Lagu masing-masing nyanyian Ernie Zakri kan sohor. Aku tak boleh dengar lagu tu. Aku rasa sayu sangat. Macam terhiris sikit hati setiap kali dengar bibit-bibit lirik dia. Rasa kena sangat dengan jiwa. Rasa sedih tu menusuk. Sakit yang airmata pon dah taknak keluar.
Orang nampak aku macam kental. Mampu buat banyak benda sendiri. Ada suami yang baik serba-serbi. Aku mampu urus anak-anak tanpa banyak songeh.
Tak mudah ye buat semua benda sorang-sorang tapi aku takde pilihan, lagipun tu anak-anak aku, aku jagalah dengan baik seboleh mungkin. Sebab mereka amanah aku. Aku tak mahu disoal kat akhirat nanti kalau aku tak cuba yang terbaik. Ya aku tak sempurna tapi aku cuba seboleh mungkin sedaya aku untuk keluarga aku sebab aku takut disoal nanti kat akhirat.
Tapi itulah. Aku tak rasa suami aku nampak. Kadangkala aku rasa dia take me for granted. Ya ada masa dia cakap dia berterima kasih aku banyak handle semua sendiri sebab kami PJJ. Dia fokus kerja, aku fokus anak-anak.
Aku memang jenis tak kuat membebel. Tapi bila aku tak tahan, aku akan suarakan perasaan aku kat suami. Ye la, kalau tak cakap, dia kata dia tak tahu. So aku kena luahkan.
Tapi bila luah, dia defensive. Macam aku cari salah pula. Lepas tu dia kan justify action dia dan macam try to make me feel bad. As if aku yang overthink. Aku yang sensitif. Aku yang salah. Aku yang itu. Aku yang ini.
Aku penat. Aku bukan nak cari salah. Aku nak luah dengan harapan ada perubahan. Kalau tak cakap, kata tak tahu. Bila cakap, pusing-pusing aku salah balik. Penat. Yang pernah kena fahamlah rasa dia.
Aku tak tahu nak buat macam mana atau rasa apa. Aku tau ada orang ujian lagi teruk. Aku alhamdulillah ujian aku macam ni. Tapi sakit. Aku tak tahu nak cerita kat sapa. Nanti macam buka aib. Aku luah kat sini nak bagi release sikit rasa sesak dada ni. Sakit dia menusuk. Nak-nak bila terdengar lagu masing-masing.
Aku berdoa sangat dia berubah. Aku dah cuba jadi isteri dengar kata. Aku nak pahala. Aku nak syurga. Aku perlukan redha suami. Tapi aku rasa suami aku lupa bab redha isteri. Aku tahu aku tak sempurna tapi dia tak nampakkah usaha aku jaga keluarga kecil kami macam mana.
Apa banyak sangatkah buruk sampai perlu jaga hati orang lain lebih dari aku? Perlu kesian kat orang lain lebih dari isteri? No. Ni bukan kes orang ketiga. Sampai bila aku kena beralah? Aku pon ada perasaan. Aku ada rasa penat nak hadap. Aku pon ada rasa sakit. Aku rasa letih.
Aku sekarang ni nak highlight rasa sakit pon malas. Bila highlight je, aku jugak yang salah. Biar satu dunia buat salah kat aku, di matanya tetap aku jugak yang salah. Sakit tau. Tak ada sosok seorang suami untuk protect aku. Tapi aku ada suami.
Kadang-kadang bila aku sakit sangat, aku protect diri aku sendiri, tapi orang cakap aku cepat sentap dan suka marah-marah. Padahal action diaorang yang trigger aku. Dan sebanyak dan selama mana aku bersabar pon, kadang-kadang terlepas juga amarah. Sebab aku, letih juga.
Untuk suami aku, aku tau aku tak sempurna. I never claim i am. But i have tried to be the best that i can but apparently it was never good enough for you. Maybe you’ve been doctrined you should get better. I dont know.
But only you and me and Allah knows the real case of everything. No one else know everything about us. They shouldnt have. And please dont let others influence you, influence your decision when it comes to protecting your family. Your goal to be a good person to everyone has made me feel neglected, offended, left out and helpless. Letih.
Aku nak bertahan selama mana mampu. Aku doa Allah lembutkan hatinya. Tapi kalau tetap aku yang buruk segala, aku yang sentiasa kena beralah, kena kesiankan orang lain sokmo-sokmo, jangan tanya kenapa aku bukan aku yang dulu. Sabar aku ada had. Aku letih jugak.
Kepada suami atau isteri yang terlalu defensive, yang rasa superior towards your spouse. Ingatlah sabar setiap manusia ada hadnya. Orang letih jugak kalau dipersalahkan sentiasa.
Jangan lebihkan orang lain lebih dari pasangan kau. Ambil tahu turutan nafkah kebajikan. Sebab letih nak ingatkan. Letih nak rasa perlu utamakan orang lain. Letih nak hadap orang lain menuntut itu ini. Letih. Letih. Letih!
Untuk suami atau isteri yang sentiasa rasa hebat dan betul, ingatlah anda tak sempurna. Pasangan diam bukan bermakna kalah, mungkin dia cuba kumpul kekuatan demi sebuah keredhaan. Tapi jangan lupa sabar orang ada hadnya. Ambil masa sejenak. Fikir dalam-dalam, kenapa pilih pasangan korang dan kahwin.
Memang buruk sangatkah perilaku sampai tak boleh nak defend dan ko perlu abaikan perasaan dia dan lebihkan orang lain sokmo. Pasangan korang ada tak masa korang susah mentally, physically and monetary? Siapa yang sabar dengar luahan kau tanpa Jemu.
Siapa yang selalu jaga dan sayang anak-anak kau sepenuh hati. Siapa yang sanggup ada waktu susah dan senang dengan kau. Siapa yang selalu doakan kau. Macam aku selalu doakan suami, tapi takdelah aku nak bagitau dia aku doakan dia. Doa yang ikhlas doa kat Allah, bukan sekadar cakap straight to your face – i pray for you.
Bila dah tua nanti, kalau ditakdirkan jodoh korang tamat awal sebelum tua, kau rasa orang-orang yang kau nak sangat jaga hati, ko utamakan dari segenap hal tu akan tolong kau atau mereka akan fokus pada keluarga mereka sahaja. Fikir betul-betul.
Jangan fikir apa yang kau nak percaya saja. Aku tau kau banyak slip slack orang lain. Tapi cuba fikir betul-betul. Aku letih. Aku risau nanti lepas kau takde kepentingan untuk mereka lagi, kau akan keseorangan. Orang lain berbahagia dengan keluarga masing-masing. Kau?
Aku letih fikir. Tapi aku rasa sakit sangat. Punya sakit sampai tak boleh keluar air mata. Pedih.
Pernah sesayang itu, pernah.
Pernah secinta itu, pernah.
Pernah sedalam itu, tapi itu dulu.
Pernah berjuang itu pernah.
Aku tak kau anggap ada cerita.
Aku tak kau anggap ada derita. Aku bukan robot.
Tapi aku letih juga.
Pernah sesakit ini pernah.
Walau rasaku ini sakit tak berdarah.
Apa rasanya jadi aku.
Tapi aku letih juga.
Letihhhhhhhhh.
Sesungguhnya aku cuba elakkan aku tuntut kat akhirat. Aku sayang kau. Aku hormat kau. Tapi aku rasa sakit. Terhiris. Pedih. Letih.
Aku takut aku makin tawar hati. Aku letih kena faham orang lain sokmo. Aku letih kena beralah sokmo. Aku letih dipersalahkan. Aku letih diremehkan. Aku letih. Tapi aku masih nak berusaha. Cuma aku takot aku terlalu letih untuk terus mencuba.
Wehhh, kenapa rasa nak menangis ni? Semoga Allah tolong aku; hambaNya yang lemah ini. Tolong daku ya Allah, ikhlaskan hatiku, lembutkan hatinya. Kuatkan daku. Tolong ya Allah. Sakitt.
– Oren (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebenarnya ramai isteri dalam keadaan ni termasuk saya. Beza kita saya tak pjj. Pendapat saya hanyalah nak kan sedikit rasa dihargai, disayangi & difahami…tu je pendapat saya. Dengan orang lain kalau situasi sama blh pula bg reaksi positive dgn kita buat derkk je la. Tak pernah nampak cuba faham apa kita sampaikan…asyik disalahkan adalah. Salah kita salah kita salah dia salah kita. Saya tak mampu nak bagi idea sekadar nk bgtau sis tak keseorangan, ramai masalah gini…untung isteri yg selalu dapat perhatian suami.
Pernah lalui. Lebihkan kawan, lebihkan famili dia lebihkan skandal dia. Narcissistic. Salah dia berpunca dari kita konon. Bila bocor ada skandal cepat2 nikah. Punya berlagak menayang isteri baru hingga berbulan tak balik rumah. Kalau balik pun sekejap, tak bermalam. Nak balik sangat rumah sana. Cukup 3 bulan file cerai. Terpempan. Selama ini over confident, konon kita sayang dia sangat2. Itu sebab dia take for granted. Cerai satu sen baik hadanah, edah, mutaah tak bayar. Takkan bonda halalkan dunia akhirat. Semua belanja anak2 bonda tanggung. Malas nk hadap ke mahkamah. Benci sangat nk terserempak dengan ex lagi. 18 tahun dh berlalu. Anak2 semua dh kerja & menyumbang. Alhamdulillah.