Assalamualaikum and hi. Saya B (30) ada seorang anak (3) dan sudah berkahwin (27) (2nd marriage). Usia perkahwinan saya masih baru, almost one year.
Maafkan saya jika cerita saya berterabur. Saya cuba ringkaskan seboleh yang mungkin.
Sebenarnya disudut hati saya, saya nak berpisah sebab saya tak boleh hidup dengan manusia yang tidak memikirkan perasaan orang lain, lebih² lagi isteri. Sejujurnya, saya terasa hati dan kecewa. Kenapa?
1. Pemalas : Sebelum berkahwin, awal² saya dah tekankan, rumah adalah tanggungjawab bersama tapi isu dalam rumah a-z saya yang uruskan.
Sebelum, selepas pindah dan sekarang semuanya saya yang uruskan. Susah nak tolong. Saya pun tak faham kenapa susah nak tolong isteri.
At least if dia tolong basuhkan baju dalam mesin basuh yang dah disiapkan dengan dryer pun sudah memadai. Makan minum tak reti nak basuh. Semuanya a-z saya.
Berbincang? Sudah banyak kali tapi sehari dua berubah then buat lagi. Saya tak suka marah².
2. Tak reti jaga hati dan perasaan saya : Tak hormat saya sebagai seorang isteri.
Saya bukan nak puji diri sendiri tapi saya terasa hati, saya perempuan, ada paras rupa, sopan, berbudi bahasa, saya juga buat part time sebagai talent commercial video,
Saya hormat suami saya tapi ada 1 hari, suami saya timbulkan isu nak isteri cantik² dekat rumah.
Selama nie saya selekeh ke? ( saya tanya diri saya sendiri ) tapi tak apa, saya tak marah, saya explain pada dia,
Kadang² saya tak sempat nak cantik² dalam rumah disebabkan saya uruskan semua benda, dia? Tidur, bangun, makan, kawan, lepak, ada kerja kerja.
Suka lebihkan kawan dari semua benda. Tak utamakan isteri dan anak (walaupun bukan anak kandung).
Halau saya dari rumah? Dah banyak kali. Maki saya? Hina saya? Pun banyak kali tapi saya tetap bersabar.
3. Penipu : Dia suka menipu. Saya seorang yang tidak suka pada penipu. Even it hurts me, it’s okay.
Saya boleh terima tapi jangan menipu. Saya tak akan marah kalau bercakap jujur. But saya akan cakap awal² ‘ jangan buat benda yang saya tak suka ’.
Bila dia menipu, akan kantoi tapi saya cuba bersabar dan masih cakap elok² tanpa meninggi suara atau saya diam sebab saya dah malas nak ambil tahu.
Alhamdulillah, isu tentang perempuan belum pernah timbul. Tapi isu lain pula yang timbul.
Jujur saya katakan, dia sebenarnya beruntung dapat perempuan yang boleh terima baik buruk dia.
Dia tak ada rupa yang menarik apa ntah lagi benda lain. Saya tertarik sebab sebelum dia nak dapatkan saya, dia bersungguh² dapatkan perhatian dari saya.
Dia try hard. Tapi lepas kawen, semua tue hilang. Tak ada gurauan senda, sepanjang kawen, dimanjakan pun tak ada, minta kiss dahi pun kena marah (hari² kena kiss ke???)
Selalu biarkan saya sorang² dekat rumah. Kawan penting, hobi penting, isteri tak penting? Jika isteri tak penting, lepaskan saya. Saya tak kesah sebab saya pun tak perlukan suami macam nie.
Berbincang? Sudah banyak kali saya cuba. Berubah? Sehari dua.
Saya tak ambil G***A tapi dia yes dan ubat batuk. Saya tak pernah perlekehkan dia, saya bagi nasihat supaya dia berhenti. Bab nafkah? Setakat nie alhamdulillah.
Banyak lagi membuatkan saya jadi tawar hati tapi saya tak boleh nak luahkan semua benda dalam 1 masa.
Depan orang, memang orang tengok kami macam tak ada masalah sebab saya tak akan tunjuk, saya pura² bahagia dan dia pun melayan saya baik depan orang ramai.
Saya cuba selamatkan rumah tangga saya tapi jika saya seorang yang kayuh dan dia masih sama? Adakah rumah tangga saya akan bahagia?
Oh ya, saya tak pernah rasa bahagia sepanjang saya berkahwin dengan dia. Life saya totally berubah 360 (family dan kawan² saya nampak yang saya nie tak ceria seperti dulu)
Bukan sekali dua tiga saya bagi peluang. Mohon, saya perlukan pendapat/ pandangan. Kami tak pernah solat bersama. Saya selalu tanya dia, bila nak solat? Bila nak imamkan saya?
Hmmm.. Jika minta saya solat istikharah, hati saya memang kuat mengatakan berpisah tapi dia tak nak lepaskan saya, apa yang perlu saya buat.
Terima kasih.
– B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit