Tawa Dalam Tangisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku saja nak share cerita aku sebab dah lama sangat tersimpan rapi dan aku nak benda ni jadi la tauladan dan pengajaran buat kaum Adam dekat luar sana especially yang dah berkahwin dan beranak pinak. Sorry kalau panjang tapi kalau ikutkan cerita sebenar lagi panjang. Cukup baik lah aku dah cut sana sini.

Aku dah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan 2 anak. Suami aku baik-terlalu baik, bertanggungjawab, nafkah tak pernah miss even aku berkerjaya, ringan tulang and tak pernah berkira. Dan aku pun sama, tak pernah berkira pada dia. Suami aku ni kelakar, satu kepala dengan aku. Dia bahan aku-aku bahan dia, dah jadi benda biasa dah dalam dunia kiteorang. Apetah lagi bahan orang lain.. Hahaha. And benda tu la yang buat kiteorang bahagia (cewah).

Tapi kadang2 aku terasa sungguh dengan lawak2 dia especially bab2 poligami even aku tau dia melawak. Kadang2 dia melawak bab poligami ni, aku gelakkan aje tapi malam2 before tidur aku akan nangis kenangkan lawak2 poligami dia sebab aku TRAUMA. Trauma pada kisah silam yang mungkin takkan padam.

Dulu aku pernah hidup bahagia macam family lain, ber-ayah, ibu, sorang abang and adik. Ibu ayah aku memang loving couple. Depan kiteorg adik beradik diaorg selalu mesra2, lovey dovey. Ayah aku sgt2 bertanggungjawab. Ape kami nak semua dia tunaikan. Holiday 2 kali setahun, everyweek shopping.

So, aku nekad masa tu kalau nak kahwin, nak cari macam ayah aku. Lagi pun aku memang anak ayah, almaklumlah anak perempuan sorang. Tapi kusangkakan hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. Ayah aku dapat projek luar dari negeri kediaman kami. So, bermulalah episod pjj kami anak beranak.

Sebelum ayah aku pindah dok negeri lain, dia minta ibu aku berhenti kerja even masa tu ibu aku kerja bagus, Secretary di sebuah syarikat terkemuka. Masa ibu berhenti, ibu dapat pampasan dari syarikat sebab dia ambil vss. Disebabkan ibu dah kerja more or less 30 tahun, so dia dapat berpuluh ribu jugak lah.

One fine day, kad Bank ibu hilang. Ayah suruh call bank terminate kad tu. Ibu buat. Ayah cakap nanti dia bawak pergi Bank buat kad baru, jangan pergi sendiri sebab ayah saje nak temankan. Sampai berminggu2, ayah tak bawak2 ibu pergi Bank sebab dia kata dia terlalu sibuk. Kenapa ibu tak pergi buat sendiri? Sebab ayah bagi ibu duit belanja terlalu cukup.

So, ibu kata tak ade kad Bank pun kami anak beranak boleh survive. Ayah pun dah mula jarang balik. Kalau dulu seminggu sekali, then jadi 2 minggu sekali, ade pernah sampai 2 bulan sekali. Aku mula2 tak syak ape2 tapi bila ayah pergi tempat lain everytime phone dia bunyi, aku dah rasa lain. Aku curi2 tengok password ayah time dia bukak phone. So, malam2 dia tidur aku ambil phone dia and aku cek.

Ada 1 thread message (bukan WhatsApp ye sebab dulu belum ada lagi) nama lelaki tapi pattern chatting macam dengan perempuan; dah makan belum, tengah buat ape, bila nak balik, tak rindu ke bla bla bla. Aku masa tu tingkatan 5, nak spm. Nasib spm tak kelaut pacific. Disebabkan aku dah besar and dok asrama aku buat dek jek dengan harapan ayah aku tak buat lagi lepas dia habis projek and balik ke pangkuan kami.

Sayangnya, harapan aku pada diri sendiri ternyata palsu.. Huhu. Satu hari, surat dari Bank sampai. ‘Urgent’ – front envelope. Aku buka and terus jerit panggil ibu aku. Rumah yang kami anak beranak duduk nak kena sita. Berbulan2 ayah aku tak bayar. Ibu terus call ayah, dia kata jangan risau dia dah kawin dengan pihak Bank. Masa ni bulan puasa. Sebab bulan mulia, ibu percaya ayah bulat2, termasuk kami adik beradik.

Hari berganti hari (few weeks before raya), ayah tak call2. Bila ibu call, dia kata jangan call sebab dia busy. And last sekali ibu call suruh ayah balik sebab nak beli baju raya kami, ayah cakap, “Asyik call suruh balik je. Kang abang tak balik sampai bila2 baru tau”. And yes, slightly after that dia tak balik2- hilang tanpa khabar berita. Dia tukar phone no, dah tukar kerja, even rumah sewa dia pun dah kosong. BTW, kiteorang pernah pergi rumah sewa dia and stayed sana masa cuti sekolah.

Kami jadi zero. We had nothing left except for each other. Rumah kena sita. Tapi alhamdulillah kami sempat pindah and angkut barang2 ke rumah kampung wan (nenek sebelah ibu). Dan paling sadis, ingat tak kad Bank ibu aku? Ayah aku yang ambil. Dia keluarkan duit ibu everyday sikit2 sampai habis. Tapi alhamdulillah ibu ade simpan sikit dalam asb dia, sikit tak banyak. Rupanya2 ayah memang dah pasang strategi siap2 nak tinggalkan kami. Sikit2 dia buat kerja.

Lepas spm, aku dapat masuk U. Duit tak cukup. Pakcik2 (abang and adik mak aku) yang tolong bayar and belikan semua, SEMUA. Terima kasih paklong n pakcik. Jasa kalian akan daku kenang sampai bila2. Abang aku sepatutnya fly oversea, tak jadi fly. Dia kata mana boleh dia focus dekat sana kalau fikir kan ibu and adik2 dekat sini. So, dia decided untuk sambung local. Alhamdulillah JPA approved and dia sambung dekat salah sebuah local uni.

Adik aku pulak, lain cerita. He’s too young to face all this s**t. Dia dengan aku beza 10 tahun. Accident, kata ibu aku. Awal2 lepas ayah aku tinggal kan kami, ibu tinggal dengan family pakcik n makcik aku sebab nak dekat dengan aku and abang aku. Adik aku pun pindah sekolah. Senang kami nak balik jenguk ibu and adik. Ibu kerja customer service dekat 1 company ni. Kerja shift. So kalau shift malam, adik akan tidur dekat ofis ibu sebab tak biase tidur kalau takde ibu.

Orang kata cliche tapi this is reality, bila kita susah baru kita tahu siapa saudara. Adelah conflict dekat rumah pakcik aku yang membuatkan mak aku pindah balik ke negeri asal kami. Ibu dok dengan paklong pulak. Adik pindah sekolah lagi. Ibu pulak kerja dekat company textile. Sebelum dapat kerja dekat company textile tu, ibu kerja kedai makan basuh pinggan mangkuk and potong2 sayur. Ibu takde qualification. She started as kerani je dulu sampai dia jadi secretary to one of the managers.

As predicted, benda cliche jadi balik. Dan conflict2 ni jadi dari ipar duai. Ibu nekad cari rumah sewa. Alhamdulillah dpt rumah Town House yang owner sgt2 baik hati. Masuk tak payah deposit. Terima kasih En. Nordin. Semoga Allah murah kan rezeki selalu. Walaupun Town House, itu lah syurga kami: syurga aku untuk bertahun2.

Untuk pengetahuan kalian, cuti semester or study week aku n abang aku tak pernah ‘kosong’. Kami sentiasa buat part time, even cuti seminggu je. Macam2 part time kiteorg buat; kerja dekat supermarket, hotel, pasar, kiosk, kedai makan-u name it. Tapi dengan duit tu lah aku and abang aku survive (selain ptptn n biasiswa), buat bayar kereta ibu aku, beli peti ais and mesin basuh, barang2 rumah and beli makanan sedap2 untuk adik aku sampai dia gemok.. Hahaha.

Dan sebenarnya, orang yang paling banyak menyumbang dan tolong kami ialah wan aku, orang yang aku paling sayang dalam dunia. Wan aku yang paling banyak bagi support n duit pada kami. Duit belanja yang ibu bagi dulu2 dia jarang usik, dia simpan. Duit tu lah dia bagi kami buat belanja. Duit belanja anak2 dia bagi, kadang2 dia bagi kami anak beranak buat belanja jugak. Terima kasih, wan. Semoga wan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamiin.

Sampailah aku dan abang dah kerja, ibu dapat keluar epf. Aku joined nama dgn abang aku buat loan rumah, ibu bayar deposit. Alhamdulillah dapat lah rumah teres setingkat. Syurga baru kami. Sampai hari ni, aku and abang yang bayar rumah tu (50-50). Rumah yang tak seberapa untuk ibu yang banyak berkorban untuk kami. Abang aku pun banyak berkorban untuk kiteorg masa ayah aku takde. Duit biasiswa dia memang dedicated untuk family, duit gaji part time . Tu sebab rezeki dia melimpah ruah sekarang. Terima kasih, balong, for everything.

Sepanjang almost 8 tahun ayah tinggal kan kami, ade jugak lah cari2 dia. Tapi memang tak jumpa. Family sebelah ayah pun kata ayah tak balik2 kampung. Ibu, abang, aku and adik macam orang gila turun naik Court untuk fasakh ibu. Tapi tulah, undang2 manusia buat ni kdg2 menyusahkan. Bertahun2 tak jatuh2 fasakh, tak paham aku. Sampai lah aku nak kawin, nak taknak kena jugak cari ‘wali’ aku. Sampai mahkamah suruh masukkan dalam paper.

Tapi Alhamdulillah, jumpa weiiiii. Macamane jumpa, biarlah aku and family aku je yang tau. First time meeting him after several years, taktau mcmane nk react wehhhh: nak peluk ke tampo ke sepak ke cium ke tumbok ke tenang ke dodoi ke. Tapi ape jadi masa tu antara ibu, aku, abang, adik and ayah aku pun biarlah menjadi rahsia kami. Rahsia yang takkan aku lupakan sampai bila2 .

Ye, ayah aku kawin lain. Tinggalkan kami demi ‘dia’ (janda anak 3) dengan menjandakan ibu aku yang jugak anak 3. Ape sebenarnya lelaki nak weiii???  Kenapa dia tinggalkan kiteorang? Sebab nak fokus family baru (wakluuuuuu). Bermula dengan tolong cari rumah sewa, tolong berniaga, tolong kewangan sikit dannnn akhirnya, tolong tinggalkan keluarga sekali. Cissskekkkkk.

So, lelaki dekat luar sana, jadilah sombong sikit. Biarlah orang nak kata ape, janji hati keluarga terjaga. Before jadi wali aku, ayah ceraikan ibu dekat court setelah bertahun2 lamanya ibu gantung tak bertali. Kenapa lah seksa ibu sampai mcmni? . Dan benda yang paling aku rasa sedih sampai hari ni, takde sebutir maaf pun keluar dari mulut ayah aku pada kami. None. Yillek.

Aku redha tapi aku tau ibu aku pasrah. Sebenarnya terlalu banyak benda yang berlaku in between. Tapi kang panjang sangat pulak. Kami dengan ayah still contact, which dia akan bawak anak dia yang bongsu (anak dengan bini dia) datang rumah kami everytime raya. Tapi without bini la, kalau tak perang dunia la woiiiii. Orang kata, whatever it is, dia tetap ayah kau.

Ye, memang sebab kau tak berada ditempat aku. Aku boleh memaafkan tapi tidak sesekali melupakan. Dan korang tau yang lagi sadis, family belah ayah tau dia kawin lain and ayah ade je balik kampung sebenarnya. Aku tak paham kenapa nak rahsiakan. Menjawablah korang kat sana besok. BTW, nenek n atok belah ayah aku dah arwah. So yang rahsiakan ni pakcik2 n makcik2 aku lah. Cissskekkkkk jugak kan?

Walaupun benda ni dah bertahun2 berlalu tapi trauma aku pada ‘poligami’ ke ‘kawin lain’ ke takkan padam. Sebab dengan benda ni lah family aku suffered. Tapi dengan benda ni jugak lah we learn one valuable lesson; to be there for each other no matter what.

So, kalau laki aku baca ni dan dia tau ni aku, aku harap kau kurang2kanlah lawak2 poligami kau tu. Aku tertawa dalam tangisan. Aku bukan benci lawak2 tu tapi tak suka.

Akhir kata,

“Forgive others not because they deserve forgiveness but because you deserve peace.”

– Miss Shinoda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *