Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat muslimin muslimat di luar sana yang tertarik untuk membaca tulisan aku pada kali ini.
And before I begin with my new confession, I would like to clarify a few things about my previous confession Rezeki Sempit Kerana Terlajak Subuh. Kisah yang aku ceritakan memang benar dan terjadi pada ahli keluarga aku sendiri but I did adjust a few things like the main character in the story (ma brother, sister in law and Mia) they were not the real character. Dan pada pendapat aku selagi identiti sebenar keluarga aku tidak diketahui orang tak menjadi masalah untuk aku menceritakan sesuatu kisah yang aku rasa dapat menjadi pengajaran buat orang ramai dan boleh menjadi peringatan buat bakal2 pengantin di luar sana (hot topic in comment) tentang realiti yang selalu terjadi semasa hari perkahwinan dan akibat kecil kalau korang tak jaga solat (and do correct me if I’m wrong in anything that I said, you’re most welcome. Aku suke kalau orang betulkan ape yang aku silap).
So wanita berpurdah..
Pada aku wanita berpurdah dan berniqab adalah sangat cantik dipandang walau di mana pun mereka berada dan aku pun tak terkecuali menjadi salah seorang yang suka memandang wanita berpurdah/niqab. Don’t get me wrong I’m a woman and also berpurdah (sorry girls yang harap aku lelaki tu.huhu..) so aku rasa tak salah sebab aku perempuan kan.
Seperti yang kita semua tahu wanita berpurdah/niqab ni lebih dikaitkan dengan istilah tertutup, tersimpan, malu, dan sebagainya tapi sejak kebelakangan ni aku perasan ramai dalam kalangan peniaga-peniaga tudung labuh terutamanya yang lebih gemar menggunakan wanita berpurdah sebagai model utama bagi menggayakan tudung/jubah yang dijual mereka. (belum sentuh isu instagram lagi)
Memang aku akui apabila menggunakan wanita yang berpurdah sebagai model tudung/jubah yang dijual, barang jualan tu menjadi lebih menarik perhatian (walaupun selalunya aku tengok perempuan berpurdah tu je.Hehe..can’t help it they’re beautiful) tapi tidakkah kita sedar bahawa yang melihat gambar/video itu bukan sahaja wanita yang ingin membeli tapi lelaki ajnabi?
I’m not perfect, I also often used shawl and beautiful cloth when I go out but being publicized in a picture or videos that can be watched by thousands of people is a different thing my dear.
Wanita berpurdah itu sepatutnya tersimpan daripada pandangan orang bukan dipertontonkan kecantikannya begitu saja. Mata yang tersolek indah dengan celak, maskara dan bulu mata palsu, kamu memakai purdah itu untuk apa sebenarnya?
Maaf kalau ada para niqabis di luar sana yang marah atau berkecil hati dengan apa yang aku tuliskan di sini tapi aku cuma nak para wanita di luar sana supaya lebih peka dengan diri sendiri serta cara peniaga menjual produk mereka. Jangan hingga mendatangkan fitnah pada agama. Aku tahu mungkin di setiap apa yang terjadi ada sebab di sebaliknya sama ada baik atau buruk atau mungkin juga mereka tidak sedar dan tidak tahu. Tapi mungkin dengan confession aku pada kali ini dapat menyedarkan sebahagian dari peniaga di luar sana yang lebih suka menggunakan wanita berpurdah sebagai model mereka atau pada niqabis yang gemar mencantikkan mata mereka untuk menarik perhatian (real life, instagram, fb, youtube dll).
Dan sudah tentunya semua yang aku tulis di sini juga adalah untuk diri aku sendiri yang belum tentu lagi sempurna pemakaiannya, yang mungkin tanpa aku sedar apa yang aku buat, pakai, cakap, tulis mungkin menjadi sebab aku ke neraka. Yang mungkin tanpa aku sedar menarik perhatian orang lain. Jadi semoga aku, kamu dan orang lain yang membaca confession aku pada kali ini dapat mengubah diri kita pada yang lebih baik. InsyaAllah..
Assalamualaikum.
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit