Tawar Hati

Hi semua pembaca setia IIUM Confession, nama aku Ken, berusia 34 tahun. Aku sudah berkahwin selama 2 tahun dan isteriku baru usai melahirkan.

Aku sebenarnya ingin meminta pandangan dari semua berkaitan masalah rumah tanggaku. Yelah, apa2 yang buruk semua berasal dari suami.

Aku segan mahu bercerita ke teman terdekat kerana ini berkaitan hal peribadi, jadi aku mahu meminta para pembaca budiman untuk memberi pandangan yang baik atau kritikan yang membina. Terima kasih.

Isteriku baru melahirkan seorang putera kami yang sangat mirip denganku. Ketika dia hamil, dia selalu menolak ajakan untuk bersama dan ketika dia sudah memasuki trimester ketiga dia terus memberi berbagai alasan.

Aku sebelum berkahwin kerap melihat cerita2 18+, tapi semenjak berkahwin aku sudah bersumpah kepada diri sendiri untuk berhenti.

Sebenarnya banyak yang aku ubah selama 2 tahun ini, aku dulunya kaki melepak, kaki wanita, perokok tegar dan kadang kala mabuk 1, solat apatah lagi, sampai satu tahap Allah gerakkan aku pergi solat jumaat dan aku terdengar khutbah berkaitan azab kubur dan azab neraka.

Maka dari itu aku berubah dan meninggalkan segala hobi burukku. Aku bernikah dan masih mencuba menjalani hidup sebagai suami yang baik.

Selalu selepas solat isya’ kalau tak kesurau aku akan amalkan bacaan alquran sebab isteriku ketika hamil selalu mendengar dan meminta aku membaca surah2 yang baik untuk bayi kami.

Kembali kepada cerita tadi, aku ‘berpuasa’ selamanya dari melihat video yang tak elok. Namun aku masihlah seorang lelaki.

Ketika isteriku hamil dia sering menolakku dan ketika lepas beranak dia langsung haramkan aku menyentuhnya, alasan nya takut perut sakit (di bahagian ceaser). Aku cuba bertahan dan sudah hampir 8 bulan aku berpuasa.

Minggu lepas aku menyatakan hasrat untuk bersama dan dia terlalu marah hingga membentakku. Dia berkata aku dayus sebab memaksa dan mendera mentalnya.

Ya Allah apa yang aku lakukan. Bayi pun selepas habis berpantang, aku yang susukan di waktu malam dan aku yang jaga ketika aku bercuti.

Aku bukan mengungkit, tapi aku cuba yang terbaik jadi seorang ayah dan suami yang baik. Aku mengugut untuk berkahwin 1 lagi sebab aku sudah tidak tahan boleh dikatakan hari2 dia selalu berseksi dan menggodaku (dia tak berniat/tapi aku yang teransang).

Dia pulang ke kampung halamannya dan memberi tahu keluarganya dan keluargaku. Ibu ku sampai memarahi aku sehingga menyatakan, kalau bernikah lagi, jangan panggil ibuku ibu lagi, dia tidak mahu anak curang sepertiku.

Ya Allah.. Kenapa isteriku tidak melihat disebalik keluhan aku tersimpan pelbagai rasa.. Rasa marah, kecewa dan rasa terbeban sebab tiada siapa yang aku boleh adukan masalahku dan tiada siapa yang boleh fahami aku.

Semalam isteriku pulang semula kerumah kami. Dan aku mula rasa tidak cinta kepadanya. Tawar hati.

Berkaitan berkahwin kali kedua, aku tidak ada calon atau kawan perempuan. Sebab circle kerja dan hidup aku semua lelaki. Even client2 aku semua lelaki, aku penat.

Dan mohon pencerahan dari semua, aku takkan cerita lebih lanjut, sebab semua kekurangan isteriku aku boleh coverkan, tapi yang satu tu, apa yang harus aku lakukan, aku sudah puas berdoa.. Aku harap dapat petunjuk dari sini.

– Ken (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Minta maaf, tp kdg2 isteri ni x bole klaw awk terus ‘minta’ direct mcm tu je.. dah 8 bulan, da boleh sgt kot, w/pon ada org dlu2 yg sruh ‘berpantang’ setahun, utk isteri n ibu tu benar2 pulih lps bersalin or bedah.. tp mmg x ada rse nya suami yg ‘sabar’ sampai mcm tu.. jln yg terbaik, cba ambil hatinya secara perlahan2, cth nya: belikan ‘hadiah’ yg cantik utk baby, maybe stroller or toys utk baby (sbb skrg dia mesti bnyak focus dgn baby dia..), or beli hadiah istimewa utk wife, sbb dah melahirkn zuriat awk, maybe bole belikan brg kemas spt gelang, cincin dsb.., or maybe bole bwa dia n baby bercuti (klaw sesuai, ke tempat yg dia suka ke..), dgn cara tu, mungkin lma2 dia akn ‘lembut hati’ n akn penuhi juga kehendak awk.. jangan la nk mngambil jln singkat or maksiat, sesia je awk dah ‘bertaubat’ sbelom kawen dan nt akn lg musnahkn kpercayaan isteri n ibu awk selama ini.. dan jgn putus2 berdoa yg baik2.. semoga ada manfaat.. Allah permudahkan.. wasalam

    • seriouslah “sia-sia bertaubat before kahwin”. Itu perkara mungkar tau, perkara yang melakukan maksiat,haram. Tak kisahlah dah kawin ke nak kawin ke belum kawin ke, wajib bertaubat dan menjauhi perkara macam tu, nauzubillah lah pemikiran kau.

  2. masih boleh diperbaiki lagi ni, cuma sebagai suami, kamu kena memahami isteri kamu, mungkin dia ada sakit lagi walaupun dah 8 bulan, lagipun dia lahirkan anak kamu, bagi lagi masa kt dia, pastu cuba bebincang dengan serius, mungkin isteri kamu ada masalah yang kamu tk tahu, semoga Allah mempermudahkan urusan kamu dan isteri

  3. Tahniah kerana berjaya menahan nafsu dari melihat yg bukan² sedangkan kita tahu betapa mudahnye nk terjurumus balik ke dlm dosa yg lampau tu, tahniah jugk kerana kekal nekad ingin melepaskan nafsu itu hanya ke tempat yg halal bagi kita..semoga Allah kekalkan kekuatan iman & kekuatan utk mengikat hawa nafsu yg membisik² ke arah keburukan. Kebarangkalian isteri Ken ni trauma after birthing, banyak klinik² pakar sakit puan yg Ken bolah rujuk.

    Ubat & counseling mmg sudah ada untuk masalah batin sebegini sebaiknya jangan dibiarkan melarat cumanya Ken kenalah pandai pujuk isteri untuk jumpa dgn doctor, yg penting sekali Ken kena sentiasa berada di sisi wife through thick and thin demi kemaslahatan rumah tangga…I WISH YOU BEST OF LUCK

  4. Bro.. perempuan masa mengandung dgn bersalin ni mmg hormon kacau ya. Ada yg masa mengandung hormon nak bersama tu tinggi.. Ada yg tak bernafsu langsung (faktor penat, mual). Lepas bersalin pun hormon kacau lagi. Sbb tu ada istilah meroyan. Kalau isteri menyusukan anak pun faktor jgk. Pelincir kat bwh tu jadi kurang. Tambah lagi isteri tu czer kan? Dia trauma la tu. Takut sakit czer bersalin tu datang balik masa bersama.

    Cuba slow talk.. create mood tu. Jaga emosi isteri. Hantar la dia pergi spa urut dulu ker.. Jgnlah kau mintak masa dia tgh penat.

    Sebab ni anak first.. Mostly new mom akan terkejut la.. bnyk benda berubah…kadang diorg low esteem tgok diri sendiri. Ada parut czer la.. kesan stretch mark..muka kusam..

  5. Memang hormon masa mengandung, & selepas bersalin ganggu emosi perempuan. Itu yang berlaku pada sy juga. mood ke laut! terima kasih Allah, sebab beri kesabaran tinggi utk suami sy, nk hadap perangai sy yang asik ke laut. plus, uruskan anak sorg2 memang penat.. xtau nk ckp mcm mana penatnya, sbb yang alaminya shj yang tahu. rajin2lah bantu isteri. tunjukkan ambil berat, dan tanya/borak2 akan keadaan dia. support dia dari segi emosi, selalulah btnya, akan keadaannya setiap hari. perempuan ni mudah lembut hati, bila suami care pasal dia, bntu sama2 urus anak. jangan ugut2 dia tntg nk kahwin lain. lg la dia emo. one day dia akan terdetik dlm hati isteri tu, akan segala kebaikkan yg suami dh lakukan padanya. plus, jgn pernah putus doa utk isteri. moga Allah dpt lembutkan hati isteri en. lagi satu, utk dptkan kepuasan batin antara suami isteri ada banyak cara.. mgkin boleh bw bincang cara mana yang dia ok. tolak ansur.. ya.

  6. Saudara, sebenarnya apa yang kita buat sebelum kahwin, walau kita tak nampak balasan Allah pada masa tu, kita akan rasa segala balasan perkara haram apa yang kita lakukan dulu tu, selepas berkahwin. Bertaubat nasuha lah. Minta banyak-banyak dengan Allah, agar kita boleh sabar dan redha. Memang berat ujian yang kita akan tempuh akibat dosa lampau, kalau ringan tak apa, tapi kalau melibatkan dosa besar, terpaksalah kita tempuh ujian untuk membersihkan dosa kita. Allah sayang saudara, atas dunia sudah dibalas, agar bila di Akhirat kita sudah tak perlu menanggung dosa di dunia.

    Selain taubat nasuha, teruskan istiqomah dengan perubahan saudara. Itu sudah sangat bagus sebagai nakhoda keluarga yang sentiasa lakukan yang terbaik untuk anak-anak kapalnya. Usia perkahwinan saudara masih terlalu muda. Sabar adalah kunci utama. Saudara juga boleh terus memujuk isteri, tanya terus padanya adakah beliau trauma dengan hubungan intim, atau trauma bersalin. Mungkin boleh berikan ubat-ubatan yang bersesuaian jika beliau mengalami kekeringan faraj yang menyebabkan hilang nafsu berhubungan intim. Menyusu badan juga akan menyebabkan keletihan dan kekurangan nafsu seksual. Sabar saudara. Yang haram di luar sana mungkin nampak boleh membantu keinginan saudara, kerana hanya nampak luaran sahaja. Belum hidup bersama dia lagi. Syaitan pun tambah perisa. Hakikatnya, saudara sudah ada yang halal, cuma perlu menyelami masalah yang sebenarnya.

    Isteri saudara yang dicintai selama ini, mungkin sedang mengalami masalah, apatah lagi baru lapan bulan bersalin. Mengugut dengan kahwin lain akan menambahkan lagi masalah yang dia sedang hadapi, yang mungkin dia tak pernah terus terang dengan anda. Sehingga beliau terpaksa meluahkan kepada ibu atau mertua selaku orang yang paling berhak menasihati rumahtangga anak yang sedang bergolak dan tak mampu diselesaikan sendiri. Mungkin bercuti bersama boleh mengembalikan isteri saudara yang dulu?

    Suami atau isteri kita, untuk kita bersama-sama dia, semasa senang atau semasa diuji. Jangan tinggalkan dia terkapai-kapai, Ingatlah kembali kenapa kita cintai dia dulu.

  7. Kerana satu nafsu itu mudahnya kamu tawar hati. Maaf ya, dulu kamu bermaksiatan lalu selepas kahwin berjanji dgn diri sendiri untuk berubah . Pandang dari sudut yg baik mungkin kah Allah nak jadikan ini sebagai ujian / proses untuk kamu lebih istiqamah dalam perubahan diri. Jgn cepat menghukum org lain (isteri) shj dek kamu xdpt apa yg kamu inginkan . Sabar lahh in sha Allah , nnti Dia bantu . Mohon doa dan bagi sokongan buat isteri terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *