajar kami untuk menyimpan, walaupun mak hari2 masak untuk kami bawa bekal ke sekolah mak tetap bagi duit belanja dan suruh kami simpan dalam tabung.
Tak pernah bagi kami guna duit raya kami yang dapat setiap tahun tapi hanya untuk disimpan ditabung haji dan ASB. Simpanan kami adik beradik sudah cecah lebih 20k setiap orang sebelum kami cecah umur 20 tahun.
Aku nampak murahnya rezeki ayah aku bila ayah aku tahu apa itu tanggungjawab seorang suami dan ayah.
Faiz kata financial planning ni atas persetujuan bersama…. Ye betul!! Jadi tolong lah ikut hukum agama, kalau tak cukup aku akan top up.
Tapi dia cakap aku ni dah tak boleh bawak bincang…
Aku ni tak minta kemewahan pun, kalau gaji Faiz kecil, hidup lah macam orang yang gaji kecil, but please tahu tanggungjawab.
Kecewa dan tawar hati..
– Yana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit