First of all, thanks admin sudi publish luahan aku. Moga kau sentiasa ceria dan sihat.
Hai guys. Nama aku N. Umur aku awal 20an. Aku perempuan. Aku merupakan graduan salah sebuah IPTA. Aku baru je convo awal November hari tu. Aura jubah convo aku pun tak hilang lagi hehehehe. Aku budak Finance. And aku dah bekerja almost 6 months. Yup, aku dapat kerja awal dari kawan-kawan lain. Alhamdulillah lepas seminggu aku habis intern, aku pergi walk in interview di salah sebuah syarikat swasta terkemuka dekat KL, dan rezeki aku dapat kerja terus. Tapi contract basis je dekat HQ. Lapan hari je aku rehat lepas intern, aku terus dapat kerja before aku convo. Tapi….. aku makan duit haram ke ?
Sebelum tu biar aku cerita background and job scopes aku. Aku junior exec dekat department aku. Department aku terrrrrrrrlampau banyak event. Aku liaise dengan HNW customers. Mula mula aku memang seronok. Maklumlah aku bukan anak orang berada. Aku kategori sederhana. Yang sebelum ni tak pernah langsung dengar pasal Ferragamo, Longines, Hublot dan macam macam lagi. Aku masuk kerja baru aku tahu semua brand ni. Aku pergi event aku dapat door gift dari vendors yang harga beratus, yang brand gempak. Siapa tak seronok? Tapi aku tak lupa daratan k come on guys ni bukan drama melayu yang tetiba nak culture shock dari litup terus terdedah. Tak tak tak. Aku tetap aku.
Event aku kebanyakannya dekat hotel-hotel mahal. Hotel 5 bintang tengah KL. Tapi, aku mula jadi dilema bila dinner event yang aku handle rupanya involve Martell, involve Whisky. Directly involve. Aku ingat lagi first event aku, aku pakai dress and shawl je. Hari tu, shawl aku tak selabuh biasa. Tapi still tutup dada. Dan hari tu jugak, depan mata aku, sebelah aku, bangsa aku minum. Minum gaya air masak. Bertambah tambah. Dinner mula 8.00pm. So 6.30pm onwards tu cocktail session. Masa tu lagi aku nampak ramai minum. Aku terdiam weh. Aku rasa nak pitam.
Bila masuk dinner session lagi seram, aku rasa nak nangis. Nak balik je rasa. Aku ingat dalam drama je ada orang kaya kaya pegi event balik mabuk. Sedihnya. Aku rasa berdosa gila malam tu. Sebelah aku yang tak boleh minum pun dia minum. Tanpa segan silu weh. Baru aku ingat masa waktu Maghrib sebelum tu, ada sorang datin tanya aku. ” Cik, surau dekat mana?” Dalam berbelas bangsa aku, agama aku dekat event tu (sebab selainnya bukan M ), sorang je tanya aku. Nak menangis aku masa tu. Rasa nak peluk je datin tu. Then, aku balik rumah malam tu macam bingung. Aku dekat mana tadi sebenarnya?
Esok tu aku cerita dekat Mak aku, mak aku pun terdiam. Terkejut. Mak aku suruh aku slow talk dengan bos. Sebab job scopes aku yang lain semua okay, aku suka and dah mahir cuma part event je masalah aku sekarang ni. Aku nekad. Aku slow talk dengan bos aku, mintak excuse untuk second event. Colleague aku tahu aku mintak excuse sebab liquor, terus dia cakap “Bullshxt” depan muka aku. Dia tak seagama dengan aku. Aku tak salahkan dia. Tapi aku rasa down gila. Then, the third event, aku pergi la jugak event. Atas dasar duty. Aku just jaga rsvp customer. Lepas list customer HNW aku dah cukup semua, aku balik. Aku langsung tak join dinner malam tu.
Untuk semua event luar working hours, bila aku on duty, aku boleh claim OT. Soalan aku, sampai bila? Soalan aku, aku makan duit haram ke? Bukan aku takda cari kerja lain. Ada. Pernah pergi iv dah pun cuma belum rezeki. Aku fikir nak resign. Bila aku dah nekad, aku terfikir aku ada expenses. Aku ada mak ayah yang aku nak balas jasa. Aku ada adik adik yang still belajar lagi. Masa tu jugak ada je kawan whatsapp aku, “Bestnya kau dah kerja. Aku penat dah pergi iv. Susah betul nak dapat kerja zaman sekarang ni”. Aku jadi bingung. Aku bukan nak demand kerja tapi keadaan macam ni buat aku dilema. Nak cari kerja sekarang pun punyalah susah.
Minggu lepas aku ada meeting dengan bos, dia puji kerja aku. Dia kata dia nak propose contract aku dekat higher management untuk dipermanentkan. Aku happy bila bos puas hati dengan kerja aku. Tapi bila aku teringat future events yang aku kena handle, perasaan aku jadi mati. Kosong. Aku pun ada minta pendapat colleague. Dia suruh aku cuba hantar resume dekat HR sebab bila internal ni mungkin peluang lebih cerah. So aku nak hantar resume aku esok. Doakan aku guys. Tapi, minggu depan ada event lagi. Doakan aku kuat weh. Doakan aku.
Thanks.
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit