Tanpa Ku Sedar, Semua Yang Terjadi Angkara Dia

Hai, nama aku Mae. Bukan nama sebenar. Umur aku sekarang 21 tahun. Apa yang aku nak cerita ni sudah lama terjadi iaitu waktu zaman kanak-kanak aku.

Berdasarkan tajuk, iya bermula masa zaman aku sekolah rendah. Masa aku sekolah rendah, aku ni sejenis yang selalu hilangkan duit.

Sampai aku rasa hilang duit ni bala lah bagi aku. Kalau tak hilang duit tu, memang bukan aku lah.

Cerita dia bermula masa aku darjah 6. Aku ada kawan baik. Aku beri dia nama Su. Itu nama betul dia cuma bukan nama penuh lah itu nama singkat dia.

Masa itu je la aku rasa dia kawan baik aku dan aku tak tahu la kalau dia anggap aku ni kawan baik dia atau tidak tetapi kalau boleh diputarkan waktu, aku harap aku tak kenal dia.

Nak dijadikan cerita, aku ni sangat-sangat lah percayakan dia. Iyalah, baru darjah 6. Umur baru 12 tahun. Masih kanak-kanak dan belum matang lagi. Tapi, nama aja 12 tahun.

Bila aku ceritakan kisah aku. Kau orang semua mesti akan rasa terkejut dan tidak sangka. Baik, macam aku cakap awal-awal tadi yang aku ni malang sangat bab duit. Selalu hilang duit.

Aku punya trust dekat si Su ni sampaikan aku bagitau berapa duit aku bawa, duit tu untuk apa. Dan aku bagitau dia pasal duit aku kalau aku ada tujuan.

Contohnya nak bayar duit buku ke, bayar duit rombongan ha macam tu. Terdapat beberapa kejadian duit aku hilang dan semua nya ANGKARA DIA.

First kejadian, oh ye aku tak susun ikut kronologi ye.

Masa tu aku nak bayar duit buku sekolah agama, and aku beritahu dia berapa banyak duit aku bawa dan aku cakap pada dia aku takut duit ni hilang so aku nak dia pon tolong aku jaga duit aku. Duit aku aku letak dalam poket baju.

And guess what? Duit tu boleh hilang ye. RM40 hilang dari poket baju aku.

Duit tu hanya aku dengan dia je tahu kat mana dan aku punya berjaga-jaga dengan duit aku sampai aku sentiasa pengang poket aku. And i ‘m 100% sure baju aku tak koyak or apa. Aku sedar duit aku hilang masa nak beli makan dekat kantin.

Ye, aku pergi dengan dia dan aku tak sedar bila masa dia pickpocket duit aku. Ye, memang licik. Umur baru 12 tahun boleh buat kerja clean ye. Ada lagi kerja clean yang dia buat.

Kejadian kedua ni, aku nak bayar duit untuk rombongan lepas upsr, kena bayar RM10 dan duit tu seperti biasa hanya aku dengan dia je yang tahu kat mana dan berapa jumlahnya.

Duit tu aku staplerkan dengan borang keizinan ibu bapa dan letak dalam bag sekolah. Aku fikir dah secured kat situ, tapi kau orang semua boleh teka dah apa jadi. Aku balik je kelas baru habis rehat tak silap aku.

Aku check duit tu, hilang. Hilang bersama borang izin. Lepastu aku minta tolong dia untuk carikan duit aku. Konon lah tolong kan.

Tapi dia punya licik, dia buat-buat terjumpa borang izin ibu bapa tu dekat celah-celah buku kat meja guru dalam kelas aku.

Tapi masa tu aku kurang ralat sikit la dengan jumlah duit yang hilang tu sebab rm 10 kan. Tapi still duit. Dan itu duit aku sendiri. Duit tabung aku.

Kejadian ke tiga pula masa aku pergi rombongan yang ditaja oleh YB. Rombongan dalam negeri aku je. Aku macam biasa inform dia dekat mana aku letak duit aku apa semua.

Dan, dia nak jalankan kerja dia tu konon-konon la nak pegangkan bag aku dan dalam bag aku tu ada duit. Dia letak pada sisi dia.

Oh ya, kita orang naik bas ya. Dan macam biasa lah. Duit hilanggggg. Aku tersedar bila dah sampai ke tempat dituju dan aku tak tahu bila ketika duit aku hilang.

Dan yang paling aku kennot brain bila teringat balik, aku bagitau dia duit aku hilang and dia offer aku untuk dia belanja aku ye.

What the f*ck. Kau belanja aku dengan duit aku??? Macam tu ke? So itu antara kejadian yang aku ingat. Dan aku tak tahu la ade lagi ke tidak. Tapi itu la yang aku tak akan lupakan lagi-lagi kejadian pertama tadi.

Kalau kau orang nak tahu, bila duit aku untuk bayar buku tu hilang, aku menagis gila-gila dan dia buat cerita lagi dia kata kononla kan dia dengar ada orang jumpa duit RM40 tu.

Dan disebabkan tu, aku cuma beritahu kakak aku je duit aku hilang dan macam mana aku nak cari duit.

Caranya, aku pinjam duit jual getah arwah pakcik aku secara diam-diam masa tu. Duit tu, pakcik aku amanahkan ayah aku untuk pegang dan duit tu diletakkan dalam tabung.

Tak kantoi ke aku ambil? Tidak, sebab duit getah tu jarang dapat sebab orang yang pakcik aku upah masa tu jarang menoreh.

So macam mana aku bayar hutang tu. Aku sanggup bayar sikit-sikit tiap tahun sampai habis dengan duit raya aku. Lebih kurang 2-3 tahun agaknya which is bersamaan 2-3 kali raya.

Ye, sebab masa tu je kita akan ada duit yang banyak. Aku dah terbeban disebabkan dia dan tak dinafikan kebodohan aku juga.

Mesti kau orang tertanya-tanya kan macam mana aku boleh tahu semua ni ANGKARA DIA. Aku mula tahu dan dapat kesedaran masa aku melangkah ke sekolah menengah.

Masa tu aku form 1 dan ye la ada juga kawan-kawan dari sekolah rendah sama sekolah dengan aku dan Su ni, dia sekolah bersebelahan dengan aku je.

Jadinya, ada sorang kawan aku ni aku nama kan dia Ija bukan nama sebenar. Dia beritahu aku yang dia pernah nampak si Su ni mencari sesuatu dari bag aku masa kejadian yang kedua yang aku cerita tadi.

Aku memang tak percaya lah, yela sebab aku anggap dia kawan baik aku.

Lepas Ija ni beritahu aku, aku perlahan lahan mula tersedar sendiri. Semua yang berlaku, duit aku yang hilang itu semua ANGKARA DIA.

Aku ada lah 2,3 kali macam tu jumpa si Su ni masa balik sekolah dan naik bas sekali.

Ada satu hari tu, aku punya la bodoh dan naif nya pergi tanya si Su tu dia ke yang curi duit aku masa kejadian yang kedua tu lepas Ija beritahu aku. And, sudah tentu-tentu la orang dah buat salah dia tak mengaku.

Dia tak mengaku tu kan tak convincing sebenarnya. Nampak dari anak matanya dia menipu dan dia hanya mampu gelengkan kepala je.

Masa tu aku memang tak sedar lah yela budak lagi kot. Macam aku cakap tadi, aku perlahan-lahan mula tersedar. Aku flashback balik apa yang jadi dan macam mana terjadi.

Dan aku secara tak sengaja teringat yang semua duit yang hilang tu cuma dia je yang aku beritahu kat mana aku letak, berapa yang aku bawak. Aku tak ingat bila aku sedar semua ni, sama ada masa aku form 1 atau dah masuk form 2.

And, masa form 1 tu aku cuma jumpa dia 2 ke 3 kali naik bas dengan dia lepastu aku dah tak jumpa dia lagi dah. Lagipon aku jarang naik bas yang dia naik tu. Aku naik bas yang lain.

Masa aku dah masuk form 2, aku dah tak naik bas. Kadang-kadang je. Itu yang buatkan lagi lah aku tak jumpa dia langsung.

Then bila terjumpa, dia suka tutup muka dia pakai tudung dia dan dia tak tegur aku pon. Eye contact pon tak berani.

Aku pon tak tegur dia sebab lepas apa yang dia dah buat pada aku ingat aku nak tegur dia? Sebab aku rasa, Su ni dah tau Yang aku ni dah tau apa yang dia buat selama ni belakang aku.

Aku ada cerita juga pada kawan sekolah rendah aku yang lain, dia pon cakap si Su ni memang panjang tangan. Jadi, tak hairan la dia yang buat semua ni.

Jujur aku cakap, aku memang tak ada bukti nak buktikan dia yang buat semua ni. Kalau bawak pergi mahkamah pon, dah tentu lah kalah sebab tak ada bukti.

Tapi, bila fikir logik. Memang dia yang selalu ada dengan aku. Orang yang aku percaya sebagai kawan baik dia buat aku macam ni.

Kesan dia sekarang, aku berhati-hati pilih kawan dan aku ada trust issue dengan kawan-kawan aku. Tambahan lagi aku sekarang sedang sambung belajar degree.

Lagila kena hati-hati. Tapi, masa tu aku masih kecil dan tak matang. Bila dah dewasa ni, aku belajar dari masa lalu aku.

Aku harap, aku dapat jumpa dia sebab aku nak confession dari dia yang dia lah yang buat semua tu. Pasal semua duit yang dia curi tu, aku dah halalkan.

Lagipon benda dah lama jadi dan masa tu kita masih kanak-kanak. Aku harap sangat dapat jumpa dia, tetapi nak berkawan semula tak perlu lah. Sebab aku akan rasa sakit bila teringat balik.

Su, kalau kau rasa ni kisah kau dan kau terbaca. Aku dah halalkan duit yang kau curi dan aku dah maafkan kau. Aku cuma takkan lupa apa yang kau buat tapi bukan la berdendam.

At first, aku memang tak nak maafkan kau. Makan tahun juga ambil masa nak maafkan. Tapi, hati tak tenang. Mak aku pon kata maafkan jela. Tak rugi pon memaafkan. So, dengan seikhlas hati aku, aku dah maafkan kau Su.

Oh ye, aku cakap kakak aku je tahu hal ni kan , parents aku tak tahu hal ni. Benda dah lama jadi. So aku cerita je la dekat mak aku huhuhu.

Takkan la dia marah kan. Mak aku cuma speechless je la. Sorry ye kalau banyak perkataan SO dan ada ayat yang berputar belit. First time beri confession huhuhu.

Sekian dari aku,

– Mae (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *