Tawar Hati

Saya Mia sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak.

Episod tawar hati saya bermula semasa saya mengandungkan anak ke-2.

Selama 5 tahun perkahwinan, tak terdetik hati saya curiga dengan suami.

Tapi mungkin tuhan nak tunjuk, mulanya saya ternampak search link web lucah di telefon suami.

Saya fikir mungkin biasa la lelaki. Bila fikir semula, hubungan intim kami macam tak normal.. Maksudnya boleh dikira setahun beberapa kali bersama.

Saya tak sedap hati dan dah beberapa bulan saya tengok suami kerap keluar malam alasan jumpa kawan.

Dan satu hari tu saya terbaca whatsapp booking pelacur. Remuk hati. Dengan mengandung lagi emosi sangat terganggu.

Saya tanya kenapa buat macam tu.. Dengan rasa tak bersalah dia kata booking untuk kawan. Perasaan saya masa tu percaya dan tak percaya 50:50.

Beberapa hari juga saya merajuk tak bercakap. Mengenangkan bayi dalam kandungan saya pujuk hati sendiri.

Lepas 2 tahun isu tu, berbalik pada hubungan intim kami, bagi saya masih kurang. Suami lebihkan masa pada hobi, bila goda dia macam mengelak katanya penat.

Saya pendam je la sambil fikir apa yang kurang dari saya.

Dipendekkan cerita satu hari saya balik kerja awal, saya tengok kereta suami dah ada. Saya cari suami dalam bilik. Tolak pintu bilik terlihat dia mel*ncap sambil tengok handphone.

Saya keluar dari bilik tanpa cakap apa2. Sedih. Tawar hati. Saya yang depan mata ada tapi tak dipandang.

Saya tak tahu nak marah macam mana.. Saya diam. Serabut sampai saya keluar dari rumah sekejap untuk tenangkan diri.

Bila dah reda perasaan tu, saya balik rumah. Dia masih buat macam tak ada masalah. Alasannya dia kata mati pucuk dan cuba tengok porn untuk meransang.

Entah la.. saya masih positive bagi cadangan jumpa doktor pakar sakit tuan/ berurut.

Tawar hati ada.. kesian pun ada.

Kadang rasa nak berpisah bila tawar hati tu ditambah dengan pergaduhan-pergaduhan kecil.

Bila fikirkan anak, rasa tanggungjawab tu lebih dari pada rasa sayang.

Mungkin sebab ego / kurang komunikasi buat jadi macam ni. Macam-macam dugaan perkahwinan, mungkin ini bahagian saya perlu hadapi..

Harap ada peluang untuk kami perbaiki hubungan.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *