Assalammualaikum,
Saya Ana, mak kepada 4orang anak. Anak sulung saya dah berumur 13 tahun, saya panggil dia kat sini along ye. Along anak yang sangat baik, rajin, sangat bertanggungjawab dah sangat boleh diharap.
Awal tahun ni Along dapat masuk asrama. Saya dan suami memang suka Along masuk asrama supaya dia didedahkan dengan cara hidup dalam asrama ( suami bekas pelajar asrama juga dulu ). Along pun nak sangat masuk asrama. Masa darjah tahun sebelum2 ni Along sangat active kat sekolah, jadi tokoh pelajar, ketua pengawas, murid harapan dan ramai kawan-kawan yang rapat.
Cerita bermula lepas dia masuk asrama. Saya perasan sekali tu saya datang jumpa along, Along sorang-sorang je. Orang lain semua lepak dengan gang. Bila saya tanya along are you ok in this school, dia ckp ‘ Ok, Mama jgn risau. ‘ Sebelum ni saya jumpa, memang ada waktu yang dia dengan kawan jugak. Tapi hati saya tak sedap masa nampak dia sorang-sorang je..
Long story cut short, baru-baru ni cikgu call husband saya bagitau ada benda yang nak bincang. Then hari jumaat baru ni kami datang ke sekolah jumpa cikgu. Cikgu cakp they caught Along walking around kat academic building at 1am. Ya Allah masa tu tuhan je yang tau apa yang saya rasa.. Risau, pelik, tertanya-tanya kenapa.
Sepatutnya murid2 kena tidur at 11:45pm.
Cikgu cakap Along dah dua kali keluar macam tu. Cikgu panggil along n bincang kenapa along keluar. Along cakap dia tak boleh nak tido. Sebab tu dia jalan-jalan kat luar. Along tau dia dilarang keluar after lights off. But still dia buat, n jalan sorang-sorang tu buat kan saya, husband n cikgu risau. Cikgu panggil untuk sesi kaunseling, buat test saya xsure nama tapi untuk check dia tengah stress ke atau ade something else yang kami tak tau. But the results are ok. Bila buat personality test, Along punya personality jenis yang banyak berfikir. So cikgu assume mungkin Along terlampau banyak berfikir sampai susah nak tido.
Lepas tu cikgu cerita dia kadang-kadang tido kat bilik iron, bilik study. Alone, on the floor. Knowing him, dia memang tak kisah tido atas lantai macam tu je. Bila cikgu tanya kenapa, dia cakap kawan tido atas katil dia. Maybe sebab kawan tengok dia takde. Dalam kes ni, kami memang dah siasat, takde isu kes buli. Dari segi senior kadang2 mintak tolong iron bju secara baik tu kami still x risau dan bukan along sorang je yang senior minta tolong. Senior suruh n bagi upah makanan kadang-kadang. Husband cakap tu normal dalam life asrama. Along pun nampak ok dari segi minta tolong tu.
Along pun jenis yang sangat suka lepak kat surau sorang-sorang. Tido kat surau. Dia suka datang awal bila masuk waktu solat dan agak islamic. Kami x bagitau Along yang kami tau dia kantoi keluar tu. Kami nasihat, tapi masih cover-cover sebab tak nak nanti dia tak nak cerita apa-apa dah kat cikgu dia.
Saya pernah juga tanya kawan-kawan Along, along ok x semua. Kawan-kawan along ckp along ok, cuma selalu hilang macam biskut. Kejap-kejap tengok dia takde. Along cakpa dia pegi training debate dengan sport. Sebab tu selalu takde. Ada jugak kawan along yang cakap along baik sangat, selalu fikir pasal orang sekeliling dia n sangat bertanggungjawab.
Soalan saya :
1. Korang ada pengalaman handle remaja macam ni?
2. Along normal tak? Dia ada mental disorder ke?
3. Ada possibility along ni lone ranger ke? ( tapi kat sekolah dulu dia ade geng dia sendiri, n sekarang pun dia ade sorang kawan yg rapat dengan dia )
4. Saya risau x bertempat ke?
5. Apa lagi yang kami boleh buat? ( kami dah nasihat dia, bagitau pentingnya follow the rules, pentingnya tido awal, kalau ada masalah boleh bgtau sy n suami ( kami sekeluarga sangat rapat ), tips bagi senang tido kalau xdapat tdo )
6. Bila tanya along suka tak sekolah tu, dia cakap dia suka. Agaknya apa lagi possibility yg ada?
Minta tolong sangat-sangat. Saya betul-betul risau. Risau dia ada penyakit yang kami sendiri tak tau. Risau dia fikir ape.. Mungkin kat sini ada yang macam ni jugak dulu atau cikgu2 or parents yg anak macam ni jgk?
– Ana –
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit