Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan luahan ni. Saya nak minta pendapat orang berilmu, mohon jangan kecam ya.
Cerita ni berlaku tahun 2017, dimana saya intern di satu taman rekreasi di negeri bersejarah.
Saya telah dic*bul oleh salah satu staf kat sana. Saya tak buat report sebab takut. Terlalu takut. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kena.
Bermula dari lelaki ni calit satu minyak botol kecik pada tangan saya untuk kurangkan bisa sebab saya kena gigit serangga.
Sejak tu, apa dia suruh saya ikutkan termasuk bagi duit pada dia.
Kenapa bagi calit? Tangan saya luka berdarah, pasti saya percaya sebab dia orang lama dalam bidang tu. Dia tahu banyak spesis. Terangkan banyak ilmu. masa tu memang tak fikir benda tak baik.
Kemudian, saya kerap dic*b*l. bila saya disuruh oleh orang atasan untuk kerja dikawasan jagaan dia.
Saya tolak tapi orang atasan kata ni untuk markah saya juga. Macam-macam berlaku sampai habis intern. Waktu tu Allah SWT je tahu betapa bersyukurnya saya.
Kemudian, lepas setahun saya mula alami mimpi ngeri & gangguan. Nampak macam2.
Bila berubat, ustaz kata benda tu dah ada lebih setahun. Bila ustaz tanya, barulah saya cerita pasal kena calit minyak tu. Saya pun dah sembuh, Alhamdulillah.
Tapi lelaki ni tak habis disitu. Saya ada kenal kawan perempuan kerja disana. Kami still contact each other.
Dia bagitahu lelaki ni ada buat benda sama dekat budak intern lain. Bila saya cari, mostly dari kolej saya.
Baru-baru ni saya minta kawan saya kumpulkan mangsa yang dia kenal dan semuanya ada 6 orang.
Malangnya, kami tak ada bukti. Tak ada video, tak ada chat. Nothing. Sebab dah lama dan takkan kami nak simpan chat dia pulak. Semua kami block. Masa tu tak terfikir pun nak simpan sebagai bukti.
Ada yang kena calit minyak, ada yang kena sihir sebab bila mereka berubat cerita tu tally dengan masa mereka intern.
Bukti pun, hanya ustaz yang rawat kami. Ada pun chat lelaki ni panggil mangsa sayang, comel. Tak ada sexual harrasment.
Tapi baru-baru ni saya dapat tahu negara kita ada implement akta sihir. Cumanya, walaupun kami buat report, benda ni dah lama. Kalau polis tak jumpa apa-apa berkaitan sihir dia guna macam mana?
Lelaki tu masih bekerja ditempat sama. Dan ya, ada budak intern baru. Saya tak boleh tahan bila fikirkan akan ada mangsa lain.
Ada yang kena r*g*l. Kami semua trauma, tapi lelaki ni bebas hidup bahagia dengan perkara jijik dia buat.
Cuba bayangkan jika mangsa tu adik, kakak atau kawan anda?
Kami nak upah lawyer pun tak mampu. Hmmm, mohon jangan kecam mangsa2. Kami semua terlalu takut.
Yang 6 orang tu intern selepas saya, bila mereka masuk memang nama saya masih panas orang bercerita.
Mereka kata, staf sana cakap kalau benda tu jadi dekat mereka, diam saja kalau tak nak gagal. Dan mereka kata staf sana cerita seolah saya yang salah.
Apa patut kami buat? Diam? Lelaki tu bebas dan cari mangsa baru?
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit