Tawar Hati Dengan Ibu Bapa

Assalammualaikum, saya Cahaya (bukan nama sebenar) berumur 19 tahun. Sejak dari kecil, saya sering dijadikan tempat orang lepaskan marah. Sampailah umur saya 19 tahun, ya sehingga sekarang.

Apa yang saya buat, semua serba tidak kena di mata mereka. Ibu selalu marah aku sehingga dia pernah menghina aku.

Dia kata aku anak pemalas sedangkan aku lah yang banyak menolongnya kemas rumah, masak di dapur dah sebagainya.

Aku mempunyai 4 orang adik perempuan. Tapi ibu hanya menyuruh aku untuk melakukan kerja rumah. Aku tidak pernah mengeluh kerana itu merupakan tanggungjawab aku as anak sulung perempuan.

Sehingga aku berada di tingkatan 5, aku bergaduh besar dengan ibu dan ayah. Ibu secara tiba tiba marah dekat aku. Dia kata aku duduk rumah goyang kaki.

Sebenarnya haritu, hari raya jadi aku nak pergi beraya ke rumah kawan aku. Ibu mengatakan sesuatu yang mengguris hati aku. Aku tidak tahan, jadi aku melawan.

Aku tahu, sebagai seorang anak, kita tak boleh melawan ibu bapa. Tapi aku tak tahu mana datang kekuatan aku nak melawan. Kemungkinan sebab aku pendam.

Sejak daripada tingkatan 1, kemungkinan tu boleh jadi punca kenapa aku terlepas marah. Lalu ibu menampar aku. Aku biarkan je. Kemudian aku keluar rumah.

Aku tak masuk rumah sebab aku marah aku sedih ibu melakukan sebegitu dekat aku. Dia kata aku seorang anak perempuan yang tidak berguna.

Aku jadi sedih, yelah sebelum sebelum ni, aku yang banyak membantu dia. Tapi kenapa dekat mata dia, aku ni anak takguna? Kenapa? Apa salah aku dekat dia? Sampaikan ibu pernah menghina rupa aku.

Aku sedar aku hodoh , aku tak kisah jika orang lain menghina aku, tapi bila ibu sendiri hina aku. Aku down. Katanya “kau tu rupa dahlah takda, jadilah anak berguna sikit”

Cuba cakap, anak mana je tak sedih bila mak dia hina dia? Hakikatnya, sampai sekarang aku ingat hinaan tu. Kemudian dengan ayah pula, ayah dengan ibu sama je.

Masatu bangun pagi hendak ke sekolah, ibu membebel katanya stokin adik hilang. Padahal malam sebelum hari kejadian, aku menyuruh adik kedua untuk melipat kain, jadinya memang kena tanya dia lah kat mana stokin tu.

Lepastu ibu marah aku seolah olah itu salah aku. Aku cuma diam, malas untuk berkata apa-apa kerana aku tahu jika aku menjawab, memang teruk jadinya.

Dan aku mahu pergi keluar untuk ambil tudung yang berada di ampaian, kemudian ayah aku marah aku “kakak kau tu dah besar perangai tu ubahlah sikit”

Aku dah taktahan, aku menjerit. Ini semua sebab pendam. Ya aku dah lama pendam. Aku dah penat. Terlalu penat. Aku dilayan seperti orang yang tidak ada perasaan, dilayan seperti pencacai.

Aku terfikir, betul ke aku ni anak kandung, bukan anak angkat? kalau aku anak kandung, kenapa aku dilakukan sebegini? Kenapa aku dilayan macam sampah? Memang anak sulung, memang selalu kena macamni ke? Kena treat macamni?

Selepas aku menjerit, ayah tengking aku, dia kata aku takpayah pergi ke sekolah pada hari tersebut, dia kata dia malas nak hantar aku.

Aku tak peduli, aku bersiap, kemudian aku pergi ke sekolah jalan kaki. Apabila balik sekolah, aku meminta makcik aku untuk ambil aku di sekolah dah pulang ke rumahnya.

Aku telah menelefon makcik aku di sekolah sehingga menangis-nangis ceritakan apa yang berlaku. Aku memang taknak balik rumah. Aku dah penat hari hari nak kena marah.

Aku rasa seperti diri ini kurang kasih sayang. Sampaila hari ini (hari aku menulis confession ini) sekali lagi aku bergaduh dengan ayah, membuatkan aku seperti ingin lari daripada rumah.

Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Aku tak kuat. Aku rasa nak hilangkan diri dari dunia yang kejam ini. Dan sekarang, aku telah tawar hati dengan kedua dua ibu bapa aku…

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *