Hai Semua. Salam Sejahtera atas semua. Aku tulis confession ni lepas baca posting, (https://iiumc.com/hebatnya-
Boleh tak nak bahasakan diri aku? Haha. Sebab nak rasa macam fefeeling confess and share cerita dengan kawan-kawan.
Dulu pernah jugak share pasal asas-asas gadis yang perlu ada masa muda. Tapi tulah. Ada pulak kecam aku jual insurans. Alahai. Haha. Aku tak jual insurans pun ya.
Ok back to topic. Aku nak agreed dengan Melur pasal tawakal. Ringkas pasal aku. Anak sulung. Approaching 30’s. Masih bujang. Ada kerjaya sendiri.
Alhamdulillah aku dikelilingi dengan social yang baik. Even if aku terjumpa sebaliknya pun, aku jenis suka turn something bad to positive. So aku rasa alhamdulillah nikmat ke unian aku rasa baik-baik je yang datang kat aku. Alhamdulillah syukur…
Tawakal kes 1.
Aku ni jenis suka “gamble” and langgar je daripada kecik. So teringat masa form 4. Aku ni sibuk berniaga (bawah program usahawan muda). Tapi pelajaran aku tak bubuh belakang laa. Cuma takda la perform sangat.
Aku start hujung form 4 baru start ligan balik pelajaran form 4 untuk persediaan form 5. Sebabnya aku fikir masa tu. Aku nak dapatkan some result yang boleh la happykan parents masa tu. Masa tu aku duk fikir pasal parents je la apa-apa aku buat tu kan.
Nak kata IQ aku ni tinggi melangit idak la. Tapi alhamdulillah berkat tawakal aku nak happykan parents tu. Allah makbulkan. Takda la banyak. 8a dari 11 subjek. Semua untuk parents. Syukur sangat.
Tawakal kes 2.
Parents aku ada yang sakit. Ada yang sakit daripada aku zaman belajar. Ada yang baru ni sakit jugak sampai kena operate. Serius tahun 2020 sangat mencabar bagi aku.
Jadi aku jenis tak berkira la nak keluarkan duit simpanan tu untuk rawatan sampingan depa. Aku tawakal je. Setiap kali aku keluarkan duit tu utk perubatan dan keselesaan depa tu. Aku mesti cakap kat Allah dalam hati.
‘Ya Allah, aku yakin ada yang Kau gantikan nanti dalam bentuk lain. Aku redha. Ya Allah syukur sangat. Sebab banyak kesulitan aku dipermudahkan dengan jalan penyelesaian yang baik.’
Tawakal kes 3.
Aku jenis bagi duit kat adik2 tiap bulan, sikit atau banyak bergantung kepada kemampuan poket bulanan aku. N jenis wajib beli barang dapur (selalunya belikan stok untuk parents barang2 basah untuk 2 minggu terus) kat kampung.
Aku terbiasa macam ni sebab parents ajar macam ni. Depa bukan jenis berada sangat pun. Tapi memang tak kedekut la beli barang2 dapur / barang2 basah (lauk) kat atok nenek (parents depa la, atok nenek aku) setiap kali balik ke kampung sampailah atok nenek meninggal.
Parents kata check dapur mak ayah kita cukup ka dak makanan depa tu. Kalau tak mampu, hulur lah duit ikut keperluan. Pastikan beras depa cukup. Minyak cukup. Jadi asbab daripada tindakan tu. Aku rasa banyak yang Allah mudahkan laluan untuk apa yang aku hajatkan.
Tawakal kes 4.
Aku sejenis suka bawak makanan kucing dalam kereta. Jadi p mana2, ada stray cat/dog. Memang aku bagi salam n bagi makan. Jadi aku rasa depa pun doakan aku yang baik2. Alhamdulillah. Sebab tu aku rasa semua perkara2 baik je berlaku dalam hidup aku walau ada badainya, hehe.
Tawakal kes 5.
Kalau ikut aku antara pekerja yang risiko dibuang kerja dalam pengurusan hospitaliti. Memang fifty-fifty. Tapi alhamdulillah berkat doa semua orang. Masa pkp tadi aku book rumah (jangan follow cara ni kalau tak dak simpanan kecemasan at least 2 bulan gaji). N loan lulus dalam 3 hari.
Aku dapat sign SnP n bank agreement hanya dalam masa 2 minggu. Menangis jugak la masa dapat tau loan lulus. Sebab nya agak tipis peluang aku. sebab gaji bawah RM3k kan. Pastu swasta pulak tu. Dalam industri hotel pulak.
Boss aku siap pesan suh mentally prepared sebab dia tak mampu nak hire aku lagi. Tapi alhamdulillah syukur berkat doa semua sepanjang kepayahan aku cari kerja baru.
Alhamdulillah jugak dalam sebulan. Aku dapat kerja baru dengan kenaikan 20% dan job freelance aku bertambah2 client. Plus exam aku lulus even tak sempat study pun. Hehe.
Alhamdulillah berkat doa parents adik2 ku. Kawan2 semua. Semualah yang aku kenal. Aku tawakal infiniti kepada Dia mohon lapangkan lah apa2 urusan yang baik utk masa depan dan agama aku.
Tawakal kes 6.
Aku seorang yang sangat bercita-cita tinggi. Impian aku nak urus dan milik bisnes sendiri. Jadi aku tengah usahakan dengan business partners aku. Mohon doa ya semua moga jihad perniagaan kami berjaya.
Aku dan kawan2 nak bantu naikkan ekonomi Islam juga khususnya. Tawakal aku infiniti kepadaNya semoga impian aku dan kawan2 berjaya. Alhamdulillah Allah bagi aku laluan on track walaupun banyak jatuh bangun aku dalam memulakan langkah kerjaya.
Slowly but it is sure. Aku suka tengok sikap semut. Aku suka tengok sikap kura2. Rajin. Fokus. Tawakal. Even badan kemetot je. But never underestimate konsep tawakal ni. Cepat atau lambat. He always assist us. Lillahi taala.
Tawakal kes 7.
Aku tawakal last sekali untuk ke 7. Untuk dirikan rumah tangga tahun depan in syaa Allah. Aamiin.
Jadi… selalulah bertawakal sebelum semasa dan selepas usaha dan berdoa. Tawakkaltu aalallah. Gambate!
~Sorry lah jalan cerita tak sedap. Aku harap ada la pengajaran tersirat boleh dapat daripada posting aku kali ni.
Sekian, thanks…
– Cik Pie Manis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit