Salam.
Terlebih dahulu terima kasih kerana menyiarkan confession saya ini. Tujuan saya menulis ini untuk share pengalaman saya ketika bekerja di taska. Saya bekerja sementara sahaja lebih kurang dalam sebulan kerana taska tersebut sudah mempunyai pekerja tetap. Tugas saya hanya sebagai cikgu sementara. Saya rasa tidak adil sebab terbaca banyak cerita buruk mengenai taska, sebab bagi saya bukan semua taska sebegitu teruk.
Saya berumur 23 tahun, belum berkahwin dan baru sahaja menamatkan pengajian dan sedang mencari pekerjaan tetap. Sementara menunggu pekerjaan yang sesuai dengan ijazah saya, saya menjadi cikgu sementara di sebuah taska di Selangor dekat2 area KL. Sebagai anak sulung, adik bongsu pula sekarang masuk tingkatan 5, saya langsung tiada pengalaman menjaga anak kecil. Jika orang lain mungkin ada pengalaman menjaga anak buah, tetapi saya memang tak pernah. Pada hari pertama memang blurr, seawal 7 pagi saya datang ke taska. Selalunya pada waktu pagi tidak terlalu ramai kerana anak-anak tadika akan datang ke taska dalam pukul 11.30 tengah hari.
Pada waktu pagi selalunya saya hanya melayan kanak-kanak taska yang berumur 4 tahun dan ke bawah tidak termasuk baby. Bermacam ragam, ada yang menangis, ada yang nakal, ada yang suka mengusik kawan, ada yang berlari ke sini ke mari. Memang tak menang tangan dibuatnya. Keutamaan saya ialah keselamatan. Sebelum start bekerja, owner berpesan kalau boleh pantau mereka, jangan ada yang terjatuh, tersepit jari, terhantuk, terpukul sebab kanak-kanak ni memang hyper. Dan kebanyakan yang saya jaga pula kanak-kanak lelaki. Hari pertama saya pening nak fikir tak tahu nak buat apa. Tapi apa yang saya perasan kanak-kanak ni memang leka kalau diberi mainan. Sebab tu di taska tempat saya bekerja ni, hanya disediakan mainan lego dan permainan yang memerlukan mereka untuk menyusun dan menyambung. Mainan-mainan lain seperti kereta, anak patung sudah dipesan kepada ibu bapa kalau boleh jangan bawa. Ada juga yang membawanya kadang2, saya terpaksa simpan dalam beg mereka sebab kalau tidak, kanak-kanak yang lain juga mahu permainan seperti itu. Dan yang paling penting, mereka dah di train untuk simpan mainan kat dalam raga mainan. Tidaklah penat saya nak kutip sensorang.
Kalau bab makanan pula memuaskan bagi saya. Kalau breakfast, selalunya makanan yang mudah seperti cucur ataupun biskut. Tengah hari pula nasi lauk selalunya sup ayam ataupun tomyam. Lebih sesuai untuk kanak2. Petang pula sama ada mihun goreng, mee goreng, bubur nasi ataupun cucur. Ada tiga orang cikgu dan kami mempunyai giliran memasak. Oh ya, kalau nak tahu makan tengah hari itu makanan untuk anak-anak taska, tadika yang pulang tengah hari, transit tengah hari dan juga untuk cikgu tiga orang. Kami semua makan lauk yang sama. Tapi kami cikgu-cikgu ni ada juga lauk tambahan seperti sambal memang tak boleh lepas, selera orang dewasa sikit. hehe..
Dan yang best kat sini, macam saya cakap tadi, semuanya berdisiplin sebab dah ditrain dari awal since sebelum saya start kerja. Kebanyakan kanak2 kat sini dah pandai uruskan diri sendiri. Contohnya, masa makan tengah hari, lepas cikgu2 siapkan makanan, cikgu akan susun makanan (makan dalam pinggan) dalam dua barisan yang menghadap antara satu sama lain. Satu barisan untuk perempuan dan satu barisan lagi untuk yang lelaki. Selepas basuh tangan, semua orang kena tunggu sampai semua orang dapat tempat barulah boleh baca doa dan makan. Selagi semua orang tidak habis makan, tidak dibenarkan bangun. Bila semua dah siap, masing2 berdiri sambil bawa pinggan dan cawan sendiri dan beratur depan sinki untuk basuh tangan. Kemudian duduk sekejap di tepi, sambil tunggu orang lain siap, barulah baca doa lepas makan. Manakala yang kanak2 taska yang kecil cikgu2 yang suapkan sebelum kanak2 yang besar makan.
Selepas makan, semua akan tidur dan lebih kurang pukul 3 petang mereka akan bangun dan mandi. Dan of course perempuan dan lelaki diasingkan dalam bilik yang berlainan. Semasa mandi, cikgu yang akan mandikan setiap seorang. Sebab untuk elakkan masa yang lama dan nak elakkan kanak2 ni main air. Bila dah siap mandi, kanak2 yang kecil, cikgu2 yang pakaikan baju dan pampers dan yang besar2 pakai sendiri. Saya nampak mereka ni dah diajar cara2 untuk simpan baju kotor sendiri dalam beg masing2. Ada yang sudah pandai lipat dan kemas baju sendiri. Selepas mandi, mereka akan gantungkan tuala masing2 di hanger dan disangkutkan di tempat yang disediakan. Pada awalnya saya berasa kagum bila memikirkan kanak2 pun sudah pandai mengemas dan menguruskan diri sendiri.
Selepas mandi mereka akan berehat sementara menunggu cikgu menyediakan makan petang. Lebih kurang begitulah rutin harian. Lepas makan, mereka diberi kebebasan untuk bermain sementara menunggu ibu bapa datang. Banyak pengalaman baru yang saya dapat di sini. Daripada tidak pernah pakaikan pampers, mandikan budak, cuci najis, cuci muntah, buat susu, cara nak handle budak2, semua saya belajar di sini. Pengalaman ni membuatkan saya rasa sayang sangat dekat kanak2. Sekarang kalau pergi mana2 dan ternampak budak kecil, mesti ada perasaan mak2 tu. haha..
Apa2 pun saya rasa mungkin bekerja di tempat lain, lain pula caranya. Tapi saya suka kerja di taska ni. Bagi saya, satu hari nanti kalau ada anak sendiri, saya pun mungkin akan menghantar anak ke taska. Saya takkan menyuruh parent saya yang jaga cucu mereka, at least biarlah mereka berehat. Dulu penat jaga anak2, saya taknak memenatkan mereka untuk jaga cucu pula. Lagi satu, saya suka kanak2 yang duduk di taska, kebanyakannya pandai menjaga diri sendiri, ramai kawan2 dan mereka belajar untuk bertoleransi sesama sendiri.
Kalau nak cerita pasal taska ni pulak, dah lama beroperasi, since 2000 kalau tak silap. Owner dia seorang doktor, doktor phd lah, dulu dia bekas cikgu sekolah tapi dah lama berhenti mengajar . Cikgu2 yang kerja kat situ semua ada diploma pendidikan awal kanak2 so diorang pun memang dah biasa nak handle budak. Owner dia tak selalu ada, tapi at least seminggu sekali dia datang buat spotcheck. Setiap minggu jugak akan ada meeting, dia akan tanya kalau ada apa2 masalah. So, just nak advice, kalau ada parent kat luar sana yang risau nak hantar anak2 ke taska, mungkin boleh buat research dulu. Check dulu owner siapa, tanya dengan parent lain yang pernah hantar anak2 kat sana sama ada ok ataupun tak. That’s all from me.
– Miss A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit