Tawar Hati Seorang Anak

Salam semua pembaca IIUMC. Terima kasih kepada admin jika confession saya disiarkan.

Saya follower tegar IIUMC dan ini kali pertama saya menulis selepas membaca confession Siti yang dicelakakan ibunya, (https://iiumc.com/mak-saya-kata-saya-anak-celaka-anak-derhaka/).

Sedikit pengenalan tentang saya, saya Bunga, awal 20an, dan anak kedua daripada empat adik beradik. Saya merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga.

Tujuan saya menulis adalah untuk meluahkan kisah hidup yang lebih kurang sama dengan Siti, dalam confessionnya “Dicelakakan Ibu Sendiri”. Tapi mungkin nasib saya tidaklah seteruk Siti.

Saya memendam rasa dengan ibu sendiri sejak di bangku sekolah lagi. Semasa zaman belajar, saya sentiasa disuruh melakukan kerja2 rumah seawal usia 7,8 tahun lagi.

Dan apabila umur saya meningkat, saya semakin kerap disuruh membantu ibu menguruskan rumah dan adik adik.

Bagi saya perkara ini biasa saja dan saya sentiasa membantu kerana kesiankan ibu. Tapi lama kelamaan apabila saya di sekolah menengah, saya menjadi sangat penat.

Saya merupakan pelajar harapan di sekolah, maka jadual waktu saya sangat padat. Bila tahun peperiksaan, saya akan pergi ke sekolah seawal 6.45 pagi dan pulang ke rumah pada 11 malam kerana kelas malam.

Pernah juga saya cuba tinggal di asrama tapi tidak betah kerana saya tidak pandai membahagikan masa.

Oleh sebab itu, saya sangat penat dan tidak punya masa untuk menguruskan rumah. Saya fikir ibu akan memahami, tapi sebaliknya sumpah seranah yang saya dapat.

Saya sentiasa diherdik “pemalas, biadap dan tahu tidur sahaja”. Saya menjadi sangat stress dan mula melawan kata2nya.

Terlalu kerap ibu menyumpah seranah saya seperti menggelarkan saya “bodoh, anak syaitan, gila” dan turut men”celaka”kan saya sehingga saya cukup tertekan dan pernah cuba untuk lari rumah.

Ayah pernah juga membela saya dan mengatakan tindakan ibu tidak betul, tapi ayah pula dimarahi ibu.

Keadaan semakin teruk apabila ayah ditukarkan tempat kerja ke selatan tanah air. Ibu terpaksa menguruskan kami sendiri dalam keadaan dia juga bekerja.

Saya mula merasakan saya adalah tempat ibu melepaskan tekanannya.

Ketika ini lebih teruk saya dimaki hamun, dirotan dengan hanger sehingga luka dan berbirat birat di badan jika saya lambat/ tidak sempat membuat suruhannya.

Ibu juga pernah menelefon ayah di depan saya mengatakan bahawa dia tak mampu nak membesarkan saya lagi dan menyuruh ayah bawa saya tinggal dengannya.

Hancur hati saya ketika itu. Pada ketika itu, saya sering menyalahkan diri sendiri. Kenapa saya tidak cukup bagus untuk ibu. Kenapa saya sering mengecewakannya.

Ibu juga tidak pernah menunjukkan penghargaannya apabila saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Saya masih ingat ketika peperiksaan PMR, saya mendapat Straight As dan dalam perjalanan balik ke rumah, ibu berkata,

“Dia tidak bangga pun ada anak yang pandai sekolah, buat apa punya anak yang pandai tapi pemalas dan perangai hodoh”. Sehingga harini saya terluka dengan kata2 itu.

Setelah saya bertungkus lumus belajar, itu ayat yang saya terima darinya. Memori saya ketika zaman persekolahan dipenuhi dengan memori hitam dan duka.

Saya juga pernah beberapa kali mencederakan diri sendiri dan berharap saya mati sahaja.

Namun, hubungan saya dan ibu saya bukanlah setiap hari penuh herdikan dan makian. Ada masanya dia sangat sangat baik dengan saya.

Kadang2 setelah saya dimarah/ dipukul dengan teruk, dia akan membelikan makanan kegemaran saya. Mungkin untuk memujuk saya. Saya cuba memahami ibu kerana ibu sebenarnya mempunyai masa silam yang dahsyat.

Ibu bapanya bercerai ketika usianya 5 tahun, dan sejak itu dia didera fizikal dan mental oleh ibunya sendiri.

Kami sekeluarga mengetahui hal itu kerana nenek masih ada dan tetap berperangai seperti mana dia melayan ibu dahulu. Kami, cucu-cunya turut dilayan dgn tidak baik oleh nenek.

Jujur, saya cemburu melihat kawan2 yang sangat rapat dengan ibunya, boleh bercerita macam-macam perkara.

Namun, ketika saya di alam universiti, hubungan saya dengan ibu tidak semena mena menjadi sangat rapat. Mungkin kerana kami sudah tinggal jauh, terpisah beratus ratus kilometer oleh jarak. Saya sangat gembira, akhirnya saya boleh bersahabat dengan ibu.

Namun sepanjang PKP, hubungan saya dan ibu semakin renggang. Apabila ada saja tidak kena, dia mulai memarahi dan memaki hamun saya.

Trauma saya kembali. Ibu juga sering mengatakan saya perempuan gatal merenyam, jika keluar dengan kawal lelaki tersengih2 sahaja.

Padahal saya keluar rumah pun boleh kira berapa kali kerana saya memang sejenis “home person”. Ada satu kejadian ibu berselisihan faham dengan saya.

Sebelum keluar dari pagar rumah ibu keluar dari keretanya mengherdik saya, melaung laung mengatakan saya anak kurang ajar, biadap, tak reti bahasa dan mcm2 lagi.

Entah2 jiran pun ada yang menyaksikan kejadian itu. Air mata saya tak dapat dibendung lagi. Kenangan buruk yang saya cuba buang sejauhnya kembali lagi. Saya menangis seperti orang gila malam itu.

Sejak hari itu saya menjauhkan diri dari ibu. Saya tak berani lagi untuk rapat dengannya kerana saya trauma dengan layanannya. Ibu perasan saya semakin menjauh tapi tidak pernah cuba untuk menyelami perasaan saya.

Seperti confessor, saya juga sedih mendengar ceramah Ustazah yang mengatakan berdosa jika kita merajuk dengan ibu.

Namun dalam keadaan begini, saya sudah tawar hati dengan ibu. Saya menjadi tertanya-tanya, adakah dengan menjadi seorang ibu itu kita boleh melakukan apa2 saja kepada anak2 tanpa memikirkan perasaan mereka.

Adakah menjadi seorang ibu, kita menjadi kalis dosa? Saya sangat down dan tertekan.

Saya bakal berkahwin dan pastinya akan mempunyai anak sendiri. Namun saya sangat2 risau jika saya akan melakukan perkara yang sama kepada anak2 saya kelak akibat trauma masa lampau.

Adik2 juga berkata saya sekarang semakin garang, sentiasa tertekan, bercakap bahasa yang tidak sopan dan suka memberontak. Ingin saja saya katakan kepada ibu “lihat apa yang Ibu telah buat pada saya”.

Pada saat saya menulis ini, saya amat tertekan, down dan terluka dengan Ibu saya. Saya berfikir ingin kahwin sahaja secepatnya agar saya boleh bina hidup baru dan lupakan kenangan buruk bersama Ibu.

Saya sudah tidak mampu menghabiskan malam malam saya dengan menangis dan meratapi nasib saya diperlakukan sebegini oleh ibu.

Harap semua yang membaca doakan ketenangan hati saya, dan doakan saya mampu untuk mengharungi semua ini.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *