Tantrum Suami

Kadang2 terfikir, isteri lain di tempat aku ni sesabar apa ye mereka. 5 tahun usia perkahwinan dah.

Suami dari melepak berhari hari dah bertukar dari melepak 2 3 kali seminggu. Tapi hujung minggu mesti akan jadi lepak wajib. Bila lepak kadang kawan ajak ride tempat yang 2 jam lebih dari rumah pun on je. Takda pun nak bagitahu bini ke apa. Alasan dia kalau bagitahu bini, bukan bini bagi pun.

Ye tak dinafikan memang tak bagi lah. 2 jam pergi, 2 jam balik, dengan keluar rumah jam 11 malamnya nak tunggu balik pukul berapa? Lepas subuh? Kalau lah kata suami ada otak, waktu pagi2 buta ni wajib la si suami ni kena ada kat rumah. Isteri dah mengandung 8 bulan kot.

Tapi takpelah malas nak isukan yang tu. Mungkin dalam hati dia memang rasa, ko nak beranak nanti pepandai lah ko. Dengan anak yang lagi sorang 3 tahun nanti lah kot kena bawak sekali pergi hospital.

Ceritanya, malam ni tadi pukul 10 malam tiba2 cakap nak keluar. Lepastu aku cakap lah minggu lepas Sabtu pun keluar jugak. Cakap sambil gelak2 tau. Bukan marah2. Dia baran dia boleh cakap, bila? Bilanya keluar? Sedangkan minggu lepas memang dia keluar. Tapi dia cuba buat2 macam yang dia tak pernah keluar.

Lepastu dia dah siap dalam pukul 10.20 macam tu dia salam nak keluar dia macam tak puas hati lah muka aku masam dia nak keluar. Terus dia tanya, kenapa muka macam ni? Kenapa muka macam ni? Apa masalahnya?

Dah tu aku cakap lah tak kan lah aku nak bersenyum ketawa bila suami nak keluar melepak jam 10 lebih pastu balik nanti tak tahu pukul berapa.

Bila tanya nak balik pukul berapa, dia kata dia bukan pergi kerja ada timing. Dia pergi jumpa kawan ; baca lepak. Beramai2 kawan lepak sembang kosong bodoh semua tu pun kena fikir timing balik pukul berapa.

Aku selalu halang sebab kalau aku tak halang lama2 dia akan hanyut macam dulu yang setiap malam nak kena keluar. Kalau esoknya kerja balik jam 12 lebih ke 1 pagi. Kalau esoknya tak kerja balik jam 3 4 pagi. Sebab tu lah aku kadang2 bising. Sekarang balik paling lewat pukul 2 pagi.

Ni dah boleh dapat duit kwsp dah ada niat nak beli motor bawak pergi ride malam2, dah bajet dah dalam 8k nak beli motor. Sekarang motor 125z yang dia ada ni tersadai. Tak dapat lah nak ride jauh.

Dulu sebelum kahwin takda pulak nak obses nak spend duit ke motor. Ni semata nak nampak hebat di mata kawan sanggup spend duit ke motor. Umur dah 36 tahun ni.

Memang lah ada yang akan fikir kalau sekarang aku halang nanti bila anak2 dah besar macam mana pulak? Aku tak tahu. Selagi aku boleh halang, banyakkan masa dia kat rumah spend time dengan anak bini aku akan cuba.

Tapi tulah lepak Sabtu malam ni memang dia macam dah nak mula tampal kat dahi dia; jangan ganggu aktiviti Sabtu malam aku. Kalau keluar Sabtu malam tu pun memang stress dia akan push balik cepat2 sebab nak pergi ke aktiviti lepak dia tu.

Ni tadi bila aku dah buat muka masam dia bengang dia bukak fon kuat2 speaker dia pasang kat ruang tamu dengan tv terpasang. Suara fon lagi kuat dari suara tv. Anak nak apa tak dilayan. Aku tanya pun tak dilayan.

Perangai merampus dah start. Bini buat muka masam suami nak keluar lepak, suami tak boleh terima. Ni mulalah tu nanti silent treatment dia, tak nak ambik kisah apa2 yang berlaku kat rumah. Aku pun tak faham manusia jenis ni. Tak tahulah berapa lama silent treatment dia yang ternyata memang akan buat aku emotionally drained.

Susah ada suami jenis tak nak lekat kat rumah. Waktu malam kalau tak ke rumah mak dia akan ke rumah kawan. Jenis yang memang susah nak duduk rumah sendiri. Bukan jenis yang boleh duduk rumah tengok tv sama2 dengan anak bini.

Time2 berpuasa pun dia nak buat perangai. Selalu sebab dia memang nak menangkan kawan2 dia lah dari segala apa pun. Kawan lebih berharga dari bini. Kawan susah kawan cari dia, bila dia susah dia cari kawan, tapi aku tengok kawan dia buat dia macam sampah je. Takda pulak kawan dia nak bersusah payah macam dia bersusah payah tu.

Muka dia tadi dah macam nak datang belasah aku dah. Lepastu dah cukup time, dia masuk tidur dia hempas pintu kuat-kuat 3 4 kali tanda tak puas hati. Kuat tau. Sampai aku pun takut lah nak masuk tidur sekali. Aku duduk depan tengok tv, bila dah yakin dia dah tidur baru aku masuk bilik dalam pukul 3 pagi macam tu.

Aku pun tak tahu la tindakan aku ni betul ke tak? Tindakan bermasam muka tu bila dia nak keluar melepak tu. Tak kan aku nak suka?

Bila aku macam cakap aku tak suka dia keluar, dia akan duduk rumah tapi dia buat perangai. Mengadap je fon lama2 dan tak kan cakap dengan aku dan anak. Anak buat apa semua dia tak nak involve. Kalau aku bagi dia lepak kerja rumah ada lah tolong sikit2, tapi kalau asyik bagi je setiap malam pun dia akan hilang dari rumah nanti.

Belum lagi cerita setiap hari raya, waktu malam pukul 8 malam dah nak keluar melepak sampailah 4 5 pagi pun boleh. Benda ni berlarutan sampailah ke 3 4 raya, alasan kawan semua balik. Nak jumpa dan lepak. Tapi yang sebelum2 ni lepak dia tak nak kira tau.

Aku? Anak? Waktu raya belah malam kami takda aktiviti ke? Jiran2 lain semua ibu ayah main bunga api depan rumah dengan anak2. Tengok pulak status adik keluar beraya malam raya tu dengan keluarga dia. Aku dengan anak je berdua yang macam tak bersuami dan berayah setiap kali raya waktu malam.

Bila waktu malam dia nak melepak kadang2 dia marah kalau waktu siang tu aku ajak beraya terlalu lama. Dia akan cakap nak tidur petang malam karang nak keluar. Sakit tak hati?

Seingat aku, campur tahun ni dah kira 4 kali raya waktu malam aku macam takda suami time raya. Sampaikan aku siap pasang niat, nanti anak dah besar2 aku nak bercuti dengan anak2 je time raya nanti. Takdalah nak menjeruk rasa kat rumah.

Bila dah balik lambat, esok pagi tu dah tentu lah liat bangun. Bila orang push2 suruh bangun tidur nak ajak pergi beraya mulalah nak start gaduh. Patutnya kalau untuk kawan ko boleh bagi masa, untuk anak bini pun boleh lah bagi masa jugak.

Kejadian ni berlaku semalam, harini pagi seperti yang telah dijangka. Dia bangun tidur siap2 memang tak bagitahu langsung keluar mana, tiba2 terus keluar. Masih lagi hempas pintu kuat2 macam nak tercabut 3 4 kali. Aku kunci pintu.

Lambat bukak, sempat mulut dia mencarut BABI, CELAKA, HANJING betul. Macam aku menyusahkan lah kunci pintu, dia nak masuk lambat. Mana lah aku tahu dia nak keluar sekejap je. Aku ingat dia keluar lama. Aku kat dapur, bahayalah kan kalau orang masuk.

Tak tahu lah kalini berapa lama nak gaduh. Aku dah penat. Aku senyap je. Senyap senyap senyap. Minggu ni berderet appoinment dengan doktor, semua ni memang aku lah pergi sendiri.

Dia akan bawak, sebab hospital tu sejam dari rumah, tapi kalau dia ikut aku tak tahu apa fungsi dia kalau buat muka depan orang macam tak sudi je nak ikut. Belum lagi dengan silent treatment nya.

Ye tahu, aku tulis tiada solution pun. Hanya mengenang nasib je. Mungkin belum sampai lagi limit angkat kaki. Cuma tulah, apa lah aku kena buat ye kalau setiap kali dia ni semua pintu barang pun dia hempas.

Mentalnyaaaaaa lah aku nak hadap. Dulu masa kecik bapak aku suka main hempas2 barang kalau mengamuk. Ni dah kahwin tak sangka lah laki pun jenis hempas2 pintu dan barang kuat2. Memang dalam hati rasa nak jerit kuat2. Tapi semalam dia dah jeling aku macam nak tampar. Jadi memang aku kena senyap.

Buat pembaca mohon doakan kelahiran anak kalini dapat mudah, baby tak songsang, normal supaya mudah nak jaga lepas bersalin nanti. Anak first ceaser memang azab sangat tak tahu nak cakap.

– Puan Malang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Kak kalau dia keluar selalu cuba akak pulak yang keluar melepak lepas ni. Pergi rumah mak ke, rumah adik ke, lepak lama lama situ kalau xde tempat nak lepak..

    Bagi dia rasa apa kak rasa. Weekend, kak bagitau je nak keluar kalau dia keluar. Lepas tu try balik lagi lambat dari dia. Kalau dia mesej cakap busy.

    Try buat selalu. Setiap kali dia keluar bagitau dia sekali kak pn nak keluar kejap lagi. Pergi la mana mana.

    Kak jangan lawan. Lelaki yang masih dengan perangai bujang ni sampah sebenarnya. Kalau sekali sekala boleh la kau terima tapi kalau dah kerap, memang teruk. Ntah ntah sat lagi buat hal, hisap dadah, scandal, macam2 lagi..

    Jangan stress kan diri. Cuba berdamai dengan perangai bodoh dia. Kalau dia nak melepak, akan try melepak sekali. Try bagi lama lagi lepak. Dia kuat balik rumah mak dia, kak balik rumah kak. Dia tak nak layan, kak takya layan, tengok nerflix baca quran. Mula2 memang sakit, tapi lama2 hati akan sendiri tenang. Kalau laki kak jenis ada otak dia akan sedar.. best ke tak bila bini selalu keluar melepak.

  2. Senang je puan. Jangan cakap banyak. Suami mcm ni kena ajar. Nti satu malam sebelum dia keluar puan keluar dulu cek in. Bia dia rasa balik isteri takde kt rumah. Jgn lupa solat 5 waktu & hadiahkan alfatihah utk suami selepas solat.

  3. Kalau bini yg perangai camni, konfem netizen melayu naik baran melaknat suruh cerai la hape. Tapi sebab lelaki yang buat, sekadar geleng kepala je. Silap haribulan tt dituduh tak pandai cari suami. Aku harap tt amalkan strict child planning lepas ni, jgn taat nafsu child man. Kesian sgt anak2 terbiar, bapaknya incel hanat tagune..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *