Assalamualaikum Admin dan para pembaca. Aku F29. Aku nak kongsi satu cerita zaman persekolahan dulu.
Aku bersekolah menengah di Johor, dan semasa aku di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (2011 & 2012) aku telah memasuki badan uniform Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).
Di sekolah dulu, PKBM sangat terkenal kerana semangat pasukan dan disiplin yang tinggi. Majoriti yang menjadi kadet tersebut adalah lelaki.
Yang seronoknya kadet PKBM dilatih oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Selalunya waktu kokurikulum, abang abang sado ATM akan datang untuk ajar kami berkawad dan etc.
Kenapa aku join PKBM? Sebab ikut kawan baik aku sebab dia suka aktiviti seperti ini.
Katanya boleh cuci mata hahahah tapi betull! Sebab
1) Majoriti kadet lelaki.
2) Abang abang sado ATM.
3) Dapat join aktiviti kokurikulum di luar.
Antara event yang paling ditunggu setiap tahun adalah aktiviti perkhemahan yang telah mengumpulkan semua kadet PKBM di semua sekolah kawasan Johor.
Perkhemahan tersebut diadakan di salah satu kem besar di Johor. Boleh dikatakan setiap masa kami memakai loreng, pakai bot askar sama seperti ATM.
Aktiviti aktiviti yang diadakan seperti berkawad, pandu arah, menembak dan lain lain lagi yang berkaitan dengan ketenteraan. Setiap hari memang bau ketiak masing2 boleh tembus sampai membe sebelah boleh bau, fuhhh.
Longot muka masing2 dan tiada nur semulajadi sebab sunburn. Memang pengalaman yang seronok dan memenatkan.
Tempat tidur kami pula di tepi hutan yang berbukit, 2 orang per khemah. Khemahnya seperti tiga segi dan dilengkapi dengan 2 unit army camp bed.
Bilik air kami lebih kurang dalam 30meter dari khemah kami. Bilik air tersebut ada satu kolah besar dan bilik-bilik mandi individu.
Bagi yang selalu lambat tu selalunya kadet akan berkemban dan mandi ramai ramai di kolah. Bilik-bilik mandi individu ada dalam 20 unit tapi masih tak cukup dengan kami yang hampir 300 kadet Wanita.
Haa disini soal kebersihan sangat tidak dititikberatkan terutama berkaitan dengan tuala wanita.
Bayangkan di tepi kolah ada tuala wanita yang masih bdxrxh dan kadang kadang dalam bilik-bilik mandi individu pun ada juga tuala wanita yang masih kotor dan tidak berlipat dengan kemas.
Tak silap aku, umur kadet dalam lingkungan 14~17 tahun, tapi kesedaran berkenaan kebersihan sangat rendah. Seperti perkhemahan yang lain-lain, pada malam terakhir a.k.a malam kebudayaan kami perlu membuat psembahan.
Pada malam tersebut kami maghrib dan isyak di surau seperti biasa. Sementara menunggu waktu isyak, ustaz memberi sedikit ceramah dan tidak lama kemudian ada seorang kadet wanita yang sedang histeria di bawa masuk ke dalam surau.
Sebelum terkena histeria, wanita tersebut sedang datang bulan dan berehat di dalam khemah dan tiba tiba meracau. Di surau, wanita itu diletakkan di antara saf wanita dan saf lelaki.
Itulah kali pertama aku melihat kes rasuk depan mata macamtu. Ustaz sudah pesan kepada kami untuk jangan takut, berzikir dan kuatkan semangat kalau tidak kami jugak boleh terkena histeria.
Selang 3 4 kadet sebelah aku tiba tiba menangis, time tu geng geng kami cuba tenang kan dia tapi dia meraung makin kuat dan lastnya meracau sampai tenaga kami pun tak dapat nak control badan dia.
Dua kes histeria telah berlaku tapi malam kebudayaan masih dilakukan seperti biasa selepas solat isyak.
Ada Kumpulan yang mengadakan persembahan kuda kepang, cindai dan lain lain. Semua berseronok seperti lupa kejadian yang berlaku di surau tadi.
Selesai psembahan malam kebudayaan semua balik ke khemah masing2. Pada malam itu, kes histeria berlaku lagi di tapak perkhemahan dan kami dikehendaki untuk tidur 2 orang dalam satu army camp bed.
Kami dinasihatkan untuk tidur secara mengiring untuk mengelakkan diri kena kacau. Tapi bayangkan, macammana 2 orang satu camp bed untuk dua2 tidur mengiring?
Walaupun masa tu saiz kami kecil2 tapi sangat mustahil sebab takut jatuh. Kawan aku mengalah dan dia tidur terlentang so aku yang tidur mengiring.
Tidak lama lepastu aku terlelap dalam 20~30minit (sambil pakai tudung ye). Dalam mamai-mamai tu aku pandang luar khemah, aku nampak bayang2 seorang perempuan menari.
Dengan lenggok gayanya, lentiknya tangan dia siap bersanggul cantik. Aku terus kejut kawan aku tapi kawan aku senyap.
Mata tak berkedip dan mata hitam tak kelihatan. Tangan di pusat seperti tengah solat.
Aku cuak dan terus melompat keluar khemah. Semasa di luar khemah rupanya tengah kabut dgn orang lalu Lalang, jerit jerit dan pengumuman menggunakan ‘hailer’ dari ATM.
Yang peliknya masa aku terlelap tadi memang langsung tak dengar apa apa mungkin sebab tidur mati. Aku terus tinggalkan kawan aku tu dan masuk baris dengan yang lain.
Aku inform ketua aku tentang kawan aku tu untuk mereka tolong bantu dia. Rupanya, malam tu ada dalam 4 5 org lagi kena histeria.
Masa tu sudah pukul 2 pagi kami masih dalam baris dan tidak dibenarkan untuk masuk dalam khemah. Azan berulang kali berkumandang di kawasan tapak perkhemahan tersebut.
Lebih kurang sejam macamtu, kami semua ditempatkan di dalam sebuah bangunanan seperti ruangan kelas. Kerusi meja telah dialihkan ke tepi dan kami duduk beramai ramai disitu sampai esok pagi.
Masa tu memang rabak mata, penat, busuk, mengantuk… Nasib baik laa dah last day. Esok pagi lepas subuh baru kami masuk tapak perkhemahan dan kemas barang kami.
Kesimpulannya dekat sini, kita sebagai perempuan perlu sangat jaga kebersihan diri kita terutamanya tuala wanita. Nak pula dalam kawasan hutan yang kita tahu kewujudan benda lain.
Dan kalau kawasan macamtu tolong jaga tingkah laku, jangan huha huha cakap besar.
Actually aku samar samar dengan timeline/story cerita ni sebab dah lama sangat tapi aku still nak share untuk jadikan pengajaran kepada semua.
– Udang Silver (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit