Taubat Seorang Gay

Ya Allah dengan rahmatMu aku memohon agar dengan penjelasan aku di dalam karangan ini mampu membantu umatMu yang ingin bertaubat ke jalan yang benar dan diredhaiMu. Semoga dengan penjelasan ini dapat membantu mereka untuk bertaubat dengan lebih cepat dan mudah.

Karangan ini akan menceritakan:

1. Permulaan perasaan
2. Perjuangan demi Allah S.W.T.
3. Dugaan yang terbesar dialami
4. What’s next?
5. Kesimpulan

– 1. Permulaan Perasaan

Seiring dengan tajuk ‘Taubat Seorang Gay’ menceritakan tentang hidup aku yang dari kecil sudah menjadi seorang gay. Dari kecil iaitu dari umurku 11 tahun lagi aku sudah memiliki perasaaan sebagai seorang gay kerana waktu itu aku bersekolah asrama untuk darjah 5 dan 6. Pada waktu itu aku masih belum memahami sepenuhnya apa maksud perasaan gay aku itu kerana masih kecil dan tiada pengalaman. Punca wujudnya perasan gay tu adalah daripada kelakuan aku dan kawan-kawan aku yang suka bergurau sesama sendiri. Bergurau di antara lelaki yang suka pegang memegang kemaluan orang lain. Sebenarnya gurauan ini bagi aku adalah biasa sahaja pada waktu itu kerana orang sekeliling seperti memahami yang itu hanya sekadar gurauan untuk gelak tawa sahaja. Tetapi lama kelamaan perasaan untuk mahu lebih itu timbul dan hari demi hari aku dan kawan-kawan aku mahu bergurau dengan lebih lagi.

Lebih-lebih lagi kawan-kawan yang tinggal bersama di asrama, kami akan sentiasa bersama dan kerana asrama kami kecil sahaja pada masa itu. Maklum la asrama untuk pelajar sekolah rendah sahaja. Di asrama inilah bermulanya aku menjadi gay. Sehingga sekarang aku rasa aku dan seorang kawan aku sahaja yang pasti gay kerana kami pernah bersama waktu kami darjah 6 tetapi kawan-kawan aku yang lain aku x pasti. Sehingga sekarang aku rasakan memang ada senior tau kawan aku yang lain pada masa itu yang gay sehingga sekarang kerana kami bergurau bersama-sama dan ada di antara mereka yang bergurau jauh lebih teruk berbanding aku. Walau bagaimana pun, ada juga di antara kami yang sekarang sudah kahwin dan aku yakin yang dia tidak menjadi seorang gay.

Baiklah, itu adalah cerita permulaan aku memiliki perasaan menjadi seorang gay. Untuk pengetahuan kalian pembaca, dari dahulu lagi iaitu dari sekolah rendah ini sehingga sekarang, secara jujurnya aku adalah seorang yang menjaga solat, sopan berkata-kata dan kadang-kadang rajin mengaji. Aku tahu betul salah dalam agama. Berbanding kawan-kawan yang lain yang aku tahu, Alhamdulilah solat aku masih terjaga walaupun banyak rongaknya (terlepas waktu tetapi diganti dengan solat Qadak).

– 2. Perjuangan demi Allah S.W.T

Tidak dinafikan semasa aku berumur pertengahan 20an aku agak aktif dalam hubungan gay ini kerana aku sudah mula bekerja dan berani untuk berjumpa orang. Lebih-lebih lagi apabila aku sudah tahu wujudnya apps khas untuk golongan gay ini seperti Hornet, Grindr, Blues dan lain-lain lagi. Walau bagaimana pun perasaan serba salah aku sentiasa ada. Memang seronok dalam hal-hal gay ini tetapi aku tahu benda ni salah. Sebelum main memang seronok dan perasaan suka tu amat tinggi sangat.

Tetapi selepas habis main perasaan serba salah itu akan bertambah-tambah banyak lagi. Di sini lah aku akan beribadah dengan lebih lagi iaitu dengan mendirikan solat sunat taubat, membaca Al-quran dan solat-solat sunat yang lain. Aku percaya orang lain pun melakukan hal yang sama terutama mereka yang menjaga solat. Peliknya, bertaubat macam mana pun aku, perasaan nafsu syahwat aku akan datang semula. Sehinggakan aku akan cari lagi scandal yang baru dalam apps-apps gay. Di sinilah aku sedar dan yakin bahawa sudah tiba masanya untuk aku berkahwin, bahkan aku yakin yang aku ni sudah dikategorikan sebagai wajib kahwin.

Seteruk mana pun aku dalam dunia gay ini, aku memang tidak boleh tinggalkan solat aku. Walau pun selalu juak terlepas waktu subuh dan isyak tetapi aku tetap akan solat qadak. Aku kategorikan diri aku sebagai bisexsual kerana sesuka mana pun aku dalam dunia gay, aku tetap mahu berkahwin dengan wanita solehah. Aku tahu aku x layak untuk hidup bersama wanita solehah tetapi aku tetap tidak akan berputus asa untuk bertaubat.

– 3. Dugaan yang terbesar dialami

Di sini aku ingin menceritakan dugaan yang terbesar dalam hidup aku. Dugaan ini aku alami betul-betul selepas aku berkahwin. Bagi seorang yang gay atau bisexsual untuk berkahwin adalah sesuatu yang amat merisaukan diri. Walaupun aku yakinkan diri dengan solat, doa dan membaca Al-quran, tidak bermaksud aku ni betul-betul bersedia dari segi rohani dan jasmani.

Jangan salah faham, pada waktu ini aku betul-betul berdoa dan yakin pada Allah yang aku akan mampu bertaubat nasuhah untuk berhenti dengan aktiviti-aktiviti gay ini. Tetapi aku ini lemah dan ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara-perkara yang baru. Firasat aku memang betul, semasa nikah aku rasa pelik sangat. Seronok memang seronok tetapi aku tak nafikan yang bila aku peluk isteri aku dan mencium isteri aku, aku akan rase pelik dan rasa sangat tidak biasa.

Senang cakap, aku lebih suka kalau isteri aku tu seorang lelaki. Semua perkara akan jadi jauh lebih mudah. Ada juga masa aku berharap yang Malaysia ini akan menjadi seperti negara-negara USA dan UK yang mana mereka membenarkan perkahwinan sesama jenis. Tetapi aku tahu, jika satu hari nanti kalau Malaysia tiba-tiba jadi begitu (walaupun aku yakin tidak akan jadi) aku akan jadi salah seorang yang akan membangkang kerana ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Bagi aku agamalah segala-galanya tetapi adalah menjadi kelemahan aku dan ujian utama untuk diri aku dalam melawan ujian perasaan gay aku ini. Aku yakin perasaan gay yang ada pada aku ini tidak akan hilang kerana ia adalah ujian utama yang Allah berikan kepada aku. Sama juga kepada semua insan-insan gay di luar sana. Mereka yang tidak gay (straight), mereka tidak akan faham perasaan kita. Terutama bila waktu kita mahu bertaubat. Hal ini bukan sesuatu yang mudah. Walaupun mereka kata doa banyak-banyak, kawal nafsu, tetapi mereka tidak tahu bertapa susahnya untuk mengawal perasaan ini.

Berbalik kepada dugaan terbesar aku, secara jujurnya dugaan aku adalah aku tidak mampu untuk bersama-sama dengan isteri aku pada waktu malam. Walaupun kami tidur bersama dan walaupun aku sudah cuba dengan bersungguh-sungguh tetapi aku tidak mampu. Waktu ini aku sangat sedih, stress dan sangat malu terhadap isteri aku. Selama 3 bulan aku berperasaan ini kerana selama 3 bulan ini lah aku x mampu memberi nafkah batin kepada isteri aku.

Percayalah malam pertama akulah yang mengajak isteri aku untuk bersama kerana aku mahu cuba dan kerana memberi nafkah batin itu adalah wajib. Jadi selemah mana pun aku, ku tetap mahu mencuba. Tetapi semua usaha aku gagal. Aku sudah cuba tengok porn (straight porn), memakan supplement, guna gambir Sarawak, gambir emas dan juga viagra. Semua ini ku sudah cuba tanpa pengetahuan isteri aku. Walaupun harganya mahal, tetapi aku amat komited untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah aku ini.

Tetapi semua usaha aku gagal. Di sinilah aku hampir berputus asa, murung dan amat tidak bersemangat. Kehidupan aku sangat tidak tentu arah dan sangat memenatkan. Sehinggalah aku berjumpa dengan scandal aku yang juga sudah berkahwin. Aku menceritakan masalah aku pada dia kerana aku memang percaya pada dia kerana die pun sudah berkahwin dan seseorang yang menjaga solat dan lebih warak orangnya. Die mencadangkan kepada aku untuk cuba biasakan menonton video porn straight tanpa pancut dan juga pergi bercuti bersama-sama isteri. Pada mulanya aku ingat dia suruh aku menonton straight porn sehingga pancut, rupanya tidak.

Hanya menonton. Paa mulanya seronok juga straight porn ni kerana suaranya dan aksinya menarik juga. Lebih-lebih lagi kalau lelakinya yang hot. Jadinya aku cuba biasakan dengan menonton straight porn ini tanpa pengetahuan isteri aku. Tetapi bagi aku, kesannya masih belum cukup kuat kerana pada masa ini aku sangat malu dengan isteri aku sehinggakan mahu tidur sahaja aku akan risau dan fobia kerana teringat perasaan malu selepas mencuba dan tidak berjaya untuk bersama isteri aku. Untuk pengetahuan pembaca, kalian mungkin boleh agak bagaimana perasaan malu aku pada waktu itu, tetapi sehingga kalian tidak merasainya sendiri, hanya Allah sahaja yang tahu bertapa malunya perasaan aku pada masa itu.

Perlu saya ingatkan bahawa isteri tidak akan tahu macam mana perasaan kita pada waktu itu. Dia bukannya seorang yang gay. Hanya kita (aku) yang ada perasaan gay itu. Sehingga kan isteri aku cakap yang aku ni tidak ada perasaan terhadap dia. Sejujurnya aku memang tidak ada perasaan untuk bersama dengan dia tetapi tidak bermaksud aku tidak sayang dia. Aku memang mahu bersama dengan isteri aku, teramat mahu sangat tetapi pada waktu itu aku tidak mampu. Aku tidak tahu kenapa tetapi nafsu aku tidak ada waktu ingin bersama dengan isteri aku. Bukan sekali dua aku cuba tetapi masih juga tidak mampu.

Waktu ini aku sangat stress dan malu. Aku tak menjangka perkara ini akan jadi macam ini kerana dalam dunia gay aksi diranjang aku agak boleh tahan dan kebanyakan scandal aku mengatakan alat kelamin aku agak besar. Oleh itu, walaupun aku tidak pernah bersama dengan seorang wanita, tetapi dalam fikiran aku agak yakin yang aku mampu lakukannya. Sungguh sekali tangkapan aku salah kerana Allah itu maha besar dan Dia boleh melakukan apa sahaja yang Dia mahu. Selama 3 bulan Allah menduga aku. Selama 3 bulan ini lah aku murung, stress dan asik fikirkan cara untuk melarikan diri sahaja kerana malu. Aku adalah seorang yang sangat berfikiran positif dan mampu untuk memotivasikan diri sendiri dengan mudah tetapi untuk ujian Allah kali itu, aku hampir kalah kerana ianya amat sukar dan pedih. Ya Allah sesungguhnya aku ini hamba-Mu yang amat lemah, ampunkan dosa-dosaku ya Allah.

Masuk bulan kedua perkahwinan aku dan dalam masa aku diduga dengan masalah kelamin aku, aku berkata pada diri aku yang aku kena cari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah aku ini. Aku bekerja keras dengan usaha aku membeli ubat-ubatan dan supplement seperti yang aku dah cakap tadi. Setelah berusaha, aku kena banyakan berdoa dan beribadah. Aku perbanyakan ibadah aku dengan mencuba untuk solat 5 waktu di masjid sebanyak yang mungkin. Alhamdulilah mudah aku solat tepat pada waktunya di masjid. Walaupun solat subuh di masjid masih jarang tetapi aku masih mencuba. Setiap kali selesai solat wajib, aku akan menunaikan solat sunat taubat/ istikharah/ hajat atau bak’diah. Juga kadang-kadang aku berjaya untuk solat sunat tahajud pada waktu awal pagi. Bukan tahajud sahaja, solat sunat tasbih juga aku berjaya, Alhamdulilah. Ku nasihatkan kepada para pembaca yang ingin bertaubat, kuatkanlah iman dengan cuba untuk mendirikan solat sunat tasbih.

Solat sunat ini memang lama (hampir 45 minit – 4 rakaat) tetapi InsyaAllah, kau kan berasa puas dan sungguh nikmat dengan usaha kau itu. Semasa menunaikan solat tasbih tu, kena sentiasa bersabar dan jangan terburu-buru kerana ianya akan membuat kalian lebih cepat penat. Aku sendiri pada mulanya tidak menjangka yang aku akan menunaikan solat sunat tasbih lagi pada waktu itu kerana solatnya memang lama tetapi selepas aku kuatkan diri, Alhamdulilah usaha aku berbaloi. Bagi meraka yang kemungkinan ada mengalami masalah yang sama dengan aku, berikut adalah cara aku berusaha dan berdoa supaya aku tabah hadapi dugaan Allah ini:

USAHA:

1. Supplement seperti Vimax, Viagra, Gambir Emas, Gambir Sarawak.

2. Jaga kesihatan badan dengan banyakan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

3. Banyakan masakan sayuran hijau.

4. Kepada pemain-pemain gym yang ada mengambil steroid, bagi aku steroid kemungkinan besar tidak memberikan masalah ketara dalam hal ini kerana ada kawan gym aku yang mengamalkan steroid tetapi mudah saja untuk die mendapat anak selepas dia berkahwin. Walau bagaimana pun, tidak salah untuk berhenti sementara masalah yang kita alami tu selesai.

5. Kurangkan minum air berais.

6. Banyakan makanan yang mampu membanyakkan air mani seperti bawang merah, sayur-sayuran, kacang, susu segar dan lain-lain.

7. Cuba kurangkan pancut bersendirian, walaupun aku tahu hal ini sukar tetapi cubalah sedaya upaya kerana air mani kita tu adalah hak untuk kita bagikan kepada isteri kita sahaja. Juga dengan tidak pancut bersendirian, dapat menaikkan lagi nafsu untuk bersama kerana sudah lama tidak merasai nikmat pancut.

8. Sentiasa jaga hati kedua-dua ibu bapa (Selalu jumpa dan duit bulanan kepada ibu bapa jangan pernah lupa).

9. Pergi honeymoon/ bercuti ke mana-mana yang sesuai dan romantik.

10. Rajinkan untuk bernazar (Contohnya, aku bernazar untuk mampu tidur bersama isteriku) jadi jika nazarku ini termakbul aku akan:

a. Sujud Syukur 3 kali.
b. Solat sunat Taubat.
c. Solat sunat Istikharah.
d. Solat sunat Hajat.
e. Solat sunat Tasbih.
f. Solat sunat Dhuha.
g. Berpuasa sehari.

11. Layari/google blog-blog bekas gay yang sudah/ingin bertaubat

DOA:

1. Tunaikan solat wajib 5 waktu di masjid.

2. Banyakkan solat sunat.

a. Solat sunat taubat.
b. Solat sunat istikharah (memohon petunjuk Allah cara yang betul untuk menyelesaikan masalah/ dugaan).
c. Solat sunat hajat.
d. Solat sunat Tahajjud.
e. Solat Sunat tasbih.
f. Solat sunat Dhuha.

3. Membaca Al-quran.

a. Surah Al-Mulk.
b. Surah Yassin (Baca bersama-sama jemaah masjid dengan membawa sebotol air 1.5L untuk dijadikan air yassin – minum air yassin sambil berdoa kepada Allah).

4. Banyakkan dengar music islamic.

5. Banyakkan berzikir sentiasa especially apabila perasaan gay tu tiba-tiba datang.

6. Berdoa dengan bersungguh-sungguh di dalam setiap sujud (antara masa yang mustajab untuk berdoa).

Alhamdulilah dengan izin Allah S.W.T. selepas 3 bulan, aku dah boleh bersama isteri aku. Bagi aku ia bukanlah mudah kerana kena try and error tetapi ia sangat memuaskan. Para pembaca yang ingin bertaubat, percayalah ianya amat memuaskan. Selepas dinasihatkan oleh scandal aku (yang mana juga sudah bertaubat) dia mencadangkan aku untuk pergi bercuti bersama-sama isteri aku. Scandal aku ini tidak ada masalah seperti aku tetapi dia berusaha untuk mendapatkan anak dengan pergi bercuti bersama-sama isteri dia dah Alhamduilah isteri dia mengandung selepas balik daripada bercuti. Oleh itu, aku pun pergi bercuti bersama-sama isteri aku. Selama 4 hari 3 malam kami pergi. Malam pertama dan kedua masih biasa-biasa sahaja kerana aku masih nervous tetapi masuk malam ketiga aku tekadkan diri untuk mencuba juga dan Alhamdulilah aku dah berjaya. Waktu ini aku amat bersyukur pada Allah, syukur sesyukurnya yang teramat sangat.

– 4. What’s next?

Jadi selepas lalui dugaan terbesar dalam hidup, what’s next for me? Sesungguhnya di masa ini lah aku sedar di sebalik dugaan selama 3 bulan ini, ada hikmahnya. Aku sekarang jadi suka sangat solat tepat pada waktunya di masjid. Kalau x sempat pun aku akan cuba untuk solat berjemaah. Aku hanya akan solat di masjid bile isteri aku tiada rumah tetapi jika isteri aku ada bersama kami akan cuba sedaya upaya untuk berjemaah bersama-sama. Selepas 3 bulan juga inilah aku perasan yang dalam hidup aku, aku sememangnya mengambil masa selama 3 bulan untuk betul-betul menyesuaikan diri dalam kehidupan yang baru atau pun tempat yang baru.

Selepas 3 bulan ini juga lah aku semakin selesa dengan isteri aku, kadang-kadang rasa kurang selesa tidur sorang-sorang bila isteri aku balik kampung. Wahai rakan-rakan pembaca ku yang ingin bertaubat, tahulah karangan ini merupakan salah satu nazarku jika doaku termakbul untuk mampu bersama-sama isteriku. Adalah menjadi kewajipan untuk aku dengan ikhlasnya berkongsi pengalaman aku ini. Semasa aku lalui dugaan 3 bulan aku ini, aku rajin google blog-blog gay yang ingin dan sudah bertaubat ini. Tetapi sejujurnya tidak banyak yang aku jumpa. Mungkin kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dijadikan dalam bentuk penulisan atau pun ia mengambil masa yang lama untuk membuat penulisan ini. Oleh itu, aku terlintas untuk berkongsi pengalaman aku ini. Walau bagaimana pun, identiti aku sewajibnya perlu aku rahsiakan.

Selepas aku mengarang karangan ini, aku percaya inilah cara terbaik sebagai permulaan dan pemberi semangat kepada rakan-rakan gay di luar sana untuk bertaubat. Adalah menjadi prinsip dan amalan aku untuk tidak mahu sesiapa pun tahu yang aku ni gay/bekas gay. Aku yakin semakin ramai rang tahu semakin susah untuk aku bertaubat. Menjadi gay ini adalah aib aku dan mengapa aku mahu orang lain tahu tentang aib aku. Aku juga yakin, hanya kepada gay yang betul-betul ingin bertaubat sahaja akan berjaya. Seorang gay yang hanya berharap untuk secara tiba-tiba perasaan gaynya akan hilang, percayalah perkara itu tidak akan terjadi kerana Allah maha adil dan Allah mahu umatnya berusaha dan selepas berusaha bertawakal dan berdoa pada Nya.

Nasihat aku kepada rakan-rakan gay ku di luar sana, cuba rahsiakan serahsia yang mungkin berkaitan perasaan gay ini. Hanya jika sudah terkantoi barulah ikhtiar cara yang lain untuk menyembunyikan diri buat sementara waktu sehingga semuanya sudah tenang. Mesti kalian terpikir yang scandal aku mestilah tahu aku macam mana. Ya kalian memang betul, oleh sebab itu kalian jangan bergaduh dengan scandal kalian. Jika kalian player macam aku dulu, settle down baik atau pun just lost contact macam tu sahaja. Aku dulu bukan jenis yang suka bercouple kerana aku tahu satu hari nanti aku wajib kahwin.

Kebaikan untuk rakan-rakan gay yang suka bercouple ni, dari segi kesihatan kemungkinan lebih terjamin dan urang risiko untuk dijangkiti HIV. Walau bagaimana pun berdasarkan pengalaman aku, dalam dunia gay ni amat sukar untuk setia hanya pada satu kerana lelaki ni mahu merasai semua lelaki yang hensem dan kacak yang mereka kenali. Jadi masih ada risiko untuk dijangkiti HIV. Bukan itu sahaja, jika bermain dengan lelaki lain tanpa menggunakan condom, dari segi kebersihan sememangnya kurang sehinggakan kemaluan kita boleh dijangkiti bakteria. Pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat penawar sakit ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana doktor akan tanya macam mana boleh kena jangkitan kuman di situ. Percayalah para pembaca, sepandai mana pun kita berbohong, doktor-doktor ni sudah boleh membuat agakkan kerana lokasi jangkitan kita itu terlalu specific.

Di sini aku nak bagitahu cubalah kalian untuk mengawal nafsu sebaik yang mungkin dan jangan sekali-kali cari gaduh dengan scandal anda kerana sekarang social media amat mudah dan pantas, jadi kalian kena berhati-hati dan jangan ikutkan perasaan. Aku kurang pasti tapi aku yakin yang semua gay-gay di Malaysia ini ada satu sifat semula jadi yang mana tanpa aku sebut kalian pun sudah tahu atau pun perasan. Seteruk mana pun kita ni, kita akan cuba menjaga aib pasangan/scandal kita dengan tidak secara tiba-tiba atau pun secara direct mengatakan yang orang ini adalah gay. Aku percaya pada perkara ini kerana Malaysia adalah negara Islam dan walaupun antara gay tu ada bergaduh tetapi masing-masing menghormati dan menjaga keselamatan diri di antara satu sama lain.

Aku sebagai seorang yang ingin bertaubat, penampilan aku dari dulu betul-betul tidak menunjukkan yang aku ni gay. Walaupun aku suka pergi gym dan badan aku sekarang semakin sasa tetapi aku langsung tidak menunjukkan signal yang aku ini gay. Kena berhati-hati. Aku yakin selepas ini aku akan diduga lagi untuk ke dalam dunia gay ini kerana Allah mahu menguji hambanya supaya hanya hamba yang layak sahaja boleh masuk ke syurgaNya. Ya Allah aku berdoa Kau permudahkanlah ujian kepada ku ini. Sesungguhnya ku hamba-Mu yang amat lemah. Aku berdoa supaya aku mampu menjadikan setiap solat ku semakin sempurna dan ya Allah kau kurniakanlah anak kepada ku secepat yang mungkin. Semoga dengan adanya zuriat ini, hubungan ku dengan isteriku semakin akrab lagi dan segala hanya untuk Mu ya Allah.

Kepada mereka yang tidak berjaya atau masih belum berjaya, percayalah Allah itu dekat dengan kita. Aku tahu perasaan kalian macam mana kerana aku pun sama macam kalian. Janganlah berputus asa, Allah itu maha pengampun. Jika kalian sudah tidak tahan sangat, carilah rakan-rakan gay atau bekas gay kalian boleh luahkan. Percayalah agak sukar untuk kalian bertaubat berseorangan dalam hal ini. Jika scandal anda boleh dipercayai, tidak salah untuk dijadikan kawan tetapi no friend for benefit yer. Jika berwatsapp dengan scandal jangan lupa untuk delete setiap masa semua gambar dan conversation di dalam setiap telefon yang kita guna. Berhati-hati jangan sampai isteri/gf kita terperasan. Untuk mereka yang menonton porn, jangan lupa untuk sentiasa delete search history dan page history dalam telefon ataupun dalam komputer lebih-lebih lagi dalam youtube. Untuk mendapat kepercayaan yang lebih daripada isteri, kita kena benarkan isteri kita untuk selongkar telefon kita pada bila-bila masa. Sebagai semua isteri, kita kenalah jaga kelakuan kita di alam maya juga.

– 5. Kesimpulan

Kesimpulan daripada karangan aku ini ialah:

1. Jangan sesekali kalian putus asa untuk menunaikan solat. Seteruk mana pun kalian, jangan sesekali hendak putus asa untuk tidak menunaikan solat. Setidak lengkap mana pon solat anda, just solat. Solat lah semampu mana yang kalian mampu.

2. Tidak salah untuk masih berhubung dengan scandal anda yang lama untuk dijadikan kawan. Tetapi jangan pula kalian melepaskan nafsu kalian pada scandal kalian ini.

3. Carilah kawan yang kalian boleh percayai. Suka saya nak ingatkan di sini bukan semua perkara kita boleh kongsi dengan isteri dan bukan semua perkara kita boleh kongsi dengan kawan. Oleh itu tidak salah untuk kite mencari kawan yang sama gay dengan kita yag mahu bertaubat sama-sama.

4. Kepada yang ada masalah sama dengan aku itu, banyakan lah solat dan cubalah pergi honeymoon atau pergi bercuti lagi. Biarlah berhabis duit untuk perkara ini kerana aku percaya jika niat kita baik, perjalanan kita, perbelanjaan kita akan sentiasa dirahmati.

5. Adalah teramat tidak boleh untuk sesekali mendownload apps gays yang ada dalam android. Apps ini adalah sangat berbahaya kerana amat sukar untuk kita melawan nafsu, lagi-lagi apabila ada orang yang hensem dan hot mesej kita. Beringatlah mungkin untuk mereka ini masih belum tiba masanya untuk bertaubat atau Allah masih memberi peluang kepada mereka, jadi kalian tidak boleh menyamakan diri kalian dengan mereka. Setiap hamba Allah ada takdirnya sendiri.

6. Juga saya mahu mengingatkan walaupun kalian sudah bertaubat, jangan sesekali menghina atau mengaibkan orang gay yang lain. Perkara ini sungguh tidak di sukai oleh Allah S.W.T.

7. Seperti aku, aku berdoa sangat-sangat agar Allah kurniakan aku anak secepat yang mungkin agar aku dapat mendisiplinkan diri aku dan menjaga kemaluanku daripada tersasar ke dunia gay lagi.

8. Jangan sesekali berkongsi dengan kawan-kawan straight, isteri, keluarga, sanak saudara yang kalian ini gay. Beringatlah insan yang terbaik untuk menjaga aib kita adalah diri kita sendiri.

9. Sentiasa mengingati kematian. Pernah aku berdoa Ya Allah Enkau berikan lah aku penyakit barah kerana dengan penyakit ini aku tahu aku akan mati dan aku yakin yang aku akan betul-betul bertaubat kerana takutnya aku dengan kematian. Cukupkah amalan aku? Ya Allah matikan lah kami dalam penuh keimanan.

10. Kepada insan-insan yang teringin untuk berkahwin tetapi tertanya-tanya sama ada diri kalian ini mampu untuk kahwin atau tidak, nasihat aku adalah kalian perlu serious dalam perhubungan. Ingatlah perkahwinan adalah melibatkan 2 keluarga, jika apa-apa terjadi maka amatlah berisiko. Antara perkara yang rakan-rakan gay boleh bersedia sebelum berkahwin ialah:

a. Cuba menonton porn straight, jika kemaluan anda mampu tegak sendiri disebabkan wanita dan sex itu, maka anda selamat tetapi kalian menghadapi kesukaran maka kalian kemungkinan besar harus biasakan dengan porn straight dan jangan lagi menonton gay porn.
b. Cuba wujudkan nafsu semasa melihat wanita, hanya wujudkan tanpa sebarang sentuhan ya kalian. Practise wujudkan perasaan suka yang lebih mendalam lagi terhadap wanita.
c. Sentiasa melayan, menyayangi dan menghormati ibu bapa kita.
d. Amalkan amalan yang aku lakukan di atas di bahagian USAHA dan DOA.

Dengan ini aku berdoa agar karangan aku ini dpat membantu ramai rakan-rakan gay yang mahu bertaubat. Juga aku berdoa untuk aku dan kalian setiasa dirahmati Allah, diterima taubatnya dan semoga kita digolong antara golongan orang-orang yang beriman.

Aku berharap lebih ramai lagi rakan-rakan gay yang sudah berjaya bertaubat untuk membuat karangan seperti aku ini agar kita dapat belajar dan bertaubat bersama-sama. Hanya kerana Allah S.W.T. Amin….

Assalamualaikum…

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *