Untuk Part I, (https://iiumc.com/tawar-hati-dengan-suami-4/).
Sambungan…. Selepas kejadian tu aku kata lebih baik bercerai daripada asyik bergaduh benda yang sama. Saya nak awak cari yang sesuai dengan awak. Saya ni perempuan yang tak ada adab tak sesuai dengan awak. Kemudian, dia silent treatment sampai seminggu masa tu memang tak ada ws sbb PJJ.
Saya kecewa saya cakap nanti saya balik kita pergi mahkamah untuk selesaikan and dia seen je ws. Sampailah aku balik rumah mak aku. Dia dekat rumah mak dia, aku di rumah mak aku. Mak aku tiba2 tanya aku, “kak, ko ada tak bagi ke something kat dia? (si suami)”.
Aku terkejut kenapa mak aku tanya macam ni. Barulah mak aku cerita sebenarnya 2 hari sebelum aku balik dia datang rumah aku jumpa mak aku sekali dengan mak aku ada kakak dan abang ipar aku (diorang orang tengah).
Dia cerita dekat mak aku semua benda dalam rumah tangga aku tak kira aib aku ke tak tapi yang pasti ayat dia memang aku yang salah aku yang punca semua masalah. tak ada satu pun kesalahan dia apatah lagi nak minta maaf ke apa.
Mak aku terkejut tak tau nak cakap aku. Aku ni tak pernah nak cerita dekat keluarga pergaduhan dalam rumah tangga tapi dia cerita aib aku yang aku tak berapa nak bagi dekat dia pasal (s**). Tu keluarga aku, bukan setakat mak aku ada, kakak aku dengan abang aku pun ada skali masa tu.
Aku sangat malu dan marah masa tu. Benda dalam kain pun nak cerita ke? Masalahnya bukan mak aku je dia cerita, dekat keluarga dia pun habis dia cerita segala keburukan aku.
Aku terpaksa cerita dekat keluarga aku pasal ni sebab dia senyap dekat rumah mak dia. Mak dia kata dia tak nak datang bincang sebab dah datang hari tu (yang bukak aib rumah tangga tu). Aku dan keluarga aku terpaksa pergi rumah dia kalau tak benda ni tak selesai.
Masa kami sampai keluarga dia macam nak bergaduh dengan keluarga aku siap tanya mana kakak aku dengan abang ipar aku sebab diorang orang tengah (diorang tak ada sebab beraya dekat rumah abang ipar aku). Tapi nasib abang sulung aku tenangkan diorang.
Yang aku pelik kenapa abang ipar dia (si suami) yang bercakap bukan ayah dia bukan jugak dia sendiri. Dia diam je duduk di kerusi. Yang membara tengah cakap tu abang ipar dia.
Aku masa tu request nak bercakap dengan mak mertua aku sendiri mula2 diorng nk bercakap dekat situ jugak tapi abang sulung aku cakap mungkin ada benda yang aib jadi lebih baik aku cakap asing dengan mak mertua aku.
Btw ayah aku dah meninggal 6 tahun lepas jadi abang aku ialah wali aku. Aku memang luah perasaan aku kepada mak mertua tapi last2 sekali dia masih berpihak kepada anak dia walaupun aku cakap kenapa dia bukak aib rumah tangga kepada keluarga aku, mak dia senyap je.
Bila aku cakap aku dah tak sayang tak boleh timbul rasa kasih sayang barulah mak dia cakap kenapa pilih anak dia dulu bukan anak dia mencari pun…
Last skali aku dah malas nak ulang benda sama kenapa hubungan jadi berantakan sebab. Aku nampak mak mertua aku tetap percaya anak dia jadi aku hanya cakap ya, salah saya sebab saya tak boleh sayangkan dia sebab perangai dia. Mak dia cuba pujuk aku untuk kembali bersama tapi hati aku dah keras.
Kalau aib rumah tangga dia boleh cerita dekat keluarga aku mesti dia cerita dekat keluarga dia jugak. Kenapa aku nak hidup lagi dengan orang yang mengata dan membenci aku dalam rumah ni. Aku give up dan aku nak teruskan penceraian.
Nak tahu apa dia buat…. Dia hanya duduk dekat ruang tamu rumah dia membatu kat situ. Aku tak pasti apa yang jadi semasa perbincangan antara keluarga aku dengan keluarga dia sebab aku bercakap dengan mak dia.
Aku dan mak mertua aku pun kembali ke ruang tamu untuk bincang semula. Abang ipar si suami tanya aku nak teruskan atau tak. Aku hanya geleng kepala. Si dia hanya membatu di situ. Yang bercakapnya abang ipar dia, ayah dia pun hanya sekadar menyampuk sikit.
Abang ipar dia kata boleh bercerai tapi dia nak cerai tebus talak, dia nak semua mas kahwin 10k, dua cincin emas, gelang emas dan laptop yang dia bagi. Aku setuju sebab aku dah malas nak layan. Kalau diorang boleh terus bagi keputusan macam tu maksudnya dia dah bincang dengan keluarga dia kalau aku taknak teruskan.
Setelah selesai, abang-abang aku cerita apa yang berlaku tadi dekat aku. Rupa-rupanya keluarga dia hanya memburuk-burukkan aku sebab tak puas hati aku nak minta cerai. Yang paling beria mestilah abang ipar dia sebab kawan baik dia jugak tu. Bila abang aku tanya keluarga dia adakah mereka tahu cerita tentang perkara dalam kain, mereka senyap.
Abang aku tanya lagi adakah si suami tak beri nafkah kepada aku… Dia senyap tapi bila abang aku cakap lagi sekali “cakap betul2 ada tak A tak bagi nafkah kepada AA, ada apa2 tanggungan ke ? Masa tu aku tengah bercakap dengan mak dia so aku tak tahu. Tapi dia mengaku dia dah tak bagi duit sewa rumah hanya duit makan.
Tapi bila aku cek dah 3 bulan tak bagi. Aku tak cek sebab masa tu aku malas dah nak bergaduh pasal rumah sewa. Memang aku di KL tu aku guna duit sendiri (sewa rumah, kereta, naik bas) tak ada dah aku minta duit dia dalam 3-4 bulan macam tu. Memang aku tak minta bagi aku kalau ada tanggungjawab dia bagi.
Dia bagi alasan kepada abang aku dia beli tanah sebab tu tak bagi nafkah dekat aku. Yang dia beli tanah dekat kawasan rumah dia tu pun aku tak tahu ye.
Abang aku tanya lagi sanggup tak dia cari kerja di KL supaya boleh duduk dengan aku kalau dapat baiki. Abang ipar dia laju cakap tak boleh. Dia tak boleh duduk bandar sebab dah biasa duduk kampung kerja di kampung padahal sebelum kahwin kata sanggup minta KL kalau dapat kerja tetap sebab sekarang pun kerja tak tetap.
Dia sanggup duduk jauh kononnya ayah dia boleh bantu aku tukarkan ke kampung dia. Dia kerja Iman ketiga di masjid bandar dan mukin serta guru Tahfiz tapi mungkin dah selesa jadi dia taknak pergi mana2.
Abang aku beritahu yang aku ni kerja kerajaan nak minta pindah ambil masa yang lama sebab tu dia minta si suami yang pergi ke sana tapi tulah. Dan si suami masih lagi membatu di tempat duduknya.
Kemudian, abang aku tanya lagi kalau aku berhenti kerja boleh ke tanggung. Tiba2 barulah mulut si suami ni berbunyi ” boleh je tanggung!” Sedangkan yang nafkah aku tiga bulan pun dia tak bagi. Aku aku cakap lagi tak bolehla berhenti sebab aku baru kerja ada contrak lagipun aku belajar kot nak kerja.
Dulu sebelum kahwin pun bukan main happy keluarga dia dengar aku kerja kerajaan. Abang ipar dia pulak tak habis2 duduk cerita keburukan aku di mata dia macam mana sedangkan keluarga aku tak sebut langsung keburukan si suami masa tu sebab kami datang hanya selesai cara baik.
Last sekali abang aku cakap aku memang macam tu kalau tak blh nak terima baik bercerai je. Abang dia siap cakap habis tu takkan nak ikut kehendak aku je. Keluarga dia nak aku yang berubah padahal si suami tu terang2 ada salah jugak tapi langsung tak sebut… Senyap je…
Keluarga aku tak ada pun cakap suruh si suami tu berubah ke apa. Macam mana aku nk terima lagi bila keluarga dia dah burukkan aku macam tu dan cakap seolah2 anak mereka sesuci kain putih.
Ada lagi yang aku sendiri terkejut si suami boleh buat macam ni. Si suami dan keluarganya kata kakak aku ws mak dia beritahu “nak cerai,cerai jela!”. Kemudian, diorang cakap pulak abang ipar aku sebar kisah rumah tangga dia kat orang masjid. Abang ipar aku Iman muda lagi tinggi pangkat daripada si suami.
Ironinya, kakak dan abang ipar aku datang selepas kami baru balik dari rumah si suami. Kami pun tanya kakak dan abang ipar betul ke apa yang mereka cakap. Kakak aku terkejut dia kata nombor mak si suami pun dia tak ada buat apa dia nak ws pulak.
Abang ipar aku pun cakap mana ada dia cerita kepada orang benda macam tu, si suami sendiri yang tanya macam2 orang pasal rumah tangga dia kononnya nak minta nasihat.
Dia yang sebar tapi fitnah orang lain pulak siap bagitau keluarga dia sampai keluarga dia nak bergaduh dengan kakak dan abang ipar aku. Nasib diorang tak datang masa kami pergi ke rumah si suami kalau tak memang bergabuh di luar agaknya.
Aku lebih percaya kepada abang ipar aku sebab aku dah lama tengok macam mana dia layan orang mustahil dia cerita kepada orang lain.
Memang betul si suami putar belit cerita sebab abang ipar aku tanya dia kenapa si suami cakap abang ipar aku yang sebar lepastu tiba2 si suami cakap ada orang beritahu dia bila abang ipar aku tanya siapa, dia boleh cakap tak ingat pulak siapa.
Pasal kakak aku pulak dia boleh cakap salah faham padahal dia ada di situ jugak masa keluarga dia marah kakak aku tu tapi dia senyap je duduk dekat kerusi dia. Sampai sekarang keluarga pelik sapa yang ws mak dia tu sebab mak dia sendiri cakap macam tu. Entahla tapi sejak tu aku baru nampak keluarga dia semua pelik2.
Fast forward aku pergi ke majlis agama untuk ambil salinan sijil nikah (dia tak bagi satu dekat aku). Kemudian,aku ke mahkamah syariah untuk buat permohonan cerai tebus talak.
Bila aku cakap nak buat permohonan cerai tebus talak, orang yang jaga kaunter pun kata jarang orang nak buat permohonan cerai tebus talak ni lepastu dia cakap biasanya si lelaki ni nak duit. Aku diam je.
Pada hari perbicaraan, kami berada dalam bilik Hakim. Hakim biasanya tak akan tanya lebih2 sebab dia ingat semua pasangan yang datang memang confirm nak bercerai tapi tiba2 si suami ni sebut “saya nak ibra'”. Aku pun pelik ibra’ apa pulak ni. Hakim macam tengok dia pelik.
Lepastu Hakim tanya dia ibra’ tu apa. Dia dengan confidentnya cakap ibra’ ni menggugurkan nafkah eddah, tempat tinggal dan mutaah. Aku cam dia ni dah kenapa? Dalam cerai tebus talak benda tu memang nak gugur la tak perlu nak ibra’ bagai. Tapi aku masih senyap.
Hakim pun kata apa yang awak mintak ni bukan cerai tebus talak. Awak nak macam mana ni?.
Tiba2 si suami kata, “bukan saya yang kata nak cerai tebus talak,dia yang kata”. Aku pun baru berbunyi “eh haritu kan dah bincang masa datang rumah”. Aku mula rasa panas suka hati dia je putar belit cerita. Hakim kata dia taknak kami bincang kat dalam bilik Hakim.
Jadi kami bincang di luar bilik kalau tak dapat kata putus nanti terpaksa tarikh lain pulak. Di luar bilik Hakim ada orang jadi aku bercakap dengan dia dengan suara perlahan tapi dengan nada marah. Aku kata “awak ni dah kenapa? Tiba2 tak setuju pulak” ?.
Dia kata “saya nak hitam putih je”. Aku pun kata balik “hitam putih apanya dalam tebus talak tu memang nafkah eddah, tempat tinggal dan mutaah tu memang tak ada.
Awak tak payah risau la saya takkan minta sikit pun duit awak tu. Yang awak minta 10k, cincin, gelang, laptop semua saya akan bagi. Saya taknak ada apa2 pun dengan awak lagi dah. 3 bulan tu yang awak tak bagi nafkah tu ada saya mintak ke?
Lepas aku cakap macam tu barulah dia setuju balik. Bila dah masuk dalam bilik Hakim, Hakim tanya kenapa sijil Nikal ni yang salinan je? Si suami cakap ada dengan dia di luar. Hakim suruh dia ambik.
Kemudian, Hakim tanya aku, “dia tak bagi dekat awak ke sijil nikah”? Aku entahla kenapa rase sebak mungkin sebab aku terasa… seteruk tu dia buat dkt aku seolah2 aku curang dengan dia. Aku jawap “dia tak bagi”. Hakim pun kata takpalah.
Aku tahan air mata aku cuma suara aku macam tengah tahan nangis sebab tu aku tak bercakap selagi Hakim tak tanya apa2. Hakim ada sebut info-info kami lepastu si suami terangguk-angguk. Hakim pun kata dah kenapa angguk-angguk. Aku terpegun kejap Hakim cakap macam tu.
Aku terfikir Hakim ni annoyed dengan dia ke apa? Dalam sedih2 tu ada jugak yang aku rasa lawak. Memang aku tak pandang dah si suami. Masa Hakim suruh bagi 10k pun aku bagi tanpa pandang muka dia. Masa tu aku hanya fikir ni la ujian aku sebab aku tak tanya Allah masa aku kahwin dulu.
Sampai sekarang aku malas dah nak ambik tahu pasal dia dan keluarga dia. Ada kenalan aku beritahu yang abang ipar ex husband tu tak habis2 play victim dalam status dia tapi aku dah malas so aku block semua keluarga dia.
Bagi aku alhamdulillah dia setuju cerai tebus talak sebab cerai tebus talak cepat dan tak boleh rujuk dah tapi kalau cerai biasa walaupun cepat still boleh rujuk dalam tempoh eddah.
– AA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit