Perjalanan hidup aku tak seperti apa yang aku impikan 10 tahun lepas. Aku berkahwin pada usia muda iaitu 21 tahun. Kini hampir 6 tahun usia perkahwinan.
Soal hati perasaan ya aku semakin tawar hati dengan suami aku sendiri.
Mana taknya.. keluarga mertua suka bercakap buruk perihal keluargaku yang tak pernah buat hal pun. Pelik. Suami aku pun kerap bersikap dingin dengan aku.
Untuk pengetahuan, aku bekerja sebagai kerani biasa dan ada buat part time juga. Untuk tolong suami aku.
Selama 6 tahun tak pernah suami hulurkan duit untuk belanja aku. Kerap kali dikatanya tak cukup duit. Tapi bila keluarganya datang kadang2 kad kredit guna sampai RM400.
Btw, gaji suami aku lebih banyak dari aku yang buat part time ni. Kadang2, aku teringin nak makan apa apa.. aku kumpul duit sikit sikit. Susah aku nak bagitahu dia, sebab aku tahu tak akan dapat.
Aku tawar hati. Aku hadiahkan dia PS5. Sebab kerap dia cakap dia tak dapat beli apa dia nak. Sekarang.. itu je yang dihadapnya.
Aku cuba nak bahagiakan dia tapi ternyata aku salah. Aku baru tersedar, untuk aku sendiri pun tak pernah reward semahal itu.
Aku tawar hati banyak benda melibatkan mertua aku. Sampai aku selalu jauhkan diri sebab suka perli/hina aku. Entah.
Bila dah perli/hina lepastu cakap gurau je. Hati aku ni untuk digurau ke. Perasaan aku ni terlalu banyak kali terguris. Oleh itu.. aku rasa tawar hati dengan perkahwinan ni.
Aku tawar hati. Pernah dalam kereta tiba tiba radio buka satu lagu. Lantas suami aku cakap, “ni lagu fav kawan baik aku”.
Ya dulu dulu dia memang suka dengan kawan aku ni. Dipujinya cantik tanpa pengetahuan aku dulu. Bila dia cakap macam tu aku terus bertukar mood. Aku rasa sedih.
Aku tawar hati. Aku takut satu hari nanti aku lepaskan semua amarah ni. Aku takut satu hari nanti aku jadi isteri derhaka. Tapi soal hati aku siapa yang akan jaga? Soal perasaan ni akan ada yang rawat?
Andai aku masih punya emak, dialah tempat aku luah. Hidup aku takdir aku agak sedih kecewa. Entah lah.
Doakan aku kuat tau. Doakan aku dapat pertahan apa yang aku ada sekarang ni. Demi anak aku.
– Zaza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga terus kuat ye puan🙂