Assalamualaikum.. aku pernah menulis di ruangan ini sebelum ini tentang kehidupan aku dan anak-anak,kali ini aku ingin menulis tentang ujian buat suami aku.. Ujian untuk memilih.. Nampak macam murah betul rezeki kami tapi bagi kami yang mengalami,benda ni ujian sangat besar..
Awal tahun ini,kami sekeluarga diduga dengan keadaan suami yang terpaksa berhenti kerja semasa aku didalam pantang anak ke 3.. Semasa aku berpantang di kampung dia berusaha mencari kerja lain sambil menguruskan anak yang sekolah,alhamdulillah..dari seorang juruteknik dia terpaksa menerima peluang kerja sebagai tukang kebun sekolah.. Nampak jauh bidang itu tapi atas desakkan hidup,memang dia ambil apa saja peluang kerja yang ada asalkan mampu menjana kewangan..
Sepanjang menjadi tukan kebun dengan gaji bersih rm800++ (setelah tolak EPF dan SOCSO),dia berusaha jugak menghantar resume ke berpuluh-puluh syarikat dan kilang-kilang untuk mencuba nasib. Syarikat kecil,syarikat besar,kilang tempatan,kilang bertaraf antarabangsa..semua dia cuba nasib tapi belum ada sebarang panggilan temuduga walaupon ada beberapa kali suami cuba ‘follow up’ dengan ‘HR’ beberapa syarikat dan kilang tersebut tapi jawapan yang diterima agak hampa.. Selalu aku pujuk,”tak apa lah..belum ada rezeki..”
Setelah beberapa kali hampa dengan keputusan temuduga dan masih menunggu jawapan dari beberapa tempat temuduga yang memberi jawapan ‘dalam proses menunggu’ jadi suami tekad untuk mencuba nasib bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana tawaran gaji agak tinggi RM1700++ bersih.. Kali ini suami bersungguh meminta pendapat aku boleh atau tidak dia meneruskan keputusan untuk menjadi pengawal keselamatan kerana dia terpaksa bekerja shift 12jam sehari dan 6hari bekerja kerana risau dengan keadaan aku untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak..Aku menyokong dia meneruskan niatnya,hal anak-anak serahkan pada aku walaupon aku juga bekerja.
Ketika hati sudah nekad dengan keputusan tiba-tiba suami aku dapat 1 tawaran bekerja di sebuah kilang. Ketika menerima panggilan telefon tentang tawaran bekerja memang kami suami isteri terlalu seronok terasa Allah SWT terlalu baik dan sayangkan kami tapi disini silap suami,suami terlalu patuh untuk masuk bekerja seperti yang dinyatakan dalam panggilan telefon tanpa meneliti surat tawaran pekerjaan yang dikatakan belum siap dan akan dibagi di kemudian hari..setelah seminggu bekerja dan telah tamat ‘training’ baru surat tawaran diberi,rupanya suami hanya ditawarkan jawatan sebagai operator dengan gaji bersih sebnyak rm900+.. Cuma masa bekerja hanya 8jam sehari kerja 5hari seminggu dan boleh membuat kerja lebih masa setiap hari kecuali hari cuti..
Jadi suami meneruskan kerja di kilang tersebut dan memilih untuk bekerja lebih masa setiap hari dengan harapan tambahan wang dari kerja lebih masa itu cukup menampung kehidupan kami sekeluarga seharian. Masuk minggu ke 2,suami menerima 1 lagi tawaran kerja di sebuah kilang di negeri lain.. Jarak rumah ke tempat kerja yang baru ditawarkan ini 45minit sehala,kali ini suami menerima tawaran bekerja sebagai Juruteknik Pengeluaran dengan basic rm1400 tidak termasuk lain-lain elaun dan waktu bekerja yang rasional iaitu 4hari kerja/2hari cuti dan shift 12jam..Suami terus menghantar notis berhenti kerja 2minggu seperti didalam surat tawaran dan bersedia untuk bekerja di tempat baru sebagai Juruteknik.
Alhamdulillah suami selesa ditempat kerja baru,rakan-rakan sekerja sangat-sangat mesra dan supportive tapi suami diduga pada minggu ke 3 bekerja,dia terpaksa melalui 1 pembedahan kecil segera. Sakit tidak boleh diduga,datang secara tiba-tiba..Siapa kita nak mempersoal apa yang Allah swt dah tetapkan?? Selepas pembedahan dia mendapat cuti sakit selama setengah bulan dan terpaksa cuci luka selepas pembedahan setiap hari di klinik kesihatan yang berhampiran sehingga isi/daging baru tumbuh di tempat pembedahan itu.. Ditambah dengan ‘follow up’ doctor pakar setiap 2minggu.. Suami cuba untuk bawa motorsikal,manalah tau jika mampu bawa motorsikal dia boleh juga masuk awal ke tempat kerja..Tapi keadaan luka pembedahan yang agak besar memang menghalang dia untuk melakukan aktiviti berat..Allah swt duga sebab sayang,jadi kami sabar mengharungi ujian ini..
Seminggu selepas pembedahan suami terima 1 lagi tawaran kerja di sebuah kilang bertaraf antarabangsa,Alhamdulillah..memang seronok tapi ketika melihat jawatan dan gaji yang ditawarkan suami kembali berfikir berbaloi atau tidak..kerana jarak jawatan ditawarkan hanyalah sebagai operator dan gaji lebih rendah dari tempat kerja semasa..dengan jarak ke tempat kerja melebihi 1 jam sehala (menaiki motorsikal) dan terpaksa menaiki Jambatan Pulau Pinang setiap hari..elaun kenderaan diberi tapi tidak dinyatakan jumlahnya (untuk tol dan minyak).. Aku cuma berpesan pada suami,bertenang..sabar..pikir dalam-dalam dan sewajarnya..dan suami terus diam,aku biar dia membuat keputusan sendiri..
Beberapa hari selepas itu 1 lagi tawaran pekerjaan suamiku terima, seperti cendawan selepas hujan..Tidak putus-putus tawaran perkerjaan diterima,tanpa sedar disebalik rezeki yang mencurah secara tiba-tiba ini sebenarnya Allah swt sedang menguji hambanya..beberapa kali aku ingatkan suami,semua ini ujian..bertenang dan sabar..fikir sedalamnya..
Tawaran yang baru diterima gajinya lebih tinggi,basic rm2000++ dengan jawatan yang lebih tinggi dari Juruteknik..Cuma agak kurang dari segi elaun lain,tiada kerja lebih masa yang dibenarkan,tiada elaun kenderaan,cuma diberi elaun shift dan kemudahan klinik panel..Tapi lebih dekat dengan tempat tinggal (Cuma 10-15minit),2hari cuti dan tiada tol yang perlu suami hadap untuk ke tempat kerja..selain benefit ini,suami nyatakan dia agak takut untuk menerima tawaran terbaru kerana memikirkan tanggungjawab yang perlu dia jaga untuk jawatan yang diterima. Tanggungjawab yang tinggi,kena terus berurusan dengan pengurusan tinggi.. Walaupon agak pelik dengan tawaran yang agak lari dari pengalaman kerja sebelum ini,mungkin jawatan ini dipilih berdasarkan kelulusan akademik suami..
Setelah puas berfikir,dengan keadaan suami yang masih lagi dalam cuti sakit..Suami membuat keputusan untuk menerima tawaran kerja yang terakhir,dan walaupun agak berat untuk melepaskan tawaran kerja dari kilang anatarbangsa itu.. Permohonan ditolak dengan cara baik,dengan harapan suatu hari nanti jika terpaksa memohon buat kali kedua,suami diterima masuk.. Dan suami baru sahaja menghantar notis berhenti kerja untuk kilang semasa,disebabkan suami masih belum diserap sebagai pekerja tetap,notis 24jam telah dihantar kepada HR seperti dinyatakan didalam surat tawaran kerja..harap suami akan bertenang kerana aku Nampak keserabutan yang nampak jelas di mukanya.. harap dia lebih tenang dan sabar..
Maaf andai penulisan ini panjang,memang rezeki tawaran kerja yang masuk tu mencurah-curah..Tapi keadaan kami yang terpaksa membuat keputusan untuk memilih ni sangatlah sakit,walaupon notis berhenti kerja dihantar mengikut tempoh seperti yang dinyatakan didalam surat tawaran..Masih lagi bnyak gaji suami yang dipotong..Dan tahun ini rekod kerja suami agak buruk sebab tempoh bekerja yang singkat di 1-1 tempat..didalam rezeki yang dititipkan buat kita,ada diselitkan sekali ujian..Ujian untuk menjadikan kita lebih kuat,tenang,sabar,bersyukur, tidak mudah lupa diri,sentiasa beringat-ingat dan sentiasa percaya yang Allah swt tak akan lupa akan hambanya..doakan suami saya ditempat kerja barunya..doakan kesihatan suami untuk ‘fit to work’ minggu depan..doakan rezeki kami bertambah,dan untuk semua kemungkinan ada doa kalian yang makbul dari confessions saya sebelum ini..Akhir kata terima kasih admin dan semua pembaca..
– Aku,Ibu,Isteri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit