hai, confession aku dulu admin tak siarkan pon so aku harap yang ni admin post la.
aku nak cakap pasal pandangan orang kepada aku sepanjang pengalaman aku sejak sekolah hingga sekarang.
aku lahir dalam family yang sederhana, tak kaya sangat dan tak miskin sangat. ayah dan mak kerja makan gaji, cukup la nak tnggung kami 4 beradik. kami tinggal di kampung, luar bandar yang kebanyakan penduduknya menoreh getah, tanam padi, senang cakap kerja kampung.
so masa sekolah dulu, ayah aku hantar pegi sekolah naik kereta, sbb dia pon on the way nak pegi kerja. tiap kali aku turun je dari kereta, budak2 lain akan pandang aku mcm tak puas hati, sbb nya mereka naik basikal pergi sekolah dan aku lak ayah hantar naik kereta. byk kali aku dengar diorg cakap,
“eh kau dah kaya kan, tak payah la join kelas tambahan ni, ni untuk org miskin je, org kaya boleh bayar tuisyen luar kan”
“mak ayah awak kerja besar kan? kerajaan lagi, knpa nak masuk jugak kelas tambahan ni? cikgu buat ni utk mereka yang tak berkemampuan je”
“wei belikan aku nasi lemak kat kantin, kau bawak duit banyak kan? dah la tak payah kayuh basikal nak balik nnti tengah panas ni, untung la kau”
“macam mna kau boleh join program lawatan ni, kau kan kaya, aku tak puas hati ni, aku nak bgtau cikgu”
tu ayat yang aku selalu dapat masa sekolah dlu, sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, benda sama je. sbb aku senang sikit dari mereka, aku jadi mangsa buli psiko. dipulaukan sampai takde orang nak kawan tak payah cakap la. aku tertanya2 knapa ayah aku hantar aku ke sekolah ceruk kampung ni pdahal sepupu aku yang lain (mak ayah senang juga) akan dihantar ke sekolah kat bandar walaupun jauh.
sampai aku rasa depression, tak nak makan, ye la budak2 masa tu, menangis, sedih semua ada. ada banyak kali aku buat2 demam sebab tak nak pegi sekolah. banyak kali jugak aku suruh ayah aku hantar aku jauh sikit dari pagar sekolah sbb tak nak org nampak. rela jalan kaki.
masa form 6, mak aku nak hadiahkan netbook kat aku sbb aku bgtau dia kat sekolah selalu ada presentation. bukan mak aku pegi beli terus netbook tu, tapi dia pun kumpul dulu duit sikit2, bahagi antara belanja rumah semua, pastu kumpul sikit2, then dapat la aku netbook. tapi ade jugak yang dengki tak tau la, dia cakap kat aku “untung la kaya mak beli netbook, tak macam kita ni, ayah takde duit” dengan penuh sindiran, aku rase mcm nak pegi bunuh je pompuan tu, padahal ramai lagi yg siap ada laptop dalam kelas tu, tp aku yang netbook ni yang dia dengki kan.
masuk universiti, aku ingat benda ni berbeza, tapi sama gak. course mate aku misal nya, dari keluarga susah, klau dia takde duit nak makan aku selalu belikan makanan untuk dia, senang cakap aku tak berkira pasal duit sbb aku suka dapat bantu orang. dia pinjam ptptn tp duit ptptn dia selalu habis sbb dia akan bagi duit tu kat adik dia. masalah nya adik dia tu suka bazirkan untuk benda tak berfaedah, beli helmet motor beribu, makan paparich, joli sini sana. banyak kali aku nasihatkan dia kalau adik dia guna duit mcm tu baik tak payah bagi. then dia boleh pulak marah cakap, “kami tak penah hidup senang, bila ada duit ni biar lah aku nak bagi kat sape2, yang tu hal masing2 la, kau sibuk pehal? aku tau la kau tak pinjam ptptn, semua mak bayar, kau org senang tau ape, orang senang mcm kau mmg takde adab! ikut aku la nak belanja apa pon duit aku”
terus lepas tu aku tak berkawan dah dgn dia. lantak la.
btw aku try jugak kawan dgn orang yang lebih berada ni tapi tak dapat nak attach sangat sbb taste diorg tinggi. tapi bila kawan dgn susah dari aku pun tak boleh jugak sebab diorang akan ungkit macam2, penah sekali aku ikut kawan aku balik rumah dia, rumah flat ppr. aku tak kisah pun rumah dia mcm mna ke apa sbb kawan aku, tapi family dia asyik cakap, “rumah ppr je, bukan macam rumah awak, ada aircond” “eh nak tido sini ke? bukan apa nnti bil naik makanan habis nak bg awak makan, kalau kami pegi tido rumah awak tak pe la jugak” dgn penuh nada sindiran. kawan aku tu malu dia tak payah ckap la. dia minta maaf tp aku faham ape dia rse.
aku tak tahu la ape lagi pengalaman lepas ni tp setakat ni mmg mencabar. bukan masalah pelajaran tp masalah berbeza taraf hidup. doakan aku dapat cari teman yang dapat menerima aku seadanya.
sekian
– meow
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit