Tawar Hati, Fobia Dengan Usrah

Assalamualaikum wbt, Harap luahan ini diterima admin. Terima kasih admin page kerana menyiarkan luahan & persoalan saya ini. Luahan ini bukan tujuan untuk mengaibkan tetapi sekadar perkongsian luahan rasa & persoalan di hati sekian lama tanpa dedahkan identity sendiri. Maafkan saya jika rasa tulisan ini terlalu panjang. Saya tak tahu nak pendekkan macamana, takut tulis ringkas2 readers kurang faham nanti.

Berikut merupakan terjemahan beberapa istilah yg mungkin readers kurang faham

1. Usrah = kumpulan yg sering mengajak membuat perbincangan agama & ilmiah secara halaqah(bulatan kumpulan kecil) @ kuliah umum

2. Jemaah = ahli kumpulan

Abah & umi saya dahulu pernah mengikuti usrah semasa mereka belajar di IPT suatu ketika dahulu. Saya namakan sebagai usrah AYAM (Bukan nama sebenar). Pertemuan jodoh antara mereka telah disusun oleh jemaah usrah juga.

Menurut umi saya, pernah suatu ketika usrah AYAM & usrah IKAN (bukan nama sebenar juga) ada konflik & perselisihan faham untuk tempoh tertentu. Abah saya tidak suka akan situasi tersebut & terus menarik diri dari ikuti usrah. Umi saya sebagai isteri hanya follow apa yg suaminya bertindak.

Jadi, family kami jalani kehidupan biasa tanpa ikuti program2 typical usrah.

Semasa saya melanjutkan pengajian di IPT, saya ada follow sikit2 program usrah AYAM tanpa sengaja. Semasa di tahun ke-4 pengajian , seorang ahli usrah berpangkat seperti ibu berkenan dengan saya untuk dijadikan menantu. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, sebab waktu itu saya ada konflik dengan rakan sekelas saya yang meminati saya sejak saya berbadan besar (obesity) sehingga saya berjaya mendapat berat Badan yg ideal. Yela, siapa yg tak sedih bila kehilangan orang yang betul2 inginkan kita tatkala kebanyakan orang lain (bukan semua ya) mengejar jodoh dengan mereka yang ada rupa & tidak gemuk . Silap saya sebab lambat menyedari & menghargai orang yang terima kita seadanya . Tapi, saya memilih untuk redha. Disebabkan itu, saya telah berazam untuk terima kekurangan pasangan saya sebab saya tahu apa perasaan apabila sering dikecam sebab rupa.

Jadi saya anggap penyusunan jodoh dalam jemaah merupakan satu rahmat utk saya lupakan rakan sekelas tersebut.

Namun, hendak dijadikan cerita. Terdapat cerita dari sumber yang terdekat dengan (bakal) ayah mentua ketika itu. (bakal) ayah mentua telah bernikah lagi satu. Saya tak pasti ketika itu isteri pertama a.k.a (bakal) mak mentua dah tahu ke belum. Si penyampai memaklumkan telah mengusik (bakal) ayah mentua tentang kahwin dua ni. & reaksi (bakal) ayah mentua ketika itu adalah dengan buat aksi cium2 depan si penyampai tersebut which means sikap tu tak sepatutnya ada pada ahli usrah.

Saya terkejut sangat2 sebab tak sangka langsung orang yang ikuti usrah boleh berkelakuan sedemikian. Saya memilih untuk tidak percaya dengan si penyampai tersebut walaupun tahu si penyampai itu kenal dia ketika bukan sama2 ahli usrah.

Dipendekkan cerita saya selamat bernikah dengan ahli jemaah AYAM. Setiap orang & famili ada kebaikan & keburukan masing2. Family in law saya sangat2 menjaga hubungan sama2 adik beradik. Cuma, when it comes to makcik2,pakcik2 atau sepupu2 , mereka macam kurang mesra. Sedangkan pada saya hubungan sama mak ayah saudara & sepupu semua kena jaga juga. Tetapi apabila mereka jumpa sama2 ahli usrah @ jemaah, mereka layan lebih dari family sendiri (makcik, Pakcik sepupu) .

Hidup dalam jemaah usrah ni. Best sebab boleh buat halaqah bincang hal2 agama. Tetapi yang saya kurang berkenan dengan hujah2 & sikap mereka (bukan semua) yang merasakan bahawa usrah is the best way. Setakat pergi masjid, ikut kuliah masjid surau tak cukup pada Mereka. Siapa yg tak follow usrah AYAM seolah2 dipandang serong. Planning family sanggup diketepikan demi ikuti program usrah mereka . Kalau program jemaah mereka baru dipanggil kerja2 Islam. Kerja2 lain bukan kerja Islam ke? (yang tidak langgar syariat). Belum lagi yang taksub dengan sama2 ahli jemaah mereka. Ustaz Mereka sahaja yang betul

Ayah mentua Alhamdulillah tidak pernah culas dlm tanggungjawab keluarga tetapi ada beberapa sikap yang tak sepatutnya ahli usrah amalkan terhadap keluarga. Kasihan saya tengok mak mentua saya yg banyak memendam perasaan sejak suaminya ada isteri lain. Si isteri lain tu telah menyihir ayah mentua (masih tak sembuh hingga kini) & mak mentua (sudah sembuh sepenuhnya kini) .

Pasangan saya tidak pernah culas juga dlm tanggungjawab. Cuma biasalah, saya ada juga bantu sikit2 menampung apa yang kurang (kadang2 ada juga terlebih menolong sebab kasihankan pasangan saya nak cari nafkah di bandar besar KL). Bak kata orang susah senang bersama2 . Namun, remuk hati saya apabila mendapati bahawa pasangan saya pernah melayari web ‘wayang kulit’ & berchatting mesra dengan berlainan jantina yang ada rupa berbanding saya. Sedangkan saya tidak pernah bercinta dengan mana2 orang kerana menjaga diri betul2 .(saya tak sempat bercinta dengan rakan sekelas tersebut, cuma ada konflik ). Tak nafikan bahawa berat saya naik mendadak & mungkin itu sebab pasangan saya bertindak demikian. Tipulah kalau di hati saya tidak harapkan sebarang kasih sayang & setia daripada pasangan tatkala ketika urusan nikah dipermudahkan (majlis simple, tiada hantaran) & saya terima pasangan seadanya. Perasaan insecure dengan fizikal saya kali ini lebih teruk berbanding zaman sekolah & IPT dahulu sebab orang yang menyebabkan saya terlalu insecure adalah pasangan sendiri; orang yang hidup sebantal dengan kita.

Disebabkan itu, saya dah semakin berhati2. Hati saya dah tawar untuk ikuti usrah disebabkan pengalaman2 ini. Saya masih ikuti usrah tetapi hati saya sangat2 memberontak. Patutlah abah & umi saya sudah tidak ikuti program2 usrah ni.

Saya mula menyimpan wang dan kurang membantu pasangan saya. Saya mula pasang badan kembali . Apabila saya dah mula turun berat badan sikit baru nampak pasangan saya suka & sayang saya. Namun, saya sering merungut dalam hati. “aku dah cantik baru nak terhegeh nak balik”

Mungkin sebab saya kadang2 teringat balik orang yang pernah minat saya dahulu (bukan saya kata menyesal tetapi ada sedikit rasa kecewa & terkilan pasangan tidak terima kekurangan kita) .

Saya takut. Saya trauma. Tapi saya tak tunjuk. Adakah salah perasaan & pendapat saya ini? Saya tak nak over think tetapi apabila berlaku terhadap diri sendiri tahulah perasaannya.

Mohon doakan saya kuat & tabah lalu ujian ini. Nak kecam silakan, hanya yang lalui pengalaman sama yang memahami konflik jiwa saya.

~akak M~

– Akak M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit