Tawar Hati Dengan Suami

Nama aku Dinda. Aku berkahwin masuk tahun keempat, namun perasaan yang semakin berat di hati membuatkan aku terpaksa menulis pengakuan ini.

Sejak awal perkahwinan, aku percaya pada kejujuran dan kesetiaan, namun perlahan-lahan aku tersentak dengan realiti pahit yang aku hadapi.

Aku bukan hanya seorang isteri, tetapi juga seorang ibu yang ingin memberikan contoh terbaik kepada anak, walaupun hati ini kerap kali dilanda kekecewaan.

Aku dah lama simpan perasaan ini dalam hati, tapi hari ini aku terpaksa luahkan. Aku dah penat dengan semua dusta dan pengkhianatan.

Suamiku—yang sepatutnya jadi teman hidup dan pelindung—selalu curang. Semua berlaku melalui aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, Instagram dan Omi.

Aku dan suami sebaya, kenal melalui Instagram, bercinta tiga tahun, bertunang setahun, dan berkahwin pada tahun berikutnya.

Semasa berkawan, aku pernah nampak chatting dia bersama wanita lain di Instagram, namun tidak mencurigakan aku. Ingatkan perkara biasa, okay, aku boleh terima.

Tahun pertama kahwin, kami bergaduh hanya kerana suami aku kuat marah. Beberapa bulan kemudian, aku mengandung dan kami PJJ, suami akan balik setiap dua minggu.

Sepanjang PJJ, aku tak pernah ada masalah dengan kecurangan dia.

Tapi aku pernah berdoa masa awal perkahwinan kami, semoga Allah tunjukkan jikalau suamiku mengkhianati perasaanku. Sebab aku terlalu percaya suamiku tak akan mengkhianati aku.

Episod kecurangan dia bermula pada tahun kedua perkahwinan kami.

Dia masih pemarah. Adakalanya benda kecil pun boleh jadi besar, dan dia selalu salahkan aku, even benda itu nyata salah dia.

Kali pertama curang selepas dia pulang bekerja, hanya ingin melihat jam telefon, maka bermulalah pergaduhan kami hanya kerana mesej dari wanita lain di Telegram muncul di skrin telefon suamiku.

Aku diam sampai la dia tengok telefon dan faham kenapa aku diam. End up, aku disalahkan kerana cek telefon dia, sedangkan aku tak ada geledah pun.

Begitulah seterusnya. Setiap kali kantoi, dia salahkan aku. Sehinggalah entah kali keberapa kantoi, aku mengadu dekat mak dia a.k.a MIL aku, dan mak dia sabarkan aku serta pujuk anak dia. Kemudian, anak dia insaf tapiiii sekejap je taubat dia.

Setiap kali dia kantoi, bukannya mengakui kesalahannya, dia hanya minta maaf setelah aku marah. Tingkah laku ini dah jadi pola dalam perkahwinan kami. Minggu ini saja pun dah dua kali kantoi lagi. Yang terakhirnya hari ini, selepas sekali lagi kami bergaduh.

Bila suami pulang kerja dan tertidur, anak kami mengambil telefonnya. Aku ambil telefon itu dengan niat untuk elakkan anak menghantar mesej dalam group WhatsApp,

Tapi ketika itu aku ternampak mesej perempuan lain yang masih baru dua minit lepas, dan mesej-mesej sebelum ini dah dipadam.

Bila dia dikonfrontasi, dia hanya memberikan alasan “kawan”, tapi aku dah bosan dengan perangai itu. Aku dah tak mampu lagi percayakan dia.

Setiap kali dia di office, fikiranku selalu overthinking. Aku tahu, once a cheater, always a cheater. Aku dah penat sangat-sangat hidup macam ini.

Mungkin dugaan rumah tangga lain ada yang lebih teruk, tapi sebab aku dulu tak pernah terfikir dia sanggup buat aku macam ini. Aku sedih sangat. Dia macam play victim dan manipulatif, aku rasa aku dah tak dihargai sebagai isteri dia.

Hari ini, aku menulis ini sebagai luahan hati dan harapan agar ada yang boleh memberi nasihat dan dorongan. Aku terluka, kecewa, dan semakin kehilangan kepercayaan.

Adakah aku salah? Atau adakah ini memang hakikat hidupku sekarang?

Aku perlukan sokongan dan petuah dari sesiapa yang pernah melalui perkara serupa.

– Dinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Dinda,
    Byk sgt hint Allah dah tunjuk. Sudah2lah. Tawar hati tu pun hint. Nak anak jadi ‘baik’, parents kena jadi contoh yg baik dulu. Anak tu membesar dlm environment toxic, tak elok utk dia. Gagal dlm rumahtangga tak bermakna gagal jadi ibu yg baik. Teruskan didik anak sehabis baik walau tiada lelaki bergelar suami. Nak anak happy, mak kena bahagia dulu…

  2. Apa pulak ko yg salah.Laki tak guna hang tu yg salah.Tahu menipu mencurang.Takut2 x lama lagi berani2 check in bilik pulak.

    Dari awal tunang ko dah sedia maklum kan dia suka melayan perempuan..tp mgkn masa tu ko naif anggap tu hanya kwn dia..oh tidak…
    Kebanyakan lelaki yg kita kenal dlm apps ni..dia bkn kenal dgn kita seorang sis..dia akan ada spare part beberapa lagi..dan..if dia dah muak dgn kita..dia akan ulang benda sama..iaitu cari org lain di dlm apps juga.

    Kawan i pernah ckp benda ni dan i setuju sebab dah pnh nmpk dpn mata situasi ni..cycle akan berulang dan berulang lg..

    Sabarlah sis..lelaki yg elok dia takkan melayan wanita lain apabila dah kahwin tp itulah..suami u spesis buaya.

    U yg mkn hati.Dia manipulative dan gaslighting u balik.Nmpk x game dia kat situ?Konon u xde hak nak pertikai kesalahan dia.Bila u ada bukti..dia salahkan u balik.Sgt red flag beb.

    Brp lama lg u nak tunggu sis?Org mcm ni payah nak berubah dan insaf..melainkan dah cacat duk kerusi roda.

    Demi kesihatan emosi & mental..baiklah u fikir apa yg terbaik..bertahan atau melepaskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *