Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih atas post ‘Aduan Kepada Penjawat Awam’ sebab triggered aku untuk tulis di sini. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/aduan-kepada-penjawat-awam/).
Semenjak memulakan tugas di jabatan kerajaan bermula tahun 2018 yang lepas, aku dah terima banyak aduan tapi kebanyakkannya melalui surat layang. Hanya 1 atau 2 aduan yang diterima melalui saluran yang sepatutnya (SISPAA).
Aku kecewa dengan mentaliti masyarakat kita sebab suka betul guna surat layang. Tak professional. Dahlah tak bagi info tepat untuk kita reach dia semula, tuduhan pulak terlalu umum, tiba-tiba terima lagi surat layang kata tak ada tindakan diambil a.k.a kita ni tak function.
Wahai pengadu budiman, bantulah kami untuk kami bantu anda.
So, points yang nak disampaikan disini. A, B & C.
A. Tahu saluran aduan anda.
Setiap jabatan ada sistem aduan bersepadu iaitu melalui SISPAA. Gunakan channel tu. Tak payah susah-susah hantar e-mail sampai ke menteri. fyi, it’s long way to go untuk sampai peringkat siasatan and punishment action. Nak cepat, terjah balai polis, SPRM. Cepat dan dorang expert.
Latest, ada yang gigih buat fake medsoc account dan suruh pak menteri siasat pegawai ni. Aduhai…*tepuk dahi. Dahla mencuri identiti orang lain. Beraninye la hai. Conclusion untuk point A. Nak cepat, pergi balai buat report polis.
B. Betulkan niat.
Kenapa mesti kena guna surat layang guna fake e-mail account (sebab itu favourite things done by masyarakat low minded). Bukan apa, surat layang ni umpama ‘baling batu sembunyi tangan’.
Kalau genuine sesuatu aduan tu baguslah, tapi dari 100 surat layang, cuma 1 saja yang dibuat dengan niat suci hati nak membantu tingkatkan kualiti perkhidmatan awam. Yang lain-lain cuma dengan motif:
1. put the blame to others;
2. insecure;
3. busuk hati;
4. tak nak bertukar or refuse dengan job rotation;
5. mental…. dll.
The list goes on and on…
Kepada pengadu-pengadu budiman. Sekali lagi aku nak minta jasa baik korang, sebelum menulis surat layang tu, tolonglah tengok cermin, tanya diri anda, “betul ke apa aku nak buat ni?”.
Tolonglah at least ambik air wudhuk sebelum menulis, pastikan aduan-aduan anda adalah berkualiti dan genuine. Bukan dengan niat SUCI HATI menjatuhkan orang lain yang betul-betul laksanakan tugas dengan komited dan sentiasa mengikut arahan semasa.
Back to the topic.
C. Tatacara menulis aduan.
Kalau anda memilih untuk jadi unsung hero (termasuk surat/e-mail layang) , mohon jasa baik anda untuk sertakan maklumat berikut dalam aduan anda:
1. Maklumat yang tepat mengenai pegawai. Contohnya: nama pegawai, tempat bertugas pegawai.
2. Maklumat yang tepat mengenai diri anda. Supaya senang kami nak reach untuk dapatkan detail maklumat yang anda tahu, and bagi jawab semula aduan anda. Btw, berani kerana benar beb.
3. Maklumat yang tepat mengenai aduan dengan gunakan model 5W1H.
Contohnya: Apa yang berlaku? Dimana salah laku berlaku? Bagaimana kesalahan tersebut dilakukan? Bila kesalahan dilakukan? Siapa yang terlibat? – sebutkan nama-nama yang terlibat sebangai saksi ke, tolonglah. Kenapa aduan tu dibuat? – nyatakan niat SUCI HATI anda.
Aku nak muntah baca surat layang yang terlalu umum, contohnya: pemandu dekat selangor salah guna kad inden jabatan, mohon siasat.
Bro, kalaulah buku log kenderaan tu boleh khatam dalam 1 hari. Pastu kau expect aduan kau tu dijawab dalam masa 7 hari.
Kau ingat orang lain takde kerja lain ke? Semata-mata nak gali maklumat untuk jawab aduan kau tu. Menyusahkan. Kan senang kalau mention at least nama pegawai yang buat onar tu and nama-nama pegawai yang terlibat siap-siap. Orang yang takde kaitan boleh teruskan tugas masing-masing.
All in all, ingat 3 point sini.
A. Tahu saluran aduan anda.
B. Perbetulkan niat suci hati anda.
C. Tatacara menulis aduan.
Sekian.
– Saya yang menjalankan amanah. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit