Hai. Sebab aku tengah rileks sekarang, aku nak share satu tarbiyah yang berlaku dalam kehidupan aku beberapa hari lepas.
Aku seorang yang bekerja. Kerja aku menuntut aku masuk kerja seawal 5 pagi.
Jadi pada suatu hari, aku ditugaskan di bahagian lain yang membolehkan aku masuk kerja pukul 7 Pagi. Walaupun macam lawak, tapi aku happy sangat.
Bayangkanlah tak payah keluar awal awal pagi, tak yah drive dalam keadaan mengantuk dan penuh struggle, kerja department tu lagi mudah dan dapat lah jugak aku tenang2 solat subuh dekat rumah sebelum keluar bekerja. Heavenlah.
Tapi rupa rupanya ada plot twist selepas itu.
Malam itu sebelum tidur, aku dapat satu WhatsApp dari team mate aku. Mintak aku ganti tempatnya di bahagian yang aku kena datang awal pagi.
Waktu tu aku rasa tangan aku mnggigil kerana terlalu marah. Teammate aku sebelum ni memang ada issue pun, selalu mc dan menghilang. Selalu orang lain yang kena cover kerja dia tapi kali ni kena dekat aku.
Mesej nya pulak macam satu arahan yang aku terpaksa buat. Dek kerana terlalu marah, aku buat tak tahu sahaja dengan mesej dia.
Esok pagi, aku terjaga jam 5. Waktu tu, aku teringat mesej semalam. Perasaan aku berbelah bahagi. Nak buat tak tau dan datang pukul 7 macam yang sepatutnya atau aku nak cover kerja dia. Nasib baik waktu tu ada sisa sisa keimanan dalam hati.
Waktu tu, aku cuma teringat satu hadis Rasulullah. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat. Dengan rasa berat, aku brsiap dan terus ke tempat kerja dengan harapan Allah menerima amal2 ku yang tak seberapa ni.
Nak dijadikan cerita, bila aku sampai, department yang aku kerja pagi tu tiba tiba tak ramai pelanggan dan department tersebut merupakan department yang menjaga kes kes yang memerlukan pekerjanya bersedia bila bila masa sahaja untuk ke site jika ada kes kecemasan.
Hari tu alhamdulillah, pelanggan tak cerewet, supervisor baik hati, tiada kes kecemasan berlaku dekat site yang membuatkan kerja aku di department jadi pending dan untuk pertama kali, aku dapat balik awal dari kerja.
Selalu aku terpaksa balik malam around isyak lepas dah settlekan semua kerja tapi hari tu, pukul 6 aku dah dekat parking kereta. Betapa pelik dan ajaibnya
Waktu tu aku rasa sangat bersalah. Rasa berdosa sebab aku dah Bersangka buruk lebih lebih lagi terhadap Allah. Boleh jadi jika aku menjaga department yang sepatutnya aku jaga, mungkin aku terpaksa balik lagi lambat atau benda benda lain yang akan berlaku.
Tapi rupa rupanya Allah plan benda lain yang lagi trbaik untuk diri aku walaupun waktu tu, aku nampak department yang sepatutnya aku jaga waktu tu lagi akan menguntungkan aku.
Konklusinya, sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Bersangka baik lah dengan penyusunan Allah. Hidup kita mngkin banyak plot twist, tapi how we keep yakin dan bersangka baik dengn Allah.
Yang kedua, bantulah urusan orang lain selagi boleh. Mngkin kita adalah medium medium terkabulnya doa doa orang2 tersebut. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Yang ketiga, yang ni yang aku tengah train diri aku ;untuk sentiasa muhasabah dan refleks semua benda yang berlaku dalam kehidupan kita ni, tentu ada tarbiyah/pengajaran yang Allah nak hadiahkan pada kita.
Kerana semua benda yang berlaku dalam kehidupan kita ini bukan sia sia. Dan yang paling penting, baru lah hati kita akan sentiasa hidup. Dan bukan hanya menjadi robot dekat dunia ni yang hanya just follow the flow.
‘Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai Telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya Bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta itu ialah hati di dalam dada ‘
[Al hajj:46]
– Ayyash (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit