Alhamdulillah banyak perkara positif yang pembaca dapat termasuklah diri ini dari page IIUMC. Namun, straight to the point, admin perlu tapis sebarang confession yang berkaitan dengan perbuatan zina.
Artikel yang berkaitan dengan ‘mengagungkan’ perbuatan zina haruslah dimasukkan terus ke dalam tong sampah kerana ia hanyalah virus yang membawa mudarat kepada pembaca.
Ini kerana pembaca confession ini terdiri dari pelbagai latar belakang, golongan dan peringkat umur.
Risau seandainya artikel tersebut hanya akan menjadi agen untuk trigger golongan tertentu untuk mencontohi maksiat tersebut. Takut-takut admin pun akan dapat saham dari perbuatan tersebut.
Merebaknya zina telah disabdakan oleh baginda Rasullullah SAW pada umat akhir zaman iaitu zaman kita sekarang ini.
Betapa jijiknya maksiat tersebut sehingga syariat menghukumkan hukuman rejam sampai mati bagi pelaku zina yang sudah menikah.
Dari ilmu yang saya perolehi dari seorang ustaz bekas pelajar pondok: di tempat hukuman yang dilaksanakan hukuman rejam tersebut contohnya di kampung,
Semua penduduk wajib untuk merejam penzina yang didapati bersalah dan hukumnya berdosa seandainya orang yang berada di tempat hukuman tidak merejam si penzina walaupun dengan lontaran ringan.
Bagi penzina yang belum menikah pula, sebatan 100 kali wajib dikenakan kepada pesalah dan wajib diasingkan/penjara selama setahun.
Kenapa hukuman zina begitu berat sekali dalam syariat Islam?
Selain untuk mengekang tersebarnya dosa zina ianya juga sangat penting untuk menjaga nasab dan beberapa hikmah lain.
Melainkan artikel seorang penzina yang telah bertaubat dan memberi nasihat mungkin boleh dipertimbangkan untuk disiarkan oleh admin.
Namun, jika seorang penzina memberi nasihat berkenaan dengan hubungan cinta antara lelaki dan perempuan, fikir-fikirkanlah.
Alhamdulillah berkat pertolongan dan perlindungan Allah Ta’ala keterunaan saya terpelihara sehinggalah saya menikah.
Betapa nikmatnya mengoyakkan selaput dara isteri anda yang sah, dan tiada kenikmatan yang sesungguhnya bagi seorang lelaki mahupun perempuan selain masing-masing menyerahkan teruna/ dara kepada pasangan yang sah melalui pernikahan.
Memang bukan mudah untuk berhadapan dengan fitnah zina di akhir zaman ini. Saya juga telah melalui banyak pengalaman tinggal serumah dengan rakan sekerja yang merupakan seorang penzina.
Jika ada yang melalui pengalaman seperti ini sebaiknya tinggalkan rumah tersebut kalau anda tidak mampu memberi nasihat kepada rakan anda yang bergelumang dengan dosa zina.
Pengalaman seperti ini hanyalah membuktikan kebenaran hadis nabi tentang merebaknya dosa zina di akhir zaman.
Tinggal seorang diri di rumah bujang juga punya cabarannya yang tersendiri.
Saya berharap dan berdoa agar saya, keluarga dan keturunan saya dipelihara dari dosa zina yang hina lagi terkutuk ini.
Saya juga berdoa agar pembaca sekalian termasuklah ahli keluarga dan zuriat keturunan kalian dipelihara dari dosa zina yang mampu melenyapkan amal soleh.
Bagi yang sedang bergelumang dengan dosa zina. Semoga kalian diberi hidayah, kekuatan dan jalan keluar untuk membebaskan diri dari perbuatan zina dan menjadi lelaki yang soleh dan wanita yang solehah.
Nabi yang mulia ada bersabda berkenaan dengan besarnya fitnah wanita. Oleh itu, wahai wanita bantulah kami yang lelaki ini agar terhindar dari fitnah wanita dengan menjaga diri kalian.
Wahai lelaki, pelihara wanita kalian dengan mendidik mereka agar tidak menjadi fitnah bagi lelaki lain.
Nabi menyarankan anak muda untuk berpuasa jika mereka belum mampu untuk menikah. Namun, jika dengan berpuasa juga sudah tidak mampu menahan gejolak dalam jiwa, itu tandanya sudah sampai masanya untuk anda menikah.
Akhir sekali, ambillah ikhtibar dari Surah Yusuf. Surah tersebut amat indah sekali penceritaannya dan ianya kisah benar yang dikhabarkan oleh Allah Ta’ala.
Nabi Yusuf yang kita tahu adalah seorang lelaki yang tampan sehingga para wanita terpotong jari mereka sendiri kerana asyik melihat ketampanan wajahnya.
Namun, baginda tidak menggunakan wajah baginda dengan mengambil kesempatan ke atas para wanita cantik, kaya dan bangsawan. Cuba bandingkan akhlak baginda dengan diri kita sendiri. Wallahu ‘alam.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit