Untuk part I, (https://iiumc.com/tanggungjawab-seorang-lel4ki/).
Assalamualaikum semua. Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca yang memberi komen kepada kisah Tanggungjawab Seorang Lelaki bahagian pertama.
Kepada persoalan di manakah ayah kepada anak-anak saudara saya, saya tak pasti, mengikut kata suami dia baru keluar pusat pemulihan dadah.
Adik ipar bercerai pun kerana memohon fasakh daripada digantung tak bertali, diabaikan nafkah dan didera fizikal dan mental ketika masih menjadi isteri.
Kes mereka dari 2019, awal tahun 2022 baru selesai. Dan sijil penceraian baru ambil dipejabat agama pada hujung tahun 2022.
Segala bentuk bantuan ibu tunggal tak dapat kerana sijil penceraian yang belum siap. Bantuan Rahmah ke daripada kerajaan masuk akaun bekas suami dan tak diberi.
Saya tak pasti fasakh boleh tuntut nafkah dari bekas suami atau tidak kerana bekas suami tak mahu melepaskan isteri sebelum ini,
Berapa tahun baru selesai naik turun mahkamah sebelum saya kahwin dengan suami, suami dan arwah ayah mertua memang banyak membantu adik iparnya dalam kes mahkamah.
Adik ipar baru mengandung anak bongsunya ketika baru-baru kes mereka,
Bapa mertua bawa balik kampung adik ipar dan anak-anaknya, sekolah dan semua, serta dari awal adik ipar mengandung sampai melahirkan, anaknya sudah nak masuk 3 tahun, bapa kandung tak pernah jenguk.
Sebelum ini adik ipar memang tak bekerja, sampai lah usia anaknya setahun lebih, dia mula berkerja.
Tahun lepas bekas suami adik ipar ada bagi nafkah berbentuk makanan kering yang dihantar pos.
Pada hari raya tahun lepas hanya pihak keluarga lelaki yang datang ziarah, bapa tak datang, untuk ziarah anak-anak adik ipar.
Saya tak pasti masih dipusat pemulihan atau tidak ketika itu. Ayah anak- anak ini ada juga menghubungi anak-anak nya melalui panggilan telefon dan video call, tetapi dihalang oleh adik ipar untuk jawab.
Sejak arwah abah meninggal, nafkah makanan kering dari keluarga bekas suaminya terhenti , duit pun tiada. Ibu mertua selalu bebel pada cucunya dan adik ipar. Mengadu pada suami saya ayah budak-budak ni tak datang.
Yang suami saya, dengar sahaja, tiada apa-apa tindakan. Saya yang naik geram.
Kadang saya bising juga , adakah dia tanya masalah adik ipar, pujuk adik ipar cari kerja lain yang fleksibal dan banyak masa untuk anak-anaknya.
Mak mertua pun kalau stress akan cakap ni semua sebab kes adik kau, dulu aku tak sakit macam-macam, sekarang fikir macam-macam tak boleh tidur dan dah ada darah tinggi dan kencing manis.
Saya diam sahaja dengar, banyak diam dan mendengar, cuba paham dan bantu apa yang patut.
Bila saya usul cadangan suruh adik ipar belajar kereta, saya suruh suami cakap dengan adik dia, dia kata awak cakap lah dengan dia. Saya dah pernah cakap elok-elok, dia takut nak bawak.
Suami saya dah putus asa mungin, semua nasihat adik dia tak ikut, suami akui adiknya degil sedikit. Cakap mak pun tak dengar, mungkin sebab tu mak stress.
Saya pun nak salahkan adik ipar tak boleh, ini masa dia. Ujian dia, untuk uji kesabaran kami jugak.
Saya perasan dia lembut hati, tapi mungkin tekanan hidup dia terlalu tinggi, dia jadi keras, kalau saya kaya, saya upahkan orang gaji. Selesai masalah, doa-doa lah saya kaya.
Saya susah hati orang lain susah, dan dari dulu saya gembira mendorong orang lain untuk lebih maju dalam hidup, tak mampu saya makan sedap kalau adik beradik ke orang terdekat saya tak makan, itulah ibaratnya.
Senang cerita mudah kesiankan orang, sebab tu saya setuju kahwin dengan suami yang kematian isteri. Sebab saya nak pahala jaga anak piatu.
Mungkin Allah uji, inilah ujiannya, ujian keikhlasan hati saya, menerima suami dan keluarganya, susah dan senang.
Maafkan saya, andai kata coretan saya ini terdapat salah atau silap.
Terima kasih.
– Zara Nisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit