Tawar Hati Seorang Isteri

Hi nama aku Sarah (Bukan nama sebenar). Ini kisah aku…  Aku wanita 20an. Sudah berkahwin. Baru melahirkan seorang cahaya mata dan masih dalam pantang. Aku seorang wanita bekerja.

Pada mulanya aku rasa mungkin pembawakan selepas bersalin. Tapi fikir fikir, benda ni terjadi dari zaman sebelum ada anak lagi.

Aku berkahwin pada tahun 2022. Masih awal lagi. Ada yang cakap masih fasa pengantin baru lagi. Tapi aku tidak. Bermacam dugaan berlaku pada rumahtangga ku.

Suami aku sebaya dengan aku. Masih 20 an. Awal perkahwinan dia bekerja sektor perkilangan. Gaji pun agak lumayan. 

Permulaan tawar hati aku bermula bila fasa nak masuk setahun perkahwinan, kami masih berdua masa itu. Suami aku banyak lebihkan kawan dari isteri. Lepak sampai pagi. Adakala sampai bawak kerumah.

Hujung minggu kami berdua memang tiada masa berdua. Dating? jauh sekali. Kadang kala aku nak juga berdua suami isteri macam zaman bercinta. Tapi mesti suami akan ajak kawan sekali. Aku dah bercakap dengan dia. Tapi berubah ye sekejap. Lepastu buat balik. 

Aku diuji lagi dengan suami curang. Kantoi bergambar dengan perempuan di kilang dan dia simpan dalam folder rahsia. Allah mungkin nak gerakkan hati aku untuk cek hp dia. Ternampak satu folder pelik, bila tekan perlukan password.

Aku try godeh akhirnya keluar juga. Ternampak sekeping gambar mesra suami dan kawan kerja nya. Memang berbeza wajah happy bila berselfie dengan aku berbanding perempuan tu. Kecewa nya hati.

Bila ditanya, dia cakap nak hantar gambar tu ke kenalan, tetapi tertekan save di folder privasi. Aku ye kan tanda malas bergaduh. 

Nak masuk tahun kedua perkahwinan. Aku diuji lagi. Suami berhenti kerja. Alasan nak cari kerja lain.. Environment tak best katanya. Kebetulan aku baru tahu aku mengandung masa ini. Dia cakap nak cari kerja lain. Mungkin dugaan aku mengandung.

Sampai sekarang suami masih tidak bekerja. Dan sampai anak dah keluar masih tidak dapat kerja. Aku nampak dia effort cari kerja. Tapi mungkin dugaan untuk keluarga kecil kami.

Fyi dia ada juga buat part time kerja. Tapi hasil nya tidak la banyak. Hanya cukup untuk seminggu dua makan. Sepanjang aku mengandung, aku ngidam semua aku beli sendiri. Walaupun aku ajak dia teman, ada je alasan dia tapi bilaaaa kawan dia ajak lepak. Kemain laju ye.

Aku ingat bila dah berbadan dua, dia dah tak lepak. Hmmm sama je. Pegi mana2, semua ajak kawan. Sampai satu tahap, aku jalan sorang diri dengan perut memboyot. Happykan diri sendiri.

Aku pernah luah perasaan bila ada masalah. Tapi dimarahnya, katanya aku layankan perasaan, terlalu memikir sangat. Sedangkan aku bukan mahu penyelesaian, aku mahu orang mendengar. Sejak dari itu aku tidak pernah meluah hanya memendam. 

Bila di fasa dua tahun perkahwinan ni dan ada cahaya mata. Segala pembelanjaan aku tanggung. Aku tak berkira. Tetapi kalau tak mampu sumbang kewangan. Mungkin sumbang tenaga dan prihatin kat aku.

Masa aku pantang pun masih lepak dengan kawan sampai jam 1-2 pagi. Aku yang berjaga tiap hari menjaga anak. Yelah baby kan tiap 2 jam nak bangun nak susu. Aku harapkan prihatin dekat aku cukup la. Hmm jauh sekali.

Aku pernah cuba deep talk hal ini, dia cakap, dia lupa dia dah kahwin. Tu terbawak perangai bujang. Aku dah bagi masa lama untuk dia biasakan diri sudah berkahwin. Bukan 2-3 bulan. 2 tahun.. Apa dugaan aku. 

Serius aku tawar hati. Hidup seperti janda. Ada suami tapi sunyi. Mungkin Allah hadirkan cahaya mata untuk menemani aku? Adakah aku perlu berpisah baru dihargai? Aku korban macam2. Tapi kawan juga dia hargai. Aku umpama wanita yang tak wujud.

Sekarang aku di fasa tawar hati dimana dah seminggu serumah tapi tidak bertegur. Dia pergi kerja part time aku tak tanya.

Entah ini mungkin hati sudah tawar. Doakan aku kuat bersama anak untuk tempuh dugaan akan datang. Mungkin bila dah tiada baru hargai….

Terima kasih mendengar luahan ku… 

Yang ikhlas, 

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Sebelum kawen takde bincang ke pasal tanggungjawab. Kalo ada, tapi kesudahan macam lam cerita, baik takyah tunggu dik. Buat sesak napas je. In shaa Allah ada kebahagian lain yang menanti.

  2. Nak nikah tapi tak ready nak bertanggungjawab la ni. Masih nak enjoy cam orang bujangan lagi.
    Pi la involvekan kedua² family. Minta nasihat. Nt kalau dah takde jodoh awk dgn dia lagi, awk taklah dipersalahkan 100%.
    Baru je 2 tahun, jauh lagi nak jalan ni. Awal² dah camni, fikir baik², buat keputusan yg bijak. Kita ni bukan hidup lama mana pun. Hidup ini sementara je dik. Live your life the fullest dik. Semoga dipermudahkan Allah!

  3. Plz stop it, berhenti jadi bibik n berhenti jadi mesin atm. Berhenti dari bela biawak hidup. Da jls dan terang red flag besar , knp masih msih biar diri di pergunakan?kluarlh dr rmhtgga toksid ni. Parents awak besarkn awak bkn utk bela biawak@laki xguna

  4. Adik aku pernah diuji masa awal kawin, isteri dia suka moody, suka merajuk, suka marah2, suka mengungkit dll.benda yg remeh temeh pon dibesarkan.tak bcakap dgn suami sampai seminggu klu bgaduh.cakap kurang ajar, nak ehem2 pon payah, sebulan dua belum tentu dapat even 1x pun susah. Lps tu adik aku failkan perceraian sbb isteri dia yg cabar dia.awal tu dia ckp kt suami dia yg dia mampu hidup tanpa suami, dan dia ckp dia taknak bg suami dia jumpa anak dan nk cakap kt anak bapak dia dh tak duli kt anak.. padahal adik aku punya sedih tak boleh jumpa anak tuhan ja tahu… asal nk jumpa anak ja dia bawak lari.adik aku mmg tak nak cerai sbb syg isteri dan syg anak.tapi dh kena paksa jgk, isteri dia pon dh lari dr rumah ms bgaduh yg last tu, sbnrnya dh byk kali lari dr rumah asal bgaduh ja..even bgaduh sbb hal kecik sekali pun.ms dekat2 tarikh perbicaraan kt mahkamah tu, dia call adik aku nk jumpa..dia ckp dia myesal mntk cerai, dia nk berbaik semula, dia menangis teruk bgtahu yg dia mntk maaf dgn adik aku. lepas tu rumahtangga dorg alhamdulillah dh ok skrg. Dah lebih 10 tahun pon dh perkahwinan dorg sekarang. Barangkali tt pon kena buat macam ni… Ada org bila dah rasa nak kehilangan baru dia menyesal

  5. Dia x puas bujang dan dia xda rasa tanggungjawab…keluar lahh dik sebelom anak bertambah dan bertambah stress percayalahhh dia xkan berubah siss bangkit happy kan diei sendiriii okkk

  6. ramai je Suami yg hilang kerja,aku sendiri hilang keje,baru nk UP balik,Bizz lak lingkup.Isteri kena cover,dekat² 3thun Tentu² sbagai suami dgn rela la bantu keje² KT umah,JD driver dia ke ofis, tu biasa.Nafkah bukan tanggungjawab bini. Patutnya suami Pn Sara dh tau,apa itu berumahtangga, tanya je la!syg lifestyle or wife& anak! nanti ada lg ujian berat,lepas 5 & 10 tahun.Mntak la ahli keluarga yg Laki U hormat,mcm Ayah/abg/kakak/mak dia ke. tp jgn ngadu time duk ramai²,confirm hancur.Cari time,U dgn org tu je,mtk dia slow talk berdua je dgn husban.Kalu tk jalan gak,atas Pn Sara la.Muda bukan alasan,aku nikah,umur 23,wife 21.. Sekarang Umur 44 aku ada anak umur 21,19,12 & 1½. Yg 1st & 2nd kat IPTA.Yg umur 1½ tahun tu,rezki masa kecederaan.Tapi dari 2003 nk sampai tahun 2024 apa dugaan tk jumpa, sebagai rakyat marhaen,segala mcm dugaan. Allah SWT je tahu.Takat kuar Air mata tu biasa.No1 kena sabar dan tolak ansur,paling penting banyak² mintak tolong dengan yang Maha esa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *