Tawakal Tu ‘Ala Allah

Assalamualaikum semua.. Dah beberapa kali aku baca confession tentang kabel dan jawatan, hari ni aku nak terang kan sikit konsep tawakal, dan jangan bersedih dengan ke tidak jayaan kita dalam mendapatkan jawatan.

Aku harap sangat di siarkan sebab banyak aku baca orang yang kecewa dengan kegagalan mereka ketika iv kerana kabel katanya.

Buat pengetahuan semua aku berumur 37 tahun, dan mula bekerja sebagai penjawat awam ketika berusia 33 tahun. Sudah agak lewat bukan?

Beberapa tahun sebelom itu, aku memang kerap di panggil temuduga untuk jawatan di dalam kerajaan, tetapi aku tidak minat untuk menghadirkan diri.

Aku suka bekerja di sektor bukan kerajaan kerana boleh berfesyen, kataku ketika itu. Borang diisi oleh ibu dan jugak teman ku ketika itu.

Selepas aku berkahwin, aku hidup agak susah, dan mula terfikir untuk bekerja. Aku mula isi borang dan dapat 2 panggilan temuduga untuk jawatan yang sama dan selari dengan apa yang aku belajar di universiti.

Ketika aku pergi untuk jawatan A, aku ternampak seorang calon bawak surat sokong menteri. Perasaan aku? Haruslah kecewa sebelum berjuang. Rasa sedih, aku pulak ketika itu sedang sarat mengandung, lagi lah sedih berganda2.

Balik dari interview aku menangis dan berdoa, semoga Allah tempat kan aku di tempat terbaik, bersama bos terbaik dan teman sekerja terbaik. Kecewa bukan main, ya.. sebab aku rasa, orang yang ade kabel, pasti berjaya.

Ketika aku ke interview B, hanya 2 orang yang hadir, kerana kami telah menjalani dua ujian telebih dahulu sebelom itu. Dari aku belom hamil, sehingga aku sedang sarat hamil 8 bulan baru di panggil temuduga.

Ketika itu aku juga tidak yakin aku dapat memandang kan aku sedang sarat.. dan ya, aku memang tidak berjaya. Tapi kedua2 kami tidak di panggil langsung. Sedih?

Sangat sedih.. aku mengulang2 doa yang ku baca. Ya Allah, tempat kan di tempat terbaik untuk ku, anak2 ku, suami ku, bekerja di bawah bos yang terbaik, bersama rakan2 yang baik.

Tahun depan setelah anak ku berusia 4 bulan aku mengisi jawatan kosong di tempat lain. Tawakal sangat dihati, ketika anak ku berusia 10 bulan aku di paggil untuk ujian dan temuduga.

Aku baca banyak tips yang di berikan di iium confession, antaranya,

1) Berkurung pesak.

2) Tidak memakai barang kemas yang banyak.

3) Pakai jam.

4) Bermakeup sederhana.

5) Kasut bertutup.

Dan banyak lagi, aku lupa.

Aku pergi pakai kasut buruk, siap mengelupas, aku kilat kan kasut supaya tak nampak buruk, maklumlah, dah 3 tahun bekerja sebagai suri rumah. Duit tak ade nak beli kasut baru. Baju aku pinjam baju ibu saudara ‘kurung pahang’.

Ketika iv aku datang bawak anak berumur 10 bulan, ketika namaku di paggil aku sedang menyusukan anak.

Datang tanpa kabel, sepenuhnya tawakal kepada Allah taala.. yang menjanji kan rezeki mu.. semua calon masih muda hanya aku berumur 30 an dan tidak bekerja.

Rasa macam mahu balik kerana perasaan tidak yakin melihat orang lain..

Panjang pulak cerita hari ni.. tapi aku berjaya dalam inrview tersebut. Alhamdulillah tanpa kabel..

Untuk interview A dulu tu yang dapat bukan yang bawak surat sokongan menteri tu, orang duduk sebelah aku yang dapat..

Sekarang kami berkejasama kerana jawatan kami sama cuma tempat daerah saja yang lain. Alhamdulillah.

Nota:

Oh ye, ketika iv yang terakhir ni, ada yang bawak surat sokongan dari pejabat menteri, tapi dia gagal kerana ketika exam kurang bagus keputusannya.

– Sayap ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *