Tangisan Seorang Lelaki

Assalamualaikum admin dan pembaca sekalian.. Apa yang saya nak ceritakan ini adalah perkara yang berlaku di tempat kerja aku. Aku menceritakan perkara ini untuk dijadikan ini sebagai pengajaran kepada orang yang sudah berumah tangga dan orang yang bakal mendirikan rumah tangga. Nama yang digunakan pon tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.. Kisahnya begini, di tempat aku bekerja ada seorang kakak ni yang aku panggil kak nad, sorang lagi abang am dan abang im. Untuk pengetahuan semua kak nad dan abang im adalah suami isteri. Mereka berkenalan dari tempat kerja lama, bercinta dan kemudiannya berkahwin.

Kak nad dan abang im mempunyai dua orang cahaya mata yang sangat comel. Pernah mereka membawa anak mereka di tempat kerja. Mempunyai dua anak perempuan yang sangat comel amat menggembirakan mereka. Aku melihat mereka begitu bahagia, yelah pasangan yang muda. Aku sangat adore dengan mereka. Nampak sangat serasi. Kak nad dan abang im pon pasangan yang cantik dan sama padan bagi aku. Namun disebalik kebahagiaan mereka tersirat suatu masalah yang mungkin ramai yang tak tahu. Kak nad merupakan seorang assistant manager di tempat aku. Suaminya pula hanya pekerja kontrak disini. Tapi aku lihat kehidupan mereka sangat bahagia, dalam kebahagiaan itu, muncul si am. Am adalah seorang lelaki yang telah berkahwin, tetapi tidak duduk sekali dengan isterinya..oarang kata hubungan PJJ. Di pejabat Am dan Im berkawan rapat ..tetapi sebelum ni mereka takdelah serapat mana pon.

Kami yang melihat pon berasa hairan kenapa abang im rapat dengan am, sedangkan sebelum ni abang im ada seorang lagi kawan baiknya yang juga dari company lama. Am dikenali sebagai seorang lelaki yang mata keranjang dan hidung belang di pejabat ni. Pantang Nampak pempuan cantik habis semua dia nak try, padahal die tu xpadan dengan laki orang. Kadang2 kami geram jugak dengan perangai die macam kucing miang tu. Tapi yelah kat pejabat sape je yang nak tegur masing2 dah jadi bapak orang pon kan. Keakraban kak nad sekeluarga dengan keluarga am makin terserlah sehingga mereka pergi bercuti bersama2 ke luar negeri. Wah rapat sungguh mereka, kami semua terkejut dan aku pernah mendengar kawan baik abang im mengadu yang die terasa hati dengan tindakan abang im yang sudah berubah, tak seperti dahulu kerana dia terlalu rapat dengan am dan terikut2 dengan perangai am yang berlagak.

Untuk pengetahuan semua am ni agak berlagak dan kurang berkawan dengan lelaki kat ofis ni. Aku pon pelik, xtau kenapa.. aku pon xpernah bertanya kepada kawan2 laki yang lain. Episod baru bermula apabila mereka pulang dari bercuti , abang im dan kak nad dilihat xsemesra dulu. Kalau dulu kami tengok mereka selalu makan bersama setiap hari. Hari demi hari kami lihat perkara ini semakin berlarutan. Mereka langsung dah tak bertegur sapa. Kadang kadang kami budak kontrak ni ada lepak2 dan makan bersama, aku pon ada bertanya kepada abang im, kalo abang im balik rumah isteri abang selalu ke masak? Abang im masa tu hanya diam dan tersenyum, dan ada seorang kawan aku pon tegur, eh dorang dah xduk serumah. Masa tu aku xfaham lagi. Aku ingatkan abng im ni berulang alik dari rumah family die sebabtu xduk sekali.

Rupa-rupanya abang im dan kak nad dah tak duduk sebumbung. Aku sangat2-sangat terkejut masa tu. Aku terus dah tak tanya apa2 pasal family abang am. Lama kelamaan cerita ni makin tersebar. N ak buat macam mana kan, nak tak nak orang mesti pelik kenapa dorang dah tak bertegur sapa. Yelah sebab bekerja pon satu ofis. Tak lama selepas cerita mereka dah tak duduk sebumbung ni tersebar. Abang im ade mnceritakan serba sedikit masalah rumahtangganya kepada kami. Rupa-rupanya am yang dianggap sahabat baik sebelum ni menjadi duri dalam daging dalam perhubungan kak nad dan abang im. Am bertindak mencucuk kak nad dari belakang. Entah ape yang dihasutnya kepada kak nad..sehinggakan kak nad begitu membenci suaminya. AKu lihat abang im begitu sedih dan tak seceria seperti dahulu..aku ada jugak bagi semangat dan berharap hubungan kak nad dan abang im kembali seperti dahulu.

Aku tahu abang im masih bertahan dan sedaya upaya untuk mempertahankan rumahtangganya bersama kak nad. Namun masalah menjadi semaki n parah apabila kak nad meminta cerai dengan abang im. Kelihatan hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi, namum kami tetap memberikan semangat kepada abang im. Dengan memikirkan anak-anak yang masih kecil dan perkahwinan meraka yang baru beberapa tahun, terasa begitu sayang sekali. Namaun beberapa hari kemudian kami mendapat berita meraka telah pon bercerai atas desakan kak nad. Aku sunnguh sedih dengan berita tersebut. Namun abang im ada memberitahu yang dia akan sedia menunggu sekiranya kak nad berubah fikiran dan kembali semula kepadanya.

Hari-hari pon berlalu, namun tidak menampakkan perubahan yang mereka akan kembali berbaik seperti dahulu. Aku lihat kak nad begitu berubah dan ada kalanya die dan am selalu makan bersama.. Masa tu aku xsyak pon dorang bercinta tapi pelik selalu belikan am breakfast setiap pagi. Ade jugak orang kat ofis aku yang nampak mereka pergi kerja menaiki kereta yang sama. Lama kelamaan cerita ni pon kantoi, rupa2nya mereka berdua bercinta diam2. AKu lihat abang im masih tidak berputus asa untuk merebut kembali cinta hatinya. Ada juga yang menasihati abang im supaya keluar dari company ni dan mencari kerja di tempat yang lain, namun dia tetap berkeras nak tunggu kak nad berubah. Katanya nak lihat “drama” di depan matanya sendiri. Tidak lama selepas itu pula muncul berita yang am pon sudah bercerai dengan isterinya. Abang im begitu setia menunggu sehinggalah kak nad habis edah. Tetapi dia dikejutkan dengan berita am dan kak nad telah pon menikah.

Aku dapat lihat ‘tangisan seorang’ lelaki dengan apa yang berlaku pada abang im. Kecewa yang tidak terkata. Setelah lama menunggu cinta hati untuk kembali bertaut namun ianya musnah untuk selama-lamanya. Beberapa hari selepas itu, abang imp on menghantar surat tender . Aku sangat terkejut. Nampak riak di wajahnya sangat sedih dan kecewa melihat kebahagiaan yang dibina atas penderitaan kawan baik sendiri. Bagi aku Am begitu kejam, sanggup dia merampas isteri kawan baik sendiri. Ramai lagi perempuan dekat luar sana kenapa mesti nak rampas bini kawan baik sendiri. Kepada kak nad kenapa cepat sangat termakan dengan pujuk rayu si am, sedangkan abang im jauh lebih baik dari am dari segi attitude.

Memang am seorang yang bekerja tetap dan memakai kereta honda tetapi kak nad xsayang ke dekat family kecil dia. Aku pelik kenapa die tidak memikirkan nasib anak perempuan dia yang masih kecil yang memerlukan kasih sayang ayah sendiri. Maybe kak nad jenis pandang kemewahan sebab kawan2 sebaya dia yang kat ofis semua berkawin dengan lelaki yang setaraf dengannya dan mempunyai kerjaya yang bagus. Kepada am kenapa sanggup kau lakukan semua ni kepada im sedangkan kau tahu im sedaya upaya untuk mempertahan kan keluarganya.

Pengajaran yang dapat aku simpulkan dari cerita ini, kita jangan telalu percaya terhadap seseorang even kawan baik sendiri tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak percaya bermaksud masing2 perlu meletakkan batas dalam pergaulan tidak kira dimana berada. Kedua masing-masing perlu memikirkan sedalam-dalamnya sesuatu keputusan yang nak dibuat, jangan terburu2 untuk bercerai dan mintalah nasihat daripada orang yang lebih tua. Ketiga kalo nak caras bini orang pon xpererlulah satu ofis kot, xde rasa malu ke ape even orang xcakap depan2 kau. Pada yang bakal berkahwin pilihlah lelaki atau perempuan yang betul2 sayangkan family dan anak2. Memang susah sekarang ni nak cari lelaki @ perempuan yang sayangkan family bermatian2, jika begitu ANDA dan SAYA la yang perlu jadi orang itu.

– Cik bawang holland

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *