Tanpa Restu Mak Si Dia

Assalammualaikum semua pembaca IIUM Confession. Aku Amy, single mom anak 1 yang berumur lewat 20-an.

I am in relationship dengan Andy seorang duda anak 2 yang berumur late 30s. Hubungan lebih kurang 2 tahun & merancang untuk kahwin so kitorang pun bertemu kedua2 belah pihak.

Awalnya ok. Tapi baru2 ni aku baru tahu yang mak Andy which is bakal mertua aku tak suka aku.

Dipendekkan cerita, aku tidak disukai kerana aku berketurunan seberang. Katanya ada saudara mara dia yang dulu pernah diguna2 oleh orang yang sama keturunan dengan aku.

Aku tak terkejut sebab Andy pernah bercerita dulu tapi tak sangka pulak yang sangkaan aku benar.

Aku turut dituduh dah mandrem Andy sebab kata maknya Andy banyak berubah selepas dengan aku, tak banyak masa dengan anak2nya.

Walhal sebenarnya kitorang busy kerja hampir setiap hari, off day sehari saja tu pun jenuh tolak OT sebab kitorang nak jugak rehat & spend time dengan anak walaupun sehari seminggu.

Sebab plan nak kahwin kan, Andy pun dalam rancangan nak beli rumah, jadi kitorang memang pulun kerja. Lupa nak maklumkan aku & Andy adalah rakan sekerja.

Mak dia mengharapkan kalau aku kahwin, aku akan berhenti kerja & jaga anak2 kami.

Tapi aku maklumkan yang aku harus bekerja sebab komitmen sedia ada aku tinggi. Loan rumah, kereta, insurans & aku pun jaga mak ayah aku.

Sebelum kami berkenalan rapat, aku dah bagitahu siang2 pada Andy tentang keadaan ni & Andy bersetuju.

Boleh dikatakan hubungan kami okay saja tapi baru2 ni aku diserang oleh mak Andy hingga dia menepis ketika aku cuba bersalaman dengannya.

Waktu tu memang tersentap. Kejadian ni diketahui oleh Andy & akibatnya hubungan Andy & maknya jadi dingin.

Aku maklumkan pada Andy walaupun aku sayangkan dia, tapi aku tak nak teruskan sebab mak dia tak sukakan aku.

Aku tak nak hubungan yang tak direstui orang tua, apatah lagi mak dia sendiri skeptikal dengan keturunan aku.

Sampai sekarang aku tetap simpan cerita ni daripada pengetahuan mak ayah aku. Aku tak nak diorang tersinggung.

Tapi Andy tak nak putuskan hubungan ni & dia minta aku berikan masa supaya mak dia lembut hati. Sedangkan aku tak nampak sinar harapan pun akan diterima oleh mak dia.

Hati dah sayang, jiwa dah serasi tetap tak mungkin bersama tanpa restu Emak di si dia..

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *