Team Paranormal

Assalamualaikum semua. Berkenaan tajuk di atas, semua mesti tertanya2 kan, apa yang di maksudkan dgn ibu hantu dan team paranormal. Hah nak cerita la ni. Aku buat keputusan nak berkongsi cerita ni pun setelah aku yakin 100% yg aku dah bersedia mental dan fizikal aku. Korang sesantai je baca entri aku ni. Kalau korang seram, aku lg seram. Hahaha.

Disebabkan family dn rakan terdekat ada yg tau tentang kes aku, jd aku memilih untuk tak nak dedahkan langsung walau satu huruf pun dr nama aku dan anak2 aku. So aku ringkaskan aje. Aku ni seorg ibu tunggal, anak2 aku berkebolehan nampak benda yg bukan dr alam nyata. Kalau korang cakap, ‘alaa, biasa lah budak2 memang nampak2’, aku dah pergi berubat dah, mmg hijab mereka terbuka sikit dan bukan seorang hamba Allah yg tetibe entah dari mana muncul maklum anak2 aku ni istimewa sbb mampu ‘berinteraksi’gitu dgn ‘Hamba Allah di Alam lain’. Alaaa belum cerita pun dah meriding dah bulu2 semua. Haihh.

Ok lah aku buat entri ni, dr satu kisah ke satu kisah, supaya korang boleh enjoy dan faham cerita aku ni ye, sebelum tu aku perkenalkan dulu ;

Team paranormal no 1:

-Anak sulung aku-

Dr kecik dia ni, dia boleh bercerita dengan siapa dia jumpa, macamana keadaan dan rupa bentuk benda tu, termasuk cara berjalan ‘benda’ tu, mula2 depa kawan elok je, lama2 benda tu macam tak boleh terima hakikat anak aku dah mulai membesar dan ada kawan normal yg lain, bermula lah episod anak aku menangis2, bagai dicubit2, bagai dipukul2 gitu, anak aku takut dan xnak berkawan lg, setelah aku ‘dinding’ kan diri nya, alhamdulillah tiada lg episod cubit dan pukul oleh nya, cuma sehingga kini masih lg boleh melihat dan jelaskan kedudukan benda2 tu (bukan satu tp ramai tak terkira, malahan rupa dn bentuk nya juga dia mampu untuk terangkan).

Team paranormal ke 2:

-Anak kedua aku-

Kemampuan nya sama seperti yg sulung, tp dia lebih penakut. Dia dan abgnya akan spot satu arah dimana benda tu berada. Kemudian, dia akan menutup muka sehingga kami beredar dr situ.

Team paranormal ke 3:

-Aku la tu-

Korang boleh terbayang tak ketakutan aku ni lagi tinggi berbanding anak2 aku tu, sedangkan aku tak nampak pun apa2, sbb dah terbiasa aku hanya boleh rasakan je. Tu pun, aku punya takut tahap zimbabwe dah tu. Tp tu dulu, skrg tidak lg sejak aku menggunakan pelindung dan pendinding iaitu dr Allah melalui ayat2 Al Quran dan bantuan2 lain dr hamba Allah yg mempunyai kelebihan merawat org2 mcm anak aku ni. Mereka ni hanya hamba Allah yg diberi kemampuan untuk merawat, tp dgn kuasa dan izin dr Allah s.w.t. juga.

Punya panjang mukadimah nya kan. Haha.

Antara kes2 yg pernah terjadi (aku ambil yg mana seram dan aku ringkaskan sehabis mungkin) ;

1. (Tanda2 awal tentang kelebihan dia) Pernah aku yang ketika itu dgn anak sulung makan di sebuah warung di tepi parit, di seberang parit ada lah semak samun yg sudah menjalar dgn tinggi. Sedang aku leka makan, anak aku perhatikan sesuatu dr sebelah sana. Sambil gelak2 sendiri . Aku yg sedari td perhatikan keadaan dia cuba menegur, jangan main2, kemudian dia membaling mainan dia kearah sana. Sambil tergelak lg. Aku capai mainan td sambil marah2. Anak ku tidak lagi kisahkan mainan dia, sambil membuat gaya jalan yg agak pelik bg aku, dia berjalan kearah seberang parit. Pantas aku menarik tangannya. Sambil tergelak, dia menunjukkan aku satu gaya, yg membuat aku meriding terus. Dgn mata yg membulat, dia membongkokkan badannya ke belakang sambil memusing2 kan kepalanya. Dia segera berdiri tegak, sambil memberitahu ku, ‘ibu, lihat org tu kelakar la bu’, sambil menunjuk kearah seberang. Apalagi, aku angkut dia dgn barang2 dgn pantas aku pecut balik.

2. Aku bekerja di ofis, sambil2 tu aku ada membuat kerja part time yg lain. Aku ada ambil barang kilang dan jual semula untuk menjana income harian, smbil2 membuat sedikit simpanan utk masa depan anak. Usai kerja di ofis, aku akan pulang dn bersiap2 untuk pergi mengambil barang di kilang, selalunya pd jam 8 malam ke atas dn pernah mencecah sehingga 12 malam lewatnya. Malam tu, selesai sesi mengangkut barang, aku pun mula beredar pulang ke rumah. Untuk pengetahuan semua, kilang tersebut duduknya di dalam kawasan kampung yg agak terpencil. Laluan yg hanya muat2 satu kereta shj, tiada lampu jalan, manakala di kiri dan kanan jalan, ada pokok sebesar2 pokok, sejujurnya mmg seram gilaa lah. Baru aku perasan, sedari td anak ku memerhatikan ku, lantas aku bertanya, ‘kenapa tengok ibu mcm tu’, aku fokus pd pemanduanku sambil menoleh2 pd anak ku.

Ternyata sangkaan aku salah, bukan aku yg diperhatikan nya, sambil membuat muka kesian, ‘ibu, kenapa tak ajak kawan ibu tumpang sekali dlm kereta ni, kesian dia duduk di luar kereta,’ aku terkaku, dgn laju kepala aku menoleh ke arah luar kereta, namun pandangan ku kosong, aku hanya menjerit sekuat hatiku, sambil menambah kelajuan kereta ku. Esoknya suara aku hilang, aku syak sbb terlebih jerit, anak tekak aku sehingga geli geleman masa menjerit tu. Anakku?? Merajuk dgn aku sbb ‘kawan’ yg aku biarkan diluar kereta tu. Bila aku maklum, itu bukan kawan ibu, dia ‘benda’ yg tak baik,lepas ni jgn tegur lg. Respon yg aku terima dr anak sungguh menyayat hati, katanya ‘alaaa, rambut dia mengerbang je pun, buat apa nak takut, ibu pun rambut mengerbang jugak, abg tak takut pun’. Kenyataan sentap tu membuat aku pergi rebonding rambut terus pd keesokan harinya bimbang esok2 dia keliru yg mana satu ibu nya, dn yg mana satu bukan.

3. Pernah aku mengikut kawan aku, ada sesi berubat (dia terkena buatan oleh bekas kekasihnya sendiri), anak ku memandang tepat sebuah pokok betul2 berhadapan rumah nenek yg diberi kelebihan merawat org ni, dengan pantas nenek td menunjukkan anak ku, nenek maklum kepada aku, ‘tu anak kau sedang berinteraksi dgn manusia yg buat kawan kau ni,’ tanpa semena2 air mata aku mengalir laju (yg ni aku memang pelik, diorg yg bermasalah, apesal aku yg mengalir air mata), perasaanku saat tu kosong shj. Anak ku describe secara terperinci, ‘org lelaki tu pakai baju warna oren, duduk bawah pokok besar tu, tp dia bersembunyi di balik pokok, penuh semangat dia bercerita smbil maklum lelaki tu tgh marah sgt2. Mukanya bengis. Masa tu aku rasa nak lari balik je. Haihh

4. Ini perihal adiknya, seorang yg sgt petah bercakap. Aku syak anak ku yg ini pandangan nya mungkin lebih extreme, kerana setiap kali benda tu ada, dia akan menutup muka dan keras macam batu, puas buka tangan yg menekup muka namun gagal. Dia punya takut tu, aku yg tak nampak pun boleh jadi 10x ganda lebih takut dr dia. Hihihi. Pernah aku pergi bercuti, dia berdua menangis tanpa sebab yg jelas. Anak kedua maklum ada hantu di balik cermin pintu sliding. Aku hanya mampu tergamam kaku, masih lg kebingungan. Selesai tidurkan mereka berdua. Hah bermula lh kisah ketuk mengetuk cermin pintu sliding (berkunci) bersilih ganti. Aku tak mampu tidur. Aku hanya memerhatikan shj pintu sliding tersebut yg ditutup dgn sebuah langsir gergasi, tanpa dapat memastikan siapa kah gerangan yg mengetuk pintu tersebut, aku hanya bersiap siaga sekiranya terjadi apa2 yg tidak diingini. Sandal aku dan anak2 sudah aku letak siap2 disebelah katil, bukan apa mudahlah untuk kami sarung nanti, membuka langkah seribu dan lari keluar dr bilik tersebut.

5. Pulang dr makan bersama group kerja aku, jam lebih kurang 9 malam. Kami semua naik van sewaan beramai2, lalu di kawasan separa hutan, kebetulan bertembung dengan sebuah van persis van kami, tiba2 anak sulung ku gelak2, katanya, ‘ya Allah apa org tu buat belakang van tu’, masih lg gelak, aku tegur tak perlu lah ketawa, sementara yg lain kebingungan, sbb mana mungkin org duduk di belakang van yg sdg bergerak. Aku hanya menutup mata anak sulung aku, bimbang dia ckp lebih lg. Dia kata org tu naik basikal serba hitam. Aku cuba mencari kot la mmg org naik basikal, dn itu hanya bayangan semata tp di kiri dn kanan jalan tiada siapa pun. Lagi pula siapa lah yg berani berbasikal di kawasan tu, malam2. Mngucap aku dlm hati.

Sejak2 mata aku dah mula ternampak2 juga ni, aku dah makin berani sikit. So kalau benda tu ganggu anak2, aku la yg jadi penghalau nya, aku pergi dekat dia, aku halau, kata ‘jgn ganggu anak2 ku, pergi kau dr sini, aku haramkan kau mengganggu anak2 ku’, tu yg punca aku wujudkan team paranormal ni. Anak2 aku lebih rasa selamat sikit skrg. Padahal diorg tak tahu, ibu dia ni dah ketaq lutut dah. Terus terang aku beritahu, tak semua ‘benda’ tu baik.

Mcm2 jenis aku jumpa, dengar, dan rasa. Yang penting ada aura mereka tersendiri. Yang paling aku bengang suka nak ikut aku dgn anak2 berjalan, dok menumpang kat seat belakang kereta. Kena halau banyak kali baru dia keluar, ni sungguh ni. Kalau dia xmo keluar, aku dgn anak2 la yg keluar . Sambil keluar tu, aku membebel laa, ‘takpe2, ini hari, hari kau, esok2, hari aku’, padahal sbb dah takut. Aku jarang2 berkongsi cerita ni pd sesiapa kcuali fmily . Kebetulan aku jumpa member2 cerita nampak tu nampak ni, kat dalam ofis la, kt sini la situ la. Aku pergi beranikan diri jenguk seorang diri. Ada masa mmg betul. Ada masa member aku temberang lebih. Siap cakap org tu bela, org ni bela ‘benda’ tu. Fitnahh tu. Mana ada nya. Berdosa tu. Dok tuduh2 tanpa bukti.

Aku dah jumpa pocong in real life, dan yg lain2 aku tak reti nk describe benda tu rupanya macamna. Yg penting korang pun tak terjangka dek akal rupa mereka tu. Yg pastinya, mereka tak la sejahat mana, tak semua la. There is a story behind it kalau depa muncul2 tu. Aku tak reti la nk cerita. Yg ni pun cerita aku dh mcm caca marba. Haha.

Sebenarnya banyak lg kisah paranormal kami anak beranak ni. Belum aku cerita kisah anak sulung aku yg hidupnya dgn surah Yasin, dan buku Yasin sebanyak2 nya dia kumpul, ank kedua aku dgn ayat Ruqyah lg. Tp aku dah kena siap2 nak pi reja. Pastu nk sidai baju lg. Huhu. Aku tak rasa akan ada entri kedua. Time aku menaip ni jam 3pg, korang bayangkan suasana aku haru sbb ‘depa’ tak suka aku buat ni. So aku sambung 8pg ni. Rasa aman sikit.

Terima kasih yg membaca kisah aku ni. Maaf entri aku panjang gila. Serius cakap, kalau aku dah start menaip mmg boleh jd novel. Ini baru sisi seram kami anak beranak, belum lg sisi suka duka kami, sisi gelap kami, macamana aku jd ibu tunggal pe semua. Apa2 pun, aku doakan kita semua sentiasa mendapat rahmat dr Allah s.w.t. Amiinn.

Assalamualaikum.

– Ibu hantu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *