Taska Neraka

I nak cerita confession fasal taska neraka. Ini dilalui oleh kawan I, let’s say her name is Siti. Tahun 2007 ayah kawan I, beli rumah kat satu taman ni.

Taman ni sunyi, so memang itu lah yang dia orang nak sebab Siti dengan mak dia ada penyakit kronik. Mak dia sakit jantung and dia ada SLE.

Tapi tetiba ada sorang pompuan datang nak bukak taska. Pompuan ni gi sebar flyer kat postbox semua orang (if I tak silap).

Family Siti tak aware yang jika you tak nak ada taska sebelah rumah you, you kena sign borang tu. Dalam fikiran dia orang if benarkan taska sebelah rumah baru kena sign.

But then taska pun terbina. And you know lah taska bising macam mana kan, dengan bunyi budak menangis tak henti-henti, bunyi music, bunyi cikgu dia berteriak.

Siti cakap dengan I memang dia tak suka bunyi bising tapi mak dia cakap sabar saja lah. Siti cakap rumah lama lagi sunyi dari rumah yang sekarang.

Kesian Siti, I ingat lagi dia sakit sakit still kena pergi library sebab nak study sebab tak tahan bunyi bising dari sebelah rumah. Dia dengan mak dia selalu terpaksa duduk hotel sebab nak hidup aman.

Then tahun 2020 mak Siti diagnosed dengan kanser. Kesian makcik ni dah lah ada sakit jantung, jaga Siti yang sakit ni lepas tu dapat cancer. So makcik ni pun bagi tau lah kat owner taska tu supaya tak bising sangat.

Korang tau dia buat apa? Hujung minggu dia org berkaraoke, tengok movie, jerit kuat kuat.

My friend Siti bengang gila. Dah lah setiap awal pagi staff dia jerit ntah apa hal. Lepas tu selalu Siti dengar staff dia jerkah budak budak yang dibela. Tapi depan mak bapak budak staff dengan owner taska ni bukan main sweet dengan parents.

Mak Siti selalu lah WhatsApp owner bagi tau suruh jangan jerit awal2 pagi (6.30 pagi). Sebab mak Siti baru nak berehat. Orang sakit punya waktu tidur bukan macam orang normal. Pastu owner tu tak reply pun, staff dia pun buat bodoh.

Siti dah lah kerja dengan researcher luar negara so dia kerja sampai 2-3 pagi, lepas tu prepare meeting untuk local office hour pulak, sudah lah nak tidur tak boleh nak berehat tak boleh nak fokus buat kerja pun tak boleh.

Satu hari tu dia sound orang taska tu, and siap warning nak report ke PBT. Mak Siti pun dah fed up tak nak bagi muka dah. 13 tahun sudah mereka bertahan dan merana ok!

Then dia org buat bodoh saja. My friend betul- betul report ke PBT.

Awal tahun ni PBT panggil Siti dan owner taska untuk bahas fasal kebenaran untuk taska tu beroperasi untuk tahun seterusnya. My friend jadi pihak pembantah, owner taska jadi pihak pemohon.

So pihak pembantah kena hujah dulu sebab- sebab dia bantah ada taska sebelah rumah. So lepas Siti dah habis bahas point dia, tiba giliran owner taska pulak, si pemohon.

You know apa pemilik taska tu cakap.

“Saya tak da buat bising macam tu. Entah dia ni berhalusinasi ke. Saya pernah nampak dia kejar ayah dia nak bunuh ayah dia”. (Dalam mode acting victim).

Eeehh, melampau gila fitnah my friend macam tu. My friend ada bukti and saksi kot! Pastu sepanjang sesi memohon tu pemilik taska tu cuma bash Siti saja. Dia cakap Siti emotional lah, tak boleh tolerate lah macam2.

Eh, orang tu dah tolerate berbelas tahun kot! Dia orang dah merana dengan sampah kau, dengan parents blok rumah dia orang setiap hari, dengan jeritan budak 5 Hari seminggu dari 6;30 pagi sampai 6 petang , dengan kau punya bising lagi.

Sudah lah tak berterima kasih, tak minta maaf, lepas tu memfitnah menjatuhkan maruah kawan I pulak tu. Dia tak tahu siapa kawan I tu sedap sedap saja fitnah.

Just because kau duduk sebelah rumah, kau rasa kau kenal lah? Dalam tempoh 13 tahun ni kau berbual dengan dia tak sampai 10 Kali pun dah claim kenal. Kot kau yang berhalusinasi!

Lepas tu dia sikit pun takda empati pada mak dan Siti yang sakit. Dia cakap dia pun kanser survivor, boleh buat taska lagi. Takkan nak duduk rumah monyok.

Eh, kurang ajar gila. Kau ingat Siti dengan mak dia duduk rumah makan tidur monyok saja ke. Kau hebat sangat lah bina taska menganggu hidup orang lain?

Kalau kau rasa Siti tu gila, nak bunuh bapak dia, bukankah bahaya untuk bina taska sebelah rumah dia? Kot kot nanti Siti bunuh budak dalam taska macam mana? So, why not kau berambus sekarang?

For your information, rumah kat kawasan taman Siti tu semua unit perumahan bukan unit komersial. PBT bagi bukak taska atas dasar toleransi untuk memudahkan mak ayah kawasan taman.

Tetapi sekiranya kau dah menyusahkan orang lain, kau takda hak berada disitu, kerana hak tuan rumah iaitu Siti lebih besar. Sudah lah kau menyewa. Tapi kau punya lagak macam kau tuan rumah.

Siti cakap, dia rasa macam dia pulak yang menyewa sebab sepanjang 13 tahun ni mak dia asyik nak kena minta jangan bising sangat, minta kerjasama, dah jadi macam peminta sedekah pulak!

Siti pernah cerita pada I, sebelum ni ramai parents dengan budak datang cerita buruk fasal taska ni. Even jiran lain pun ada cerita. Well, dunia ni kecik. Tapi itu lah, Mak Siti selama ni suruh sangka baik saja. Tapi sekarang mak Siti pun dah fed up. Cukup cukup lah!!

Korang yang hantar anak kat taska tu, PLEASE PLEASE PLEASE jangan mudah tertipu dengan kepalsuan sweet taska owner and staff.

Takkan anak nak mati baru kau orang nak berjaga- Jaga.

Also kalau korang nak bina taska, pergi lah bina kat unit komersial. Kat rumah kedai. Setiap kawasan perumahan ada unit komersial disekitar dia.

Jangan nak buat duit saja, nak yang murah yang mudah. Hidup kalau menyusahkan orang tak berkat ok! Contohnya kisah yang aku kongsi ni.

Paling penting, kalau ada orang nak bina taska sebelah rumah, and kau tak nak, kau kena sign borang tu cakap kau tak nak.

Kau tak tahu esok lusa kau yang sakit, atau nak kena jaga mak bapak kau pulak sakit, or anak kau sakit, then kau nak berehat kat rumah tak boleh.

Sia sia saja beli rumah beratus ribu, bayar cukai setiap tahun, tapi rumah bunyi macam circus. Kau ingat once dia org dah bina business dia orang nak blah? Sesetengah manusia kalah pelesit ok!

Btw, aku dah arrange lawyer untuk Siti. Lawyer cakap fitnah owner taska ni memang jelas dan memang boleh buat saman malu.

Sometimes kita kena ajar orang ni, kalau tak dia orang akan terus memfitnah. Jangan bagi pemfitnah ni berleluasa. Kita tunggu dan lihat what’s next in store.

– Elina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *