Tawar Hati

Demi memelihara dan mengutamakan kesihatan diri saya untuk jangka waktu panjang, saya dengan ini memohon untuk mengundur diri dari pernikahan ini.

Penceraian ini difailkan atas faktor kesihatan. Saya disahkan mengalami depression kerana telah melalui domestic violence. Saya trauma akibat kecederaan dan lebam di seluruh tubuh badan.

Saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom body shocked. Saya telah dipantau oleh pakar perubatan dari unit domestic violence sepanjang berada di hospital.

Selepas sebulan suami berpoligami, saya telah disahkan menghidap jangkitan penyakit kelamin Human Papilloma Virus peringkat awal.

Saya telah menjalani berbagai-bagai prosedur perubatan yang sangat menyakitkan sehingga saya trauma.

Demi mengesahkan jangkitan tersebut, Saya perlu menjalani beberapa kali colposcopy dan biopsy di mana sampel tissue daging telah ditebuk dan diambil di dalam serviks saya secara hidup-hidup tanpa bius.

Semua prosedur ini saya jalani sendirian tanpa ditemani siapa-siapa.

Selepas selesai prosedur yang menyakitkan, hanya berbekalkan ubat tahan sakit, saya memandu kereta sendiri untuk pulang ke rumah dan ambil anak dari tadika. Suami langsung tidak peduli. Barangkali sedang sibuk mabuk dengan cinta baru.

Saya perlu menjalani pembedahan selepas laporan perubatan mengesahkan pre-cancer di mana penyakit kelamin tersebut telah mula memakan sel serviks saya.

Pembedahan cervical cauterization adalah perlu untuk membunuh virus2 HPV dan sel2 yang telah dijangkiti sebelum ia bertukar menjadi kanser serviks peringkat yang lebih serius.

Doktor mengesahkan saya mengalami rapid progress of pre-cancer development kerana dalam masa yang sama saya mengalami tekanan perasaan akan konflik rumahtangga saya.

Depression akan membuatkan immunity system tubuh lemah. Ini akan memudahkan tubuh diserang penyakit. Tubuh yang lemah sukar untuk melawan jangkitan kuman dan virus.

Semasa pembedahan saya mengalami pendarahan. Saya ditahan di wad untuk pemantauan. Suami tidak menjaga sepanjang saya bermalam di wad.

Saya bersendirian ketika saya sedarkan diri. Selang beberapa jam kemudian, saya mengalami muntah-muntah berterusan selama hampir 6 jam kerana saya rupanya allergic dengan ubat bius.

Selepas pembedahan, saya mengalami pendarahan selama sebulan kerana tidak cukup rehat.

Saya menguruskan rumah dan anak, saya memandu kereta menghantar anak pergi dan balik sekolah dalam keadaan saya cuti sakit selepas surgeri sehingga terjadinya punca baru pendarahan akibat urat darah pecah.

Bimbang dengan keadaan saya yang baru sebulan lepas surgery serviks dan masih mengalami pendarahan, ditambah pula dengan kesan penderaan, maka saya diberikan cuti sakit selama 14 hari untuk sembuh sebelum dibenarkan kembali bekerja.

Saya telah dirujuk ke pakar kaunseling dan psychology demi merawat depression. Saya perlu kekal tenang dan tidak duduk dalam tekanan supaya tubuh saya kuat untuk melawan penyakit HPV ini.

Ini sangat penting supaya di masa akan datang virus HPV ini tidak kembali aktif dan menyerang tubuh saya.

Setiap 6 bulan, saya wajib hadir berjumpa pakar O&G untuk sesi konsultasi dan melakukan ujian saringan bagi memastikan penyembuhan total.

Dengan segala yang telah berlaku, Saya telah tawar hati. Tiada apa2 rasa. Tiada cemburu, sedih, gembira, marah, cinta, rindu. Tiada. Semua telah terhapus.

Allah SWT telah mengangkat bebanan emosi dari saya. Saya memandang suami dengan pandangan kosong.

Oleh yang demikian, saya memfailkan penceraian kerana tidak mahu terus-terusan membuat dosa dengan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Saya mesti mengutamakan kebahagiaan diri saya sendiri. Saya perlu memelihara kesihatan tubuh badan, emosi dan akal fikiran saya. Saya perlu mengutamakan kesejahteraan dan ketenangan jiwa saya dan anak.

Kami tidak mahu hidup di bawah bumbung rumah yang toxic dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Saya isolate diri dan anak saya dari suami kerana kami telah letih dan trauma dengan segala bentuk penderaan fizikal, emosi, mental secara lisan.

Saya tidak mahu anak duduk dalam persekitaran yang toxic. Perkahwinan ini sangat toxic, tiada mawaddah dan keberkatan. Tiada dah kebahagiaan rumahku syurgaku.

Saya hantar anak saya ke kampung supaya anak saya menerima asuhan yang terbaik dan jauh dari rumahtangga toxic. Saya tidak mahu anak trauma menyaksikan pergaduhan kami.

Saya seorang pengamal perubatan, bekerja hospital yang perlu oncall sehingga lebih 30 jam. Itulah kerjaya saya sejak sebelum berkahwin.

Di kampung, ibu dan ayah saya memberikan penjagaan rapi dan kelengkapan yang sangat selesa kepada anak tersebut. Sempurna segala kelengkapan diri, persekolahan dan kelas mengaji al-Quran.

Suami memang berkemampuan dari segi duit. Tapi duit sahaja tak cukup dalam menjaga anak dan isteri yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Sedangkan, bapanya sendiri tidak solat dan tidak pernah sekali pun mengajar anak solat. Tidak pernah ambil tahu perihal sekolah anak, tidak pernah melibatkan diri dengan kerja sekolah anak.

Bapanya sendiri tidak pernah buka al-Quran apatah lagi mengajarkan ayat2 suci al-Quran kepada anak. Semua saya lakukan sendiri.

Sebelum berpoligami, suami sudi mengasuh anak ketika saya bekerja. Selepas poligami, suami sudah tidak mengasuh anak sehingga saya perlu bawa anak ikut saya bermalam di tempat kerja.

Kini anak saya telah bersekolah di darjah 1 dan terikat dengan jadual persekolahan.

Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk anak saya ikut bermalam di tempat kerja.

Segala usaha menyelamatkan rumahtangga yang hampir roboh ini telah saya lakukan dengan bantuan peguam syariah saya.

Usaha perdamaian juga telah dilakukan. Namun, saya tidak mampu menipu hati saya. Dengan menyingkirkan punca yang membuat saya tertekan,

Saya lebih tenang hidup sendiri.

Saya tidak mampu meneruskan semua ini. Oleh yang demikian saya mohon undur diri dari rumahtangga ini. Isteri kedua sangat menyokong poligami.

Dengan pengunduran saya, Sudah pasti tiada lagi masalah selepas ini untuk mendapat kebenaran bernikah lagi. Suami akan lebih bahagia kerana cita-citanya untuk berbini 4 akan menjadi kenyataan.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *