Assalamu’alaikum.. Kepada warga IIUM Confessions.. Terima Kasih admin kerana sudi siarkan perkongsian saya ini. Saya Cekodok, nak berkongsi sikit tentang kisah tak lain tak bukan…pasal SIHIR. Bila baca kisah2 pasal sihir yg dikongsi warga media sosial, barulah Cekodok tahu rupanya masih kuat lagi benda2 syirik ni membelenggu masyarakat kita. (Alert: Panjang sikit kisah ni)
Dugaan bermula selepas kahwin..Sebelum tu sedikit backstory. Cekodok ramai member lelaki dari perempuan. Cekodok nak tekankan kat sini, “member lelaki” Cekodok tu literally bermakna KAWAN. Means yang jenis Kau-Aku…Bukan skandal ke ape. Cekodok bukan jenis gurly2 sangat, so kadang2 rasa berkawan dengan lelaki ni mudah, diorg tak emo tak tentu pasal, berkasar pon takpe, pastu chill2 je kalau kau lepak dengan member lain tak ajak diorg pon xde hal and also a good listener bila perlu. Bukan bermakna tak suka kawan dengan perempuan, Cekodok ada je best friend perempuan tapi lebih ramai lelaki. Tu je. (Dalam hati Cekodok ade sorang je cinta hati dari zaman sekolah, so tak pernah nak hirau sangat kalau ade orang nak lebih dari kawan ni.)
Part ni penting kerana disinilah bermulanya kesilapan Cekodok. Cekodok masa di universiti memang bawa kereta. Kereta Kancil cenonet aje, second-hand yang Abah Cekodok belikan semata-mata sebab takut anak dia susah nak kemana2 sebab family bukan dekat dengan Uni. Sebab kat uni masa tu berapa kerat je junior yang bawa kereta, ramailah kawan2 (baik perempuan baik lelaki) yg Cekodok angkut naik kereta tu.. pergi makan, pergi balik kelas naik kereta Cekodok. Ada juga Cekodok bagi member guna kereta takat kejap2 tu.
Fast forward, habis degree, Cekodok sambung belajar di univerisiti yang sama. 2 minggu lepas convo terus dapat kerja. So Buat Masters sambile bekerja. Time tu Cekodok frust dengan first love dari zaman sekolah tu. Frust yang tahap nangis siang malam, tak boleh makan. Pergi kerja macam zombie. Masa ni Cekodok mula dekat dengan Allah sebab terlalu frust (dekatkan diri macam mana biarlah antara Cekodok dengan Allah shj). Masa ni Cekodok pohon moga Allah tutup pintu hati Cekodok pada “orang yang salah” dan tunjukkan jodoh sebenar Cekodok. Nak dipendekkan cerita, Cekodok terbuka pintu hati pada someone waktu sambung belajar diuniversiti yang sama. Cekodok dengan suami tak bercinta bagai nak rak pon. Berkawan a few months (kenal waktu sama-sama sambung belajar di universiti yang sama), then dia terus nak jumpa parents, nak serius katanya. Then bertunang, 2bulan lepas tunang terus kahwin.
Kisah bermula… Disebabkan perkenalan kami ni macam tak disangka2, lajunya mcm bullet train Jepun, ramai kawan2 tak tahu cerita kami. Kawan2 terdekat tahu cuma selepas sebulan bertunang (kira sebulan sebelum kahwin). Dan selepas tu lah kami mula bergaduh. Bergaduh dalam kereta kancil tulah. pergaduhan pertama yang agak teruk hanya pasal nak benda remeh. Simtom yang diabaikan.
Selepas kahwin, hari2 bergaduh, rasa benci tengok muka suami. Cekodok keliru sebab Cekodok dah betul2 bertawakkal dan minta petunjuk dari Allah.. Kenapa begini perasaan selepas kahwin. Suami pon cepat melenting. Bila dekat2 rasa “panas”. Still kiteorg tak syak apa-apa.
Cekodok mula miss kerja, pergi kerja lambat. Cekodok masih bawa kereta kancil kesayangan pergi dan balik kerja. Tapi makin pelik, bila pergi kerja, tak dapat sampai office, sejengkal nak sampai, Cekodok uturn, balik rumah, bergaduh dengan suami. Ada time Cekodok drive sorang-sorang, tekan brake kereta tak makan. Hampir langgar belakang trailer. So hantar ke bengkel, peliknya orang bengkel kata nothing wrong dengan kereta. Tapi dia tukar juga apa yang perlu sebab Cekodok bising-bising (fobia hoi brake tak makan). Masuk kali ke 3 hantar bengkel, abang tu siap bawa suami naik, bawa laju dan brake sebab nak tunjuk takde yang rosak. So kami tukar cari bengkel lain. Masih tak mengesyaki apa2.Tapi sama je. Cekodok bawa mesti rasa xkena.
Jerawat beranak2 dimuka, hari-hari gaduh teruk suami isteri, selepas setahun kahwin masih belum pregnant, kerja miss memanjang.. Sampailah ade sekali kami dalam perjalanan balik kampung, berhenti di RNR sebab penat sangat. Kami tertidur.. Cekodok bermimpi agak pelik, lelaki berjubah berdiri sambil memerhati ular hitam, suami Cekodok ada juga dalam mimpi tu, tapi dia berdiri jauh sekadar memerhati. Ular hitam tu pula kejar Cekodok, then dia belit and makan cekodok dari kepala. Tersedar tu terus cerita pada suami Cekodok, dia terus cakap lelaki tu berjubah putih kan? Rupanya dia bermimpi benda yang sama. Since tu mula rasa tak sedap, so kami ada pergi dapatkan rawatan rukyah, dan lebih dekatkan diri dgn Allah. Tapi tidaklah bergantung pada perawat (risau jatuh syirik, eben dengan penggunaan Rukyah, pergantungan mutlak pada Allah tu penting). Selepas tu mula nampak perubahan, Cekodok dapat kerja baru.
Then terdetik nak beli je kereta baru, bagi je kereta kancil tu pada adik. So kami hantar kereta tu balik kampung. Tak sampai sebulan kereta di kampung, adik terkena “gangguan”. Mula-mula kaki dia start sakit waktu bawa kereta tu. Sakit yang kuat dan mendadak. Then tangan mula bergerak2 sendiri dan macam2 lagi lah. Benda2 kecil yang kami buat tak endah. Kemuncaknya, tiba2 satu pagi mak Cekodok call, cerita tentang kejadian yang berlaku malam tu dirumah. Adik mula kena kerasukkan, cakap siam, berguling-guling. Pangill ustaz datang kerumah sebab mak dan abah Cekodok tak boleh buat apa dah, tenaga dia kuat sangat. Ustaz tu berdialog dengan “benda tu” tanya siapa kau, apa kau nak. “benda” tu cakap “aku nak XX… XX taknak aku.. XX kahwin dengan orang lain….” XX tu dia sebut nama Cekodok.. Ustaz tanyala mak dan abah, siapa pula XX ni. Mak dan abah cakap, XX tu kakaknya yang di Kuala Lumpur.. Kemudian ustaz tanya lagi.. datang dari mana… Dia kata “rumah aku.. aku nak balik rumah aku”. Bila ustaz tanya kat mana “rumah” kau… Agak-agak korang kat mana rumah dia? Dia tunjuk bawah…. so ustaz dan mak abah Cekodok follow je adik tu turun bawah, dan yes… dia tunjuk kereta. Bila tanya2 lagi benda tu duduk kat mana……. dia tunjuk satu persatu dalam kereta, ada di gear, brake, cermin mekap, stereng dan few hiasan dalam kereta. siap bumbung bahagian dalam tu mak cerita benda tu seretttt tangan dia sepanjang2 bumbung. Ustaz kata orang yang tuju ni nak XX mati, tapi syukur tak de kejadian buruk menimpa.. Rupanya orang yang tujukan benda tu sapu sesuatu dalam kereta dikawasan2 yang selalu Cekodok akan sentuh dalam kereta. Ustaz pun teruskan dengan rawatan, kereta tu Abah Cekodok buang apa yang boleh buang dari kereta, dan stop bagi adik guna sementara waktu dia nak betul2 ok.
Cekodok memang tak tahu nak syak siapa, kata mak, ustaz pon tak cakap siapa buat sebab kita tak boleh 100% sure pun dan takut jatuh fitnah. Ustaz just pesan dekatkan diri pada Allah. Lepas kejadian tu, kami suami isteri cuba sebaik mungkin baiki diri. Alhamdulillah keadaan sangat-sangat ok selepas tu. Apa-apa2 pun, berbalik pada Allah. Pergantungan hanya padaNya.
Cuma pengajarannya, lebih baik berjaga-jaga dari menyesal kemudian hari. Pemurah sangat pun susah. Disebabkan ramai sangat yang ada access kepada kereta kancil Cekodok tu, tak tahu nak syak siapa (syak bukan utk tuduh, tapi bagi Cekodok, untuk berjaga-jaga dan jauhkan diri dari orang itu). Dan yakinlah kalau kita dah bertawakkal dengan bersungguh pada Allah, Dia akan jaga dan pelihara kita. Cekodok memang amal bila naik kereta, sebelum mula perjalanan biasakan dgn berdoa moga Allah pelihara sepanjang perjalanan pergi dan balik, bertawakkal pada dia dan juga baca Ayatul Kursi. Mungkin amalan tu jadi asbab benda yang lebih buruk tak berlaku, atau sememangnya selagi belum ajal yang dah ditentukanNya takkan ada apa yang berlaku selagi Dia tak izin kan? wallahu’alam. Apa-apa pun semuanya hanyalah ujian dariNya.
Alhamdulillah, lebih kurang 2 bulan lepas kereta tu berada dikampung, Cekodok pregnant. Hubungan dengan suami bertambah baik, tak ada lagi rasa marah nak mengamuk membuak2 macam nak pecah dada tu. Syukur pada Allah. Ujian awal perkahwinan tu juga sebenarnya kukuhkan hubungan kami.
**Adik Cekodok yang jadi mangsa gangguan pun dah ok. Dia ni kesian sikit sebab memang sejenis yang mudah kena kalau ade gangguan2 ni.. macam-macam kisah “gangguan” dia ni. Maybe kisah dia ni Cekodok boleh kongsikan pula bila-bila.
– Cekodok Pisang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit