Assalamualaikum buat semua pembaca iiumc… Sesuai dengan tajuk terlalu panjang sebenarnya untuk aku huraikan.
Aku Ardha kini berumur 40-an. Aku datang membawa kisah rumah tangga yang berlaku dalam perkahwinan aku.. maaf kerana menggunakan medium ini.
Berkali-kali juga aku fikir nak kongsi ke tak.. tapi bila aku sedari aku perlukan pendapat dan nasihat ikhlas dari orang lain.
Aku pilih ruangan iiumc untuk memohon pendapat, kerana aku perhati rata-rata pengomen diruangan ini lebih matang dan profesional berbanding ruangan kisah rumah tangga.
Aku usahakan juga untuk ringkaskan perkongsian aku.. untuk pengetahuan ini adalah perkahwinan kedua aku selepas 3 tahun kematian suami pertama.
Aku mempunyai tiga anak waktu itu dan berumur antara 8, 5, 3 tahun. Ayah kepada anak-anak aku meninggal ketika aku mengandung anak no 3 dalam usia kandungan 5 bulan.
Diringkaskan lagi, perkahwinan kali kedua sebenarnya tidaklah mendapat sokongan seluruh ahli keluarga suami. Mungkinkah memang kerna jodoh kami berkahwin juga.
Awal kedatangan aku dan anak-anak dalam keluarga suami cukuplah aku katakan terlalu sakit dan sedih untuk di ingatkan kembali.
Waktu itu aku bfikir tiada gunanya untuk aku menyesali pilihan yang sudah aku buat maka aku dan anak-anak berusaha sehabis baik mengambil hati, menjaga hati, berkorban hati demi mencari keserasian agar kami diterima baik oleh semua ahli keluarga suami.
Peristiwa pernah diusir dengan anak-anak dan ada banyak lagi rasanya tidak perlulah aku ceritakan satu persatu.
Demi berjuang mengambil hati dan menghormati suami dan keluarga suami.. selepas setahun perkahwinan aku bekerja. Juga atas permintaan suami.
Selama lima tahun bekerja setiap bulan aku berhabis lebih separuh dari gajiku untuk membantu suami dan menghulur wang belanja kepada keluarga mertua.
Selama bekerja itu juga terlalu banyak kisah pahit yang berlaku antara aku dan anak-anak tapi aku tetap putuskan untuk sabar..
Aku bayar bulanan kereta suami, aku bayar segala bil utiliti rumah termasuk rumah mertua, selalu bagi hadiah.. hingga keperluan aku sendiri dan anak-anak terabai tiada yang menghiraukan tentang keadaan kami ini kan pula soal hati dan perasaan.
Waktu itu aku merasa nasib aku dan anak-anak sangat-sangat dibuli. Terlalu banyak caci maki penghinaan dari keluarga mertua untuk aku dan anak-anak, dan suami yang tidak pernah membela kami malah turut serta menyakiti kami.
Ya, kami dibuli mental dan emosi bukan fizikal. Aku masih bertahan, aku masih melayan suami dengan baik dan tidak pernah sekali pun aku menolak setiap permintaan suami dan keluarga mertua. masuk perkahwinan yang ketujuh tahun dimana aku sudah mempunyai dua anak dengan suami..
Semuanya berjumlah lima bagi aku.. aku dikejutkan dengan hutang-hutang suami yang maha hebat bagiku. Bukan sedikit tapi berpuluh ribu, yang aku sama sekali tidak tahu dari mana punca hutang-hutang tersebut. Tiada seorang pun yang datang membantu suami kecuali aku lah..
4tahun aku berjuang habis habisan bertahan dan membayar 50 peratus dari hutang suami. Itu belum termasuk perbelanjaan dalam rumah dan keperluan makan pakai anak-anak, persekolahan.. semua akulah yang uruskan.
Waktu itu aku benar-benar putus asa dan hampir mengambil jalan terahkir.. mengugut suami untuk bercerai kerana aku sudah tidak tahan.
Satu persatu perasaan yang aku pendam dengan suami dan keluarga suami aku luah. Aku bongkar segala usaha sia-sia aku dan segala layanan buruk yang sekian lama kami dapat.
Sampai pernah terjadi perang mulut antara aku dan mertua termasuk ipar duai. Aku masih ingat ugutan terakhir aku terhadap suami depan mertua dan ipar-ipar.. “adik beradik kau kan pintar-pintar.. mak kau pun pintar..
Aku nak tengok selepas ni siapa yang datang hulur bantuan bayar semua hutang-hutang kau.. sekian lama aku yang susah senang dengan kau ni, yang tak pernah dapat hadiah satu apa pun dengan cakap trimaksih pun tak pernah dapat, tapi aku sabar, korang pula ingat aku bodoh..
Lepas ni kau minta la mak kau cari perempuan lain untuk tolong settle hutang2 kau dengan layan karenah bodoh korang sekali. Aku nak tengok pempuan mana korang boleh dapat. Aku boleh hidup tanpa laki la.. tp tak nak lah aku jadi bodoh sabar sampai mati..”
Itu lah kali terahkir aku mengamuk selepas beberapa kali yang sedikit-sedikit sebelum tu. Dalam keliru dan tertekan aku usahakan sabar juga dan tetap membantu suami.
Sepanjang sesi habiskan hutang tu berkali-kali aku rasa sangat dibuli, tidak berpuas hati dgn keadaan ekonomi dan permintaan hidup yang sangat menekan. Aku berkali-kali tuntut dari suami aku nak cerai.
Aku nak bebas. Aku dah bosan aku dah penat.. memang sekarang ini suami sudah sedar dan mengakui semua kesilapan mereka. Berkali-kali suami minta maaf dan luahkan penyesalan. Suami mengakui semua yang berlaku dulu adalah hasutan dari emak dan adik-beradiknya.
Kerana suami ahkiranya sedar tiada satu apa pun kebaikan yang dia dapat hasil dari mengikut telunjuk keluarganya melainkan menambah kesusahan kami suami isteri dan anak-anak.. dimana keluarga suami sekadar memperguna-gunakan suami untuk kepentingan semata-mata.
Adik-adik suami tidak ada seorg pun yang menghormati suami. Apalagi ibu suami, jika ada apa yang lebih semuanya untuk anak-anak yang lain tak ada satu pun untuk suami. Suami juga kini melayan baik aku dan semua anak-anak.
Yelah anak-anak pun dah besar. Yang pertama sedang menghabiskan matrik. Hutang-hutang suami semua dah habis kami settle bersama dan aku juga sudah menukarkan kereta suami dengan kereta beli cash, yang masih berkeadaan baik, keluaran agak baru juga.
Itu pun kerana aku sedar ahkirnya suami tidak mampu menanggung satu apa pun (bayaran bulanan) dan aku sudah bosan asyik membantu.
Aku sudah serik membantu suami bayar hutang sejak mula bergelar isterinya lagi. Hutang yang dari dulunya tak pernah habis tapi sampai ke ahkir tak kaya-kaya juga.
Dalam banyak membantu, berkorban, bersabar dan bertahan hati.. aku sedar aku kini bukan lagi Ardha yang dulu.
Dulu aku cuma tegas pada anak-anak, tapi lembut sabar dan pendiam kepada suami dan keluarga suami.. sekarang aku pantang merasa dibuli dan di aniaya, pasti aku melenting.
Aku bersungguh sebenarnya bila sebelum ini ingin meminta cerai dari suami. Kerana terlalu banyak kesakitan yang aku pendam, tidak dapat terlupa yang kadang membuat aku menangis sendiri atau rasa sakit itu kadang ingin membawa aku untuk balas dendam.
Kadang-kadang secara tidak sengaja anak-anak akan terungkit semula kisah layanan buruk yang mereka lalui masa kecil-kecil dulu.. kadang aku minta anak berhenti bercerita, kadang pula aku akan jadi beremosi dan bermulalah lagi segala perasaan benci terhadap suami dan keluarganya.
Keluarga suami sebenarnya tidak lagi berani masuk campur urusan kami suami isteri malah seakan selalu mengelak dariku. Aku tidak kesah malah aku senang begitu. Yang menjadi masalahnya aku tidak dapat melupakan segala kisah lalu, termasuk kisah suami berhutang puluh ribu.
Aku merasa sangat tidak berbaloi dan sepertinya aku menjadi tidak ikhlas bila mengenangkan sepanjang perkahwinan suami tidak pernah sekalipun menghulurkan nafkah walau satu sen pun..
Tiada yang bernama hadiah apatah lagi dalam membantu urusan permasalahan aku dan anak-anak. Semua aku urus selesaikan sendiri.
Walaupun namanya anak-anak tiri dia sahaja seharusnya suami pandang kebaikan aku juga selaku ibu mereka dan kini anak-anak aku juga yang selalu membantu suami.
Anak-anak memang sangat menghormati orang tua tak kira siapa terlebih lagi aku dan suami. Aku bertahan dengan suami pun atas permintaan anak-anak yang tidak ingin melihat keluarga yang terbina rosak.
Bila aku fikir-fikirkan aku redha dengan semua nafkah yang tidak pernah aku dapat termasuk tidak pernah menghulurkan bantuan terhadap anak-anak, memandangkan aku juga faham akan kemampuan suami, tapi kenapa aku harus disusahkan lagi dengan bebanan dia..
Dengan segala kenangan buruk dari dia dan keluarga dia selama ini, membuat aku sangat-sangat depress.. aku langsung tidak dapat melupakan dan ada kala rasa benci itu datang terhadap suami dan seluruh seisi keluarga suami.
Kini aku yang mengawal semua duit suami, walaupun itu bukan untuk aku semata-mata.. tapi akulah yang menggunakannya untuk membayar semua perbelanjaan termasuk bil-bil kecil besar sekali pun dan bila tak cukup baru aku tambah dengan duit ku.
Suami betul-betul berubah dan menunaikan segala syarat yang aku tetapkan.. Masalahnya dalam diam hati aku sudah berubah. Bukanlah dsebabkan kehadiran mana-mana lelaki..
Jujur aku pernah cuba layan chat lelaki tidak dikenali sekadar hiburkan hati. Tapi aku sama sekali tidak merasa terhibur malah menambah kejengkelan. Hakikatnya aku benci lelaki yang cuba mendekati ku.
Tak cukup begitu aku seperti berjauh hati dengan suami. Setiap kali suami cuba bermesra aku sangat-sangat merasa jijik dalam hati jujur aku benci.
Sehingga tidur malam aku minta berasingan, alasan aku sebab badan terasa krem kebas bila ada someone disebelah.
Dalam seminggu paling banyak aku melayan suami dua kali atau sekali di tempat tidur atau tiada langsung (aku minta maaf atas pengakuan ini) sebenarnya itu pun aku terpaksa demi ambil hati.
Di waktu-waktu yang lain aku tiada masalah dengan suami. Aku boleh tunggu suami balik makan bersama duduk borak sembang ketawa bersama, tapi bila suami mulakan cerita lucah antara kami berdua sahaja atau mula minta layanan dariku, dari situ aku sudah mula merasa jelek.
Aku mulai merasa jijik rimas dan berbagai perasaan lagi yang sukar aku jelaskan. Kadang aku berpura-pura tenang kadang aku tak mampu menahan rasa hati laku terus menolak atau mengutuk cerita suami. Suami seringkali terasa hati dan merajuk dengan perlakuan aku.
Aku sudah cuba sebanarnya.. aku sedih aku takut dosa. Tapi aku tak tahu harus dibuat apa dengan hati. Aku tak mampu menahan rasa yang tidak menentu ini. Kalau tidur, aku nak tidur terus tanpa ada sentuh atau peluk-peluk.. jangan bawa cerita ke arah s*x. Aku tidak suka.
Inikah yang dinamakan tawar hati? Atau apa yang telah berlaku ke atas aku sebenarnya.. bolehkah lagi perasaan ini kembali seperti dulu…
Aku menulis semua luahan ini dan telah mencoba sehabis baik. Aku mohon maaf andai penceritaan aku agak berterabur atau sukar difahami. Aku mohon pendapat dan nasihat dari pembaca yang budiman.
– Ardha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit