Tawar Hati

Assalamualaikum. Aku berumur pertengahan 30-an, sudah berkahwin 10 tahun dan belum dikurniakan zuriat.

Pernah keguguran 2 kali pada awal perkahwinan dan sampai sekarang belum ada rezeki lagi.

Alhamdulillah, perkahwinan aku dan suami boleh dikira baik dan boleh dikatakan jarang ada masalah, kami bekerja dalam karier yang sama-sama bagus.

Suami aku juga seorang suami yang baik, pergi kerja balik kerja, weekend pon kitaorang spend masa sama-sama, solat cukup, semua tanggungjawab dijalankan dengan baik, kecuali satu ‘nafkah batin’.

suami aku dah dua tahun culas bab nafkah batin. Dia langsung tak sentuh aku. Bila aku cuba mulakan dia akan tepis dan tolak, walaupun sekadar pegang tubuh badan dia.

Aku pernah tanya kenapa tak bagi nafkah batin, dia cuma jawab dia selalu kecundang waktu awal hubungan intim, jadi dia malu, sebab dia tak mampu nak tunaikan tanggungjawab dia.

Sebenarnya, kami ok, cuma aku yang rasa patut ke aku abaikan rasa dan keinginan aku.

Hubungan halal, aku selalu sabarkan diri, dan aku selalu fikir tak apa lah kalau tak dapat buat hubungan intim, janji dia ok dengan aku.

Tapi makin hari aku silap, aku jadi tawar hati sebab aku cuba untuk meminta, tapi akhirnya aku yang kecewa.

Aku dah jumpa doctor tahun lepas, kami buat ujian fertility dan semuanya normal, ok saja.

Ada juga bagitahu doc masalah dia kecundang awal dalam hubungan intim, dan dia di minta datang check up sekali lagi, sudahnya tak pergi pon appointment seterusnya.

Macamana nak selesaikan masalah ni?

Aku cuba nak jadi isteri yang sabar, taat, kuat, tapi dalam keadaan kita sahaja yang beriya, tapi tak sama-sama iktiar pon tak menjadi.

Kadang-kadang aku fikir nak minta fasakh, tapi dalam masa yang sama aku sayangkan perkahwinan ni.

Di mata orang kami bahagia, dan selalu orang tanya kenapa belum ada zuriat lagi.

Tak ada siapa yang tahu masalah yang kami lalui ni..

Aku buntu nak buat apa.

– Zai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *