Tarikh Luput Untuk Bersedia

Assalamualaikum readers dan admin. This is going to be a long post.

Namaku Anya. 91-er merangkap 31 tahun. Aku ada kerjaya yang stabil, ada sedan bebas hutang satu dan tengah menabung nak beli rumah.

Life aku alhamdulillah agak senang, happy dan fun di samping ibu tercinta, siblings dan rakan-rakan.

Aku single di usia 31 tahun. Bukan single biasa biasa. Single dari dulu sampai sekarang. Sort of. Pada aku tak pelik pun tapi untuk orang sekeliling, adalah sesuatu yang janggal untuk “perempuan macam aku” single. More on that later.

Biasalah, waktu raya memang diasak soalan-soalan bila nak kahwin tapi aku jenis chill saja. Aku jawab sejujurnya “takde plan lagi”. Dan kalau jawapan tu disusuli judgement oleh makcik pakcik bawang, aku “haa ok” kan saja.

Kalau diorang sambung lagi, aku pandang saja muka diorang tak cakap apa. Pandai-pandai lah diorang nak diam sendiri. Kalau tak diam juga aku cakap saja “jap lah sakit perut nak berak”. Selesai.

Dah jawab dengan jujur yang aku ni single by choice pun orang tak boleh terima.

Bila aku cakap “tak laku, takde orang nak” respond yang aku dapat “eh tipu lah” ataupun “nak kenal dengan anak buah makcik tak?” Dan yang sewaktu dengannya. Frankly speaking, I prefer the former.

Aku rasa aku biasa saja tapi orang semua cakap aku cantik, ada rupa dan puji-pujian macam-macam lagi lah.

Well, beauty is in the eyes of beholder kan so aku terima saja lah pujian semua tu diselangi rasa syukur sebab ternyata ada yang nampak kecantikan aku walaupun aku sendiri tak berapa nampak haha

Lelaki nak kenal? Ramai. Yang slide dm, yang drop phone number masa aku tengah makan, yang selit phone number kat buku masa zaman study kat library dulu, yang kacau kawan-kawan aku minta kenalkan aku dekat diorang.

Ada juga yang siap bayarkan meal aku kat kedai and tinggalkan phone number. Yang menempel kat rumah aku konon-konon nak lepak dengan abang aku padahal sebenarnya nak tegur aku pun ada sampai nyaris putus kawan lah abang aku masa tu.

Pendek cerita, lelaki nak kenal ni tak putus lah. Tapi semua aku tak layan.

Aku taknak bagi sebarang harapan jadi aku ignore saja terus. Yang belanja makan memang aku akan contact balik untuk bayar balik tapi bila asyik insist nak belanja, aku just say thanks and block terus.

Kawan-kawan memang panggil aku “ice queen” tapi aku tak rasa apa aku buat salah. Dah memang aku takde niat nak berkahwin, so buat apa aku nak terima salam perkenalan orang kan?

Ada yang kata “nak kawan saja. Bukan nak ajak kahwin. Jangan perasan sangat”. Takpelah kalau kau anggap aku perasan, asalkan aku dapat elak orang berperasaan pada aku dan vice versa.

Adakah aku ni kena buatan orang sampai takde feeling nak kahwin?

Tak juga.

Dalam 31 tahun aku hidup ni ada lah seorang lelaki yang pernah berjaya tembus tembok ais aku ni. Dia tak lah kacak mahupun kaya. Masa kitorang berkawan pun dia baru mula kerja, simpanan pun tak ada lagi.

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tergerak nak buka hati untuk dia. Tapi yelah, bila dah terbuka hati macamtu of course lah aku terus fikir “mungkin dah sampai masa, ini lah jodoh aku”

Aku berkawan dengan dia lama. 5 tahun. Berkawan tapi tak progress ke mana-mana stage sebab dia nak kumpul duit.

Kalau ikut dia, dari awal tu dia ajak aku kahwin tapi aku suruh dia fikir rasional dulu. Sebab dia baru mula kerja, aku tak rasa dia layak untuk kahwin lagi masa tu. Bukan dengan aku saja, dengan mana-mana perempuan sekali pun.

Aku okay saja tunggu sebab nampak effort dia. Tahun ketiga kitorang berkawan dia kata dia dah cukup duit nak masuk meminang tapi aku pesan kat dia suruh beli rumah dulu.

Diturutiiiii makanya dapatlah dia beli rumah subsale dua tingkat. Dan dia terpaksa menabung semula untuk berkahwin.

Yang jadi masalah adalah bila dia terlalu insecure.

Aku takde lah nak salahkan dia seratus peratus tapi kalau dah lima tahun berkawan dan sepanjang lima tahun tu aku stay dengan dia, tak berkawan dengan mana-mana lelaki, block terus mana-mana lelaki yang nak berkenalan kat social media – nak insecure apa lagi?

Dia asyik pressure aku untuk kahwin walaupun duit dia belum cukup. Sebab dia takut aku kahwin dengan lelaki lain. Awal-awal tu aku tenangkan saja lah dia cakap tak payah risau lah aku takde kawan dengan orang lain pun.

Tapi lama-lama makin teruk insecure dia sampai aku pun rimas. Aku bagi lah sepatah dua kata sampai dia sentap, jauh hati dengan aku.

Disebabkan kitorang tak pernah pun declare as couple, kitorang putus pun macam awkward saja lah. Dia macam before this kitorang text all day long, lepas gaduh tu terus stop texting. Just like that.

Occasionally dia akan komen kat social media aku, reply story aku apa semua tapi tidak lah sekerap dulu. Kitorang jadi cold camtu. Ada saja gurau-gurau tapi hambaruddin.

And suddenly, setahun kemudian aku dikejutlan dengan berita pernikahan dia. Tak tahu pula dalam dia keep on “bercakap” dengan aku tu dia dah ada orang lain.

Lagi best bila dapat tahu dia dah kenal dengan perempuan tu sebelum kitorang “break” lagi. Like a few months sebelum gaduh tu. Dia pun dah bosan dengan aku agaknya.

Tipulah kalau tak sedih. Sebab walaupun aku tak pernah cakap apa-apa tapi memang aku sayangkan dia. Dah lima tahun dengan dia tipulah takde rasa sayang langsung. Dan aku memang dah expect dia tu jodoh aku – rookie mistake sebab tak pernah berkawan dengan lelaki.

Camtu lah.

Cuma yang lagi sakit tu, dalam aku berhati-hati tetap sangkut dengan pilihan yang salah juga. “Hubungan” aku dengan dia memang takde siapa tahu kecuali family dia. Dia memang cerita pasal aku kat family dia tapi aku tak pernah cerita pasal dia kat family aku.

Sebab macam segan pula tak jadi apa lagi nak bercerita. Unless dia kata nak hantar rombongan meminang ke apa baru aku plan nak buka mulut. Tapi sampai ke sudah takde pun

Anyway disebebkan takde siapa tahu, bila dia kahwin tu, jenuh lah aku berlakon hari-hari macam aku ni okay tapi dalam hati berkecai. Nak luah kat sesiapa pun tak boleh so aku pendam saja lah sampai aku okay.

Aku tak pernah terfikir pun dia akan tinggalkan aku. Sebab dari cara dia, nampak macam sangat sayangkan aku. Dan memang dia serius dengan aku jadi aku yakin sangat dahhh aku memang jodohnya.

Mungkin dia pun lama-lama dah tawar hati so pergi lah kawan dengan perempuan lain. Cuma sakit juga lah ego aku sebab dalam dia insecure aku akan tersangkut dengan lelaki lain rupanya dia yang tengah berkawan dengan perempuan lain. Hampeh.

Bertambah sakit bila orang selalu kata kalau berpisah, sebab Allah nak ganti yang lebih baik. Benda tu buat aku fikir, jodoh yang dia dapat tu ternyata lebih baik daripada aku.

Aku ni bukan perempuan baik yang layak hidup dengan dia. Allah ambil aku daripada hidup dia sebab ada perempuan yang lebih baik daripada aku untuk dia.

Traumatised juga lah masa tu. Ranap self esteem aku. Rasa macam perempuan paling loser dalam dunia sampai takdir pun decide yang aku tak layak untuk dia.

Anyhow selepas kisah sedih ringkas tu, aku kembali ke fasa no men allowed. I mean, I had always been in that phase cuma kali ni memang betul-betul “kosong”. No men allowed even though there’s no man in waiting. Haa camtu.

Dah lama tu, bila dah bertenang aku mula fikir balik. Semua yang jadi antara aku dengan dia ni bukanlah tak dijangka sebenarnya. Like, kalau dia memang jodoh aku, masa dia dah cukup duit tu boleh saja aku kahwin dengan dia.

Lepas kahwin boleh saja beli rumah sama-sama sebab income aku memang layak sangat pun nak beli rumah. Kalau share loan dengan dia, nak beli banglo pun lepas agaknya.

Hakikatnya memang aku sendiri tak ada niat nak berkahwin. Memang salah aku lah terima dia masa tu. Tapi, macam aku cakap awal tadi, bukan aku fikir apa pun nak terima dia. Memang hati aku tiba-tiba suruh bagi dia peluang.

Dan gut feeling aku mengatakan dia jodoh aku. Tu yang aku yakin saja nak proceed sampai lima tahun pun. Bila dah ternyata jodoh dia dengan orang lain baru lah aku rasa macam ditampar keras oleh kenyataan.

Dan apa yang terjadi membuatkan aku terfikir. Sebenarnya aku ni memang takde niat nak berkahwin aku rasa. Aku selesa hidup bujang dengan mak aku. Sangat selesa to be exact.

Hari-hari life aku macam robot pergi balik kerja tapi ada masa aku akan cuti pergi travel merata, pergi keluar makan-makan dengan family and kawan-kawan. Yang penting bebas nak buat keputusan sendiri.

Kadang-kadang tu teringin juga ada partner tapi aku rasa macam menyusahkan pula. Sebab aku seriously tak sedia lagi nak give up life aku yang sekarang. Jangan kata nak jaga suami, nak jaga anak pun aku takde keinginan lagi.

Ada kawan yang kata, aku bukan tak sedia tapi it’s just a matter of time. Katanya aku ni bukan taknak kahwin, cuma belum jumpa orangnya.

Kalau dah jumpa orangnya, confirm aku sendiri akan excited nak kahwin dan nak ada anak. Yeke?

Tapi aku ni perempuan. Biological clock is ticking. Aku risau juga kalau andai kata dah umur 40an baru jumpa jodoh – tipis sangat peluang nak dapat anak tu.

Mungkinkah akan ada penyesalan sebab tak kahwin awal? Takut sekarang ni memang rasa taknak tanggung beban jaga anak tu tapi nanti tiba-tiba dah hujung 30an nak masuk 40an mula lah teringin nak pregnant ke apa bagai tapi tak boleh dah. Macam menyedihkan saja.

Itu pun kalau ada orang still nak kat aku lah di usia begitu hahaha sekarang ni pun makin berusia makin kurang lelaki nak dekat. Yang mendekat asyik laki orang saja. Eh tak hingin aku.

So aku sebenarnya nak tahu kalau kat sini ada perempuan yang macam aku. Kiranya langsung takde niat nak kahwin, tiba-tiba eh terkahwin dan bahagia. Ataupun maybe ada yang kahwin atas sebab desakan biological clock dan end up tak bahagia ke.

Atau yang ada sejarah family members kahwin lewat dan masih berjaya produce anak-anak ke. Whatever experiences that can give me hope or direction on what should I do next.

Walaupun aku tak rasa aku ni hopeless, tapi tipu lah kalau tak risau langsung. Aku nak buat solat hajat pun aku tak tahu nak hajatkan apa.

Nak doa minta jodoh pun aku rasa berat hati sebab aku rasa macam tak ready lagi nak jadi isteri. Nak doa terbuka hati pun sama lah kes nya.

Aku bukannya trauma sebab relationship ke apa tapi entah kenapa aku takut sangat untuk buka hati. Bukan takut heartbreak tapi takut bila dah kahwin aku hidup susah, aku tak happy. Sedangkan sekarang ni aku sangat selesa dan happy. Nak keluar dari comfort zone untuk apa?

Itu yang aku fikir. Salah ke cara pemikiran aku ni? Memang ada ke tarikh luput untuk perempuan ni menjadi isteri? Memang semua orang yang berkahwin tu betul-betul dah bersedia jadi isteri ataupun sebenarnya takde siapa akan ready, cuma terima dan hadap saja?

Dan “what if” dalam kepala aku sangat banyak bab kahwin ni. Bab lain aku jenis nekad saja, redah saja. Takde nak fikir risiko sangat. Orang ajak skydiving pun aku boleh setuju on the spot takde fikir what if tali putus ke apa bagai.

Tapi bab kahwin punya lahhh banyak persoalan aku. What if suami aku tak boleh terima sisi buruk aku? What if aku tak boleh terima perngai buruk suami aku?

What if family mertua menyakitkan hati? What if family aku sakitkan suami aku? What if suami aku asyik fikir pasal ex-girlfriend dia? What if bila aku dah kahwin, jodoh aku tak bertahan lama?

Aku memang overthinker bab ni and trust me there’s no way to stop this. I tried. I really did try. Aku cuma boleh kurangkan overthink ni dengan percaya atas takdir yang Allah dah tuliskan untuk aku.

Tapi kadang kala rasa ragu-ragu tu muncul juga. Dan aku paling takut dengan “menyesal”. Antara hidup susah, hidup menderita dengan hidup dalam penyesalan I rather choose the first two.

Macam mana aku nak proceed dengan hidup aku ni? Ada keperluan ke untuk aku proceed ke arah perkahwinan?

I mean I have to kalau nak ada zuriat sendiri tapi layak ke aku jadi ibu? Bersediakah aku nak jadi ibu? Dan berkahwin tu pun tak menjamin zuriat, so what if aku kahwin dan tak dapat zuriat?

Mohon sesiapa yang wise dan penuh kesabaran bagi aku sedikit kesedaran jiwa dan minda.

– Anya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *