Aku tak pandai sangat menulis tapi nak juga share. Kisah aku sama saja dengan Loceng yang jadi orang ketiga tanpa niat, (https://iiumc.com/orang-ketiga-tanpa-niat/).
Kejadian pun baru lagi. Aku jumpa Lan 4 tahun yang lepas masa selalu outstation kat tempat kawasan dia bekerja. Sebenarnya kami sekampung tapi dia kerja kat kawasan tu.
Tapi perkenalan mula kat ig bila Lan selalu chat and komen story.
Sampailah akhirnya dia selalu sangat bantu aku kalau outstation kat kawasan dia. Contohnya cari makanan or cari klinik sebab kawasan tu jauh dari bandar and aku tak familiar sangat.
Tapi aku anggap Lan kawan saja masa ni even dia try hard and always confess. Berkali-kali aku reject dia then masa pkp start aku langsung tak contact dah dia. Masa tu Lan masih bujang ye.
Cerita bermula last year semasa birthday aku. Lan nampak story aku yg aku post hadiah birthday keng kawan bagi kat aku. Then dia komen kata birthday aku dia nak treat.
Aku tolak tapi dia paksa sampailah jemput aku depan rumah. So aku akur keluar jugak dengan dia. Then dia confess lagi cakap lama dah tunggu aku.
Balik tu aku fikir-fikir semula dan rasa maybe he is the one why not aku bagi peluang kan? Since dia cakap dah lama kot tunggu aku. Dia cakap tak nak cintan cintun nak terus kawin.
Tapi aku cakap kat dia bagi aku habiskan Master aku dulu sebab aku just nak submit thesis saja lagi. sebab aku tak nak terganggu perjalanan belajar aku dengan mengurus keluarga.
So dia sanggup lah menunggu (Katanyerr). Aku cakap jugak kat dia aku tak nak hubungan ni diketahui.
Sebab macam Loceng cakap lah kat confession dia dah berkali-kali kenal lelaki lain ni jenuh gak kalau tak menjadi lagi.
So aku nak keep silent kononnya sehingga hari yang sebenarnya lah dan aku belum beri sepenuh hati kepada dia. Bagi aku biarlah kenal-kenal dulu nanti dah sah baru bagi sepenuh hati.
Semuanya baik-baik sahaja. Bila dia balik ke kampung kami akan keluar pergi makan.
Awal tahun haritu family aku bercadang nak jodohkan aku. Lan gelabah gila masa ni. Then dia cakap ini semua sebab aku tak bagitahu family yang aku dah kenal dia. Sekarang just tunggu masa nak dia jumpa family aku saja.
Habis di marahnya aku disebabkan hal itu. Tapi aku jelaskan family aku tak memaksa untuk aku terima cadangan tu. So aku dah reject cadangan tu untuk dia.
Akhir bulan February Lan ke Johor katanya ada urusan bisnes company. Aku ok saja sebab aku faham dengan keadaan kerja dia yang perlu cari customer dan agent barang.
Awal bulan Mac aku ada makan malam dengan semua rakan sepejabat. Tengah-tengah dinner tu terkeluar nama Lan sebab one of kawan pejabat aku berkawan dengan dia.
Kawan aku ni tahu kami cuma sekampung sebab adalah haritu pejabat nak cari supplier untuk barang computer.
So, kawan aku suggest la company Lan and at the same time aku pun nak suggests company dia. Then masing-masing tanya kenal ke apa.
So aku bagitahu kami sekampung. Then kawan aku ni setuju saja. Kawan aku pula kenal sebab Lan ni junior dia kat U tapi abg kepada Lan is best friend kawan aku.
Ok berbalik kepada makan malam tu, tengah borak keluar nama dia then aku cakap “Faham saja la kerja si Lan tu. sekarang pun dia kat Johor”
Kawan aku cakap lah “Ha’ah la kat Johor tempat bini dia”. Masa tu aku tetiba shaking and tak lalu dah nak suap makanan. Sumpah aku terkejut gila-gila.
Tapi masa tu aku masih pujuk hati mungkin kawan aku tipu.
Balik tu text dan call dari Lan aku abaikan tapi aku check balik ig dan fb dia kot-kot aku terlepas pandang gambar-gambar kawin dia. Tapi satu gambar pun tak ada. Tag post pasal kawin pun clean juga.
Tapi aku jumpa kat fb Lan selalu komen-komen dengan seorang makcik ni dia panggil makcik tu ibu dan makcik tu panggil dia ayah ila.
Makcik tu mungkin ibu mertua dia sebab tengok profile picture makcik tu dengan husband dia.
Selama ni tak adanya aku nak baca komen-komen orang kat post dia tapi malam tu komen dia semua aku baca hahaha so kawan aku tak tipu lah.
Sejak hari tu aku dah tak melayan semua text dan call dari si Lan. Dia tertanya-tanya apa salah dia pun aku tak jawab. Aku palau saja semua text dia.
Sampailah aku jumpa quotes kat fb tentang, “seorang lelaki yang menghampiri mu saat sudah beristeri bukanlah seorang lelaki yang baik kerana lelaki itu yang nak hancurkan rumahtangganya sendiri”
Ayat tu aku post kat story pastu boleh pulak lah si Lan ni komen katanya dia nak tumbuk suami orang yang cuba nak dekat dengan aku.
Masa tu aku terus delete and block number dia sampai hari ni aku tak tahu dah cerita dia.
Mesti korang cakap, kenapa tak bagi dia explain kan? Bagi aku, tak ada explanation dari seorang penipu. Dah sah-sah selama ni dia tipu aku.
Nak dia belit macamana lagi explanation dia tu? Ada juga aku terfikir yang Lan ni nak balas dendam sebab aku dah reject dia berkali-kali tapi tah lah.
Oh ya aku pun dah tanya kat kawan kerja aku tu betulka dia dah kawin and kawan aku tu dah confirmkan yes dia dah kawin december 2020 haritu tapi disebabkan pkp dia tak buat majlis just akad nikah.
Masa baca confession Loceng tu, aku terkejut sangat rupanya ramai jugak yang senasib dengan aku. Masa kejadian pun lebih kurang juga.
Tapi aku tersenyum juga sebab kami di jauhkan daripada seseorang macam tu.
Kalau ada yang terjebak dengan suami orang dan masih meneruskan, ketahuilah saudari Meskipun lelaki tu menceritakan keburukan isterinya didepan mu tetapi dia tidak akan menceritakan kelebihan dan kebaikan mu didepan isterinya.
Salam sayang,
– Yang tertipu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit