Salam semua. Terima kasih admin jika luahan aku ni disiarkan. Beribu maaf kepada pembaca kalau tulisan aku berjela panjang.
Ini luahan aku mengenai masalah aku masa Syawal baru ni. Mungkin luahan aku ni akan dikecam dan dikritik tapi aku tak kisah sebab mungkin dari situ aku akan dapat jalan yang boleh membantu. Aku ada adik aku seorang adik perempuan dan kami berdua ni yatim piatu sejak 2014 lepas arwah mak meninggal dunia. Arwah ayah pergi 10 tahun sebelum mak. Kiranya kami anak yatim sejak kecil lagi(umur 11&7 tahun).
Seingat aku memori raya kami hanya bersederhana sebab raya dari umur 9 tahun lagi dah tak berapa meriah raya sebagai sorang budak. Lagi beberapa hari lagi nak raya Mak Lang(kakak mak) aku kemalangan jalan raya dengan suaminya. Setiap hari kene berulang hospital dalam sejam dari rumah sebab arwah mak aku yang kene jaga kakaknya. Mak Lang aku ni tak de anak kandung kecuali anak tiri(anak Pak Lang). Raya semua dekat hospital tahun tu. Tahun depan pula, arwah ayah aku start sakit awal ramadhan. Mak lebih memikirkan ikhtiar nak merawat ayah dan raya ala kadar je tahun tu. Masa darjah 5 pula, ayah aku meninggal dalam pertengahan tahun 2004. Sempat la 10 tahun raya bertiga dengan mak sampai raya 2014. Semuanya bersederhana dan kami tetap gembira.
Masalah mula pada raya tahun 2015, tahun pertama raya tanpa mak. Korang ingatkan Mak Lang(kakak mak) ni tak de anak. Beberapa bulan sebelum mak aku pergi, suami dia meninggal dulu sebab stroke. Orang sekeliling aku semua assume raya tahun ni kami kene beraya dengan dialah. Yela kami tak de parent, dia tak de anak, konon ye boleh la saling mengisi kekosongan. Sebenarnya kami tak mampu nak menghadap dia. Nasib la kami ni sambung belajar jauh dari kampung, tak la terus terikat dengan dia 24 jam.
Aku bukan nak memburukkan dia cuma nak senang cakap karater ni lebih kurang mak si Airil dalam cite Andainya Takdir dekat tv3 tu. Dia ni versi penakut sikit sebab tak berani nak serang-serang orang. Tapi bab mengata, mencanang, sibuk nak merancang hidup orang tu sebiji. Hidup dia penuh dengan drama sampai aku tak tahu apa yang dicakapnya mana satu yang betul dengan lakonan. Sebab dengan orang ni kata A, dengan orang tu kata B untuk kisah yang sama. Semua tu aku tengok depan mata. Aku memang tak nak tonton episod Andainya Takdir tu setiap hari, ia buat aku stress sebab karater mak Airil tu wujud dalam hidup aku.
Raya 2015&2016 tu hadap je la dengan dia nak bagi sedapkan mulut orang sekeliling. Kalau kami tak balik beraya balik dengan dia karang confirm la kene kutuk dan dicaci cerca. Dia dah canang seluas-luasnya yang dia la tanggung kami ni masa belajar lepas mak pergi. Kalau orang kampung ajak rombong ke apa ke, semua dia tolak dengan guna alasan yang kami ni belajar nak pakai duit banyak. Hakikatnya tak la sebegitu, kami tak pernah pun minta duit dekat dia dari mula arwah mak meninggal. Dia memang kedekut dari muda lagi, duduk rumah pun malam-malam sanggup bergelap tak nak pasang lampu sebab nak jimat bil elektrik. Sanggup bakar lilin sambil tonton tv. Makan semua bercatu kalau dia tinggal sorang.
Dulu lepas mak meninggal dia yang sibuk nak duduk dengan adik aku(baru habis spm masa mak pergi) padahal adik aku ada je pilihan nak tumpang rumah induk keluarga belah ayah. Tapi Mak Lang aku dah sibuk cakap semua orang dia nak bele adik, ikutkan ajela walaupun kami tak rela. Memang aku kesian dengan adik time ni, nasib la duduk sekali dalam berapa bulan je lepas tu pergi sambung belajar.
Ini pun jadi kes, mula-mula adik aku dapat Tingkatan 6. Nak pergi daftar, boleh pula dia tak bagi kononya tak da mak bapa, tak mampu. Sedih weyhhh baru berapa bulan duduk sekali nak acah-acah ada kuasa veto penjaga. Padahal tu semua tanggungjawab aku sebagai abang. Plot twist pula bila adik aku dapat kolej milik kerajaan yang yuran pengajian boleh kata hampir fully sponsored siap ada elaun sara hidup bulanan. Aku suruh je daftar tanpa pedulikan dia dah. Kemudian depan keluarga belah ayah aku, Mak Lang ni la beriya encourage adik aku masuk situ, padahal dia tak tahu apa benda pun pasal kolej adik aku ni masuk. Nampak tak macam mana permainan dia.
Kene kutuk belakang dengan dia tu perkara biasa. Taktiknya buat kisah-kisah meraih simpati dan muka sedih bila cerita pasal kami. Terasa macam kami ni menyeksa dia ke? Target customernya dari sedara mara belah mak, ayah, anak cucu tirinya, orang kampung, family kawan-kawan kami. Senang cakap she will sells the story kepada sapa-sapa je yang kenal kami. Memang tu selalu je perasan kenapa kalau balik kampung mesti ada mata pandang semacam dekat kami. You can feel it! Rasa macam pesalah banduan baru keluar penjara.
Aku selalu doa minta dekat Allah supaya dia berubah. Hujung tahun lepas kesabaran aku dah sampai hadnya, aku tak mampu nak tampung beban stress tu tambah masa tu emosi tak stabil sebab aku sakit selama sebulan. Aku pun meletop dekat dia. Puncanya, masa sakit tu aku putuskan hubungan komunikasi dengan dia. Yela orang tengah sakit nak berehat dengan tenang tak nak diganggu. Tapi dia ni tak puas hati, contact la sana sini sedara mara belah ayah tanya kenapa aku jadi macam ni. Lepas dapat contact aku, mula lah bising segala bagai. Sebabkan terlalu tertekan, on the spot aku meletop.Memang tak berniat pun nak meletop dekat dia. Aku betul menyesal dengan kejadian tu. Sejak dari tu, aku memang tak contact dia dan dia pun tak berani nak contact aku. Balik kampung pun senyap-senyap ke rumah induk keluarga ayah. Keluarga ayah aku pun tak berani sebut pasal Mak Lang depan aku lepas insiden tu.
Sampai la nak raya ni, hati aku keliru tak nak balik raya kat kampung sebab rasa bersalah dengan Mak Lang dan takut tak mampu nak hadap. Aku tahu dia merisik khabar aku balik ke tidak raya ni dekat keluarga ayah aku tapi diorang pun tak da kata putus pasal ni nak bagi tahu dia. Last ye Jumaat hari tu aku balik juga ikut adik aku. Nak tak nak, benda ni perlu dijernihkan balik. Suasana tu lebih kepada rasa jengkel sehingga la sampai 1 Syawal. Aku ingatkan dia dah berubah la rupanya masih belum. Petang raya tu pandangan-pandangan semacam tu kembali lagi bila ada orang datang beraya. Yang peliknya, mula-mula masuk rumah tu elok saja tapi lepas satu ketika, tetamu mula pandang kami semacam. Paling ketara nampak berubah cara pandang tetamu lepas bersembang dengan Mak Lang. Tambah-tambah lagi kalau keluarga anak tirinya mimik muka menyampah tengok kami macam buat tengah salah pada masa tu. Aku tak tahu la nak kata apa tapi otak dengan hati aku rasa mesti dia dah mula perangainya semula. Tawar hati bila fikirkan kelakunya.
Sekarang aku dah buntu balik, patut ke aku bawa adik aku lari terus dari dia dan mulakan hidup baru dengan persekitaran dan orang sekeliling yang baru?? Atau terus bersabar dan bertahan dengan kerenah ye??
Hati yang tawar pada hari raya
– Along
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit