Salam semua.
Aku ada masalah yang aku pendam hampir setahun. Setiap hari aku doa pada Allah supaya Dia bantu aku untuk ikhlaskan hati. Banyak mana sekali pun aku cakap aku ikhlas dan redha, tapi terdetik juga kat hati aku yang aku minta Tuhan bagi petunjuk kat mereka yang aniaya diri aku, supaya mereka faham derita yang aku lalui.
Aku bukan orang senang. Asal dari salah sebuah kampung kat selatan Malaysia. Kahwin masa umur aku 24tahun, selepas grad dan dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat cantik, anugerah Tuhan dan satu-satunya tanda cinta yang suami aku tingggalkan setelah dia kembali ke Maha pencipta. Alhamdulillah selepas lalui banyak dugaan, Tuhan mudahkan urusan bina masjid kami 3 tahun lepas. Family mertua aku tak suka aku sebab dia orang nak nikahkan arwah suami dengan sepupu mereka. Tapi, jodoh tu semua kat tangan Allah. Sekuat mana pun kita usaha, kalau bukan kehendak dia, tak kan menjadi. Tapi lama kelamaan, mereka nampak boleh terima sebab anak mereka cintakan aku.
Lepas setahun aku cuba suaikan diri, Allah kurniakan kami cahaya mata. Tapi, kebahagiaan tu tak lama sebab Allah lagi sayang suami aku. Suami aku meninggal sebab kemalangan jalan raya. Harta kami tak banyak. tengah merangkak nak hidup, kami tak ada rumah, masih sewa. Cuma ada kereta. Aku pun tak bayar loan2 aku sebab bantu suami aku. Akibatnya, nama aku kena senarai hitam. Sekarang baru tengah clear sikit-sikit. Tapi yang aku nak cerita sekarang ni, family mertua aku ambil kereta kami. Walaupun berulang kali suami aku kata dulu, kereta tu untuk aku dan anak, mudah nak beli barang keperluan dan hantar anak pergi klinik kalau ada apa2, pun mereka tak ambil kira. Masa suami meninggal, anak kami masih kecil. Baru lepas sebulan lebih dan aku pun masih tengah pantang. Sikit pon mereka tak hiraukan perasaan dan emosi aku masa tu. Aku berhujan panas beli barang keperluan baby, aku naik bas hantar baby pergi klinik. Semua atas bahu aku. Buat yang tertanya2 kenapa aku tak ambik kereta baru je, macam aku cakap tadi nama aku masih black list.
Sekarang dah 3 tahun berlalu. Mulut je kata ikhlas. Tapi dalam hati aku tetap aku kata, bahagian aku, aku halalkan. Bahagian anak aku, jawablah sendiri kat akhirat nanti sebab makan harta anak yatim. Tetap, anak aku ada separuh bahagian kalau ikut pembahagian faraid. Jangan suggest aku jumpe lawyer syariah semua dan tuntut hak sepencarian, sebab aku tak nak masam muka dan tak nak jejaskan hubungan baik kami. Cukuplah sekali dulu, mak mertua aku macam halau aku dari rumah dia sebab aku kata aku nak ambik kereta untuk kemdahan kami anak beranak.
Yang aku concern skarang, macam mana aku nak didik hati aku untuk ikhlas. Kat mata dia orang dan sedara-mara belah sana, memang aku lah yang paling jahat sebab tak bawa cucu jumpa dia orang. Padahal aku tak ada transport. pada hal banyak sangat benda yang aku makan hati. Aku minta sangat hati aku lebih ikhlas dalam hal ni, dalam masa yang sama, aku tetap nak dia orang tau dan tentang apa yang aku lalui. Aku sanggup korban semuanya untuk suami aku yang aku cintai. Tapi.. betul orang kata. Tak semua akan kesian dekat kita. Banyak yang akan pentingkan diri sendiri. Doakan aku, hati aku lebih kuat. Minta jasa baik macam mana aku nak didik hati aku ni untuk ikhlaskan semuanya..
– Puteri Harbour
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit