Assalamualaikum, terima kasih andai coretan ini disiarkan. Aku baru usai membaca confession bertajuk Tanpa Keluarga (https://iiumc.com/tanpa-keluarga/), oleh NME. Aku ingin saja komen disitu tapi takut kawan2 ku tahu kisah hidupku.
Jalan cerita hidupku tidak jauh beza dengan NME, namun sedikit sebanyak adalah juga perbezaan. Aku S, seorang wanita berumur 30 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Aku juga seorang anak tunggal dilahirkan dalam keluarga yang berantakkan. Ayahku seorang cina mualaf, ibuku berketurunan melayu. Berkahwin atas dasar suka sama suka, namun indah hanya sementara.
Ibuku cerita, semenjak dia mengandungkan aku lagi mereka sering berbalah. Antara sebabnya, Ayahku masih tidak boleh meninggalkan tabiat lamanya yang suka berjudi (mahjong) dan kaki botol. Bila ada duit sikit, mesti dilaburkan ke tempat2 tersebut.
Ibu aku suri rumah yang tiada pendapatan terpaksa menjadi seorang cleaner setelah aku dilahirkan. Ibu dan ayah aku bukanlah dari golongan berpendidikan tinggi jauh lagi dari keluarga yang kaya. Ibu berasal dari kampung berhijrah ke bandar, manakala ayahku seorang driver teksi.
Confessor NME masih beruntung kerana ibu bapanya bercerai disaat dia sudah memahami erti kehidupan. Ibu dan ayahku bercerai ketika aku berumur 7 tahun. Sebelum itu pun, keluargaku tidak pernah aman. Ayahku sering pulang dalam keadaan mabuk.
Pernah ibuku seret ayahku dari meja mahjong ke rumah (dalam 500m) dalam keadaan dia masih mabuk. Masa tu aku ikut sekali, waktu tu aku masih tadika. Terkebil-kebil aku berjalan dibelakang mereka sampai ke rumah.
Sejak bercerai, ayah jarang menemuiku, adalah dalam 2, 3 kali sebelum ayahku meninggal tanpa sempat aku jumpa buat kali terakhir. Aku hanya tahu ayahku telah dikebumikan oleh pihak hospital setelah aunty belah ayahku telefon ke rumah.
Setelah kedua ibu bapaku bercerai, aku tinggi bersama ibu aku di flat kos rendah. Ibu masih bekerja sebagai cleaner pejabat. Kehidupan waktu kecilku tak begitu indah. Aku tidak merasa langsung kasih sayang ibu bapa.
Ibu aku letih bekerja hanya berehat sahaja dirumah. Tidak bertanya tenang persekolahanku, siapa rakanku. Banyak kali aku rasa nak lari, nak bvnvh diri tapi aku takut. Alhamdulillah, Allah permudahkan pelajaranku. Aku mendapat straight A’s untuk UPSR dan PMR.
Seperti confessor NME, aku ditawarkan asrama penuh semasa tingkatan 1, namun aku menolaknya kerana ibuku tidak mengizinkan. Namun, aku masuk ke SBP di utara tanah air apabila tingkatan 4.
Selama aku di asrama, tak pernah sekali ibu ku datang menjenguk ku. Alhamdulillah, aku dapat rakan2 yang senegeri yang boleh pulang sama2 apabila cuti sekolah.
Keputusan SPM ku juga agak OK dengan 8A 3B, namun aku seorang sahaja yang pergi mengambil result dengan menaiki bas persiaran dan balik hari. Kawan – kawan aku yang senegeri tu masing2 datang dengan keluarga. Memang mengalir air mata dalam bas tu.
Lepas SPM, aku ditawarkan dalam bidang kejuruteraan bangunan di IPTA awam di Lembah Klang, yang mana aku boleh pergi balik menaiki bas awam.
Oh ya, lupa nak bagitahu, ibu aku tak pandai memandu. Kami hanya menaiki pengangkutan awam jika hendak kemana – mana. Boleh bayangkan tak macam mana aku angkut beg baju, baldi, buku2 naik public transport ke asrama / hostel?
Aku tak dapat biasiswa seperti confessor, hanya mendapat PTPTN. Aku pernah menjalani temuduga biasiswa tapi aku gagal kerana perwatakan aku yang tidak pandai bercakap dikhalayak dan terlalu inferior.
Setelah habis ijazah, aku mendapat tawaran bekerja di syarikat GLC dengan gaji yang agak lumayan. Alhamdulillah. Aku masih tinggal bersama ibu aku (dia tidak berkahwin lain sejak bercerai kerana trauma) sehingga kini.
Apa yang ingin aku rumuskan, kehidupan aku yang tak begitu indah itu menjadikan aku lebih berdikari dan kuat. Aku anak tunggal, tidak mengharapkan orang lain untuk membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya.
Allah juga telah permudahkan urusan pelajaran dan pekerjaanku mungkin juga atas doa ibuku. Wahai confessor NME, berbaktilah kepada orang tuamu selagi hayat mereka masih ada.
Walaupun ada menyimpan dendam masa lalu, doa seorang ibu itu sangat mustajab. Allah juga telah menjentik hari Tok kamu untuk mewariskan harta buatmu, sesungguhnya ada hikmah di setiap kesusahan dan kepahitan yang kita hadapi.
Aku berumahtangga juga atas kuatnya kuasa doa. Semasa di tingkatan 5 aku mempunyai seorang crush. Dia juga melayan aku baik sebagai seorang kawan. Malah aku pernah berangan untuk mendiri kan rumahtangga bersamanya dengan tidak pernah putus menyebut namanya dalam setiap doaku.
Kami terus berkawan walaupun berlainan negeri (dia diutara, aku di KL). Aku pernah bertanyakan pasal mendirikan perkahwinan, namun hampa kerana dia langsung tak memikirkan ke arah itu lagi.
Manakala aku pula dah set target umur sekian2 untuk kahwin dan dapat anak supaya tak menjadi seperti ibuku. Ibuku berkahwin pada umur 41 dan melahirkanku pada umur 42.
Namun kuasa Allah memakbulkan doa aku. Tiba2 ada stranger yang nama sama sebijik dengan crush aku mengajak kawan denganku di alam maya dan beliau serius untuk berkahwin.
Alhamdulillah kini dah masuk tahun keempat perkahwinan kami, dan dia juga selalu menjadi imam solatku semenjak kahwin dan mengaji bersama-sama.
Dia adalah antara suami “perfect ten” walaupun bukan dari golongan beranda. Kami hanya hidup secara sederhana dan membeli sebuah apartment setelah berkahwin.
Maaf coretan ini agak panjang. Cuma aku ingin sampai kan bahawa, bersangka baik dengan ujian hidup kita dan jangan putus berdoa. Moga ada pelangi di akhir nya.
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit